Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 April 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki warga Bangla.
Patah jari telunjuk kanan.
Kemalangan ditempat kerja.
Bayar RM50.
Rawatan di Unit Kecemasan hospital kerajaan.
X-ray dan sedikit ubatan.
Juga splint menggunakan batang aiskrim.


3 minggu kemudian.
Rawatan susulan di Unit Pesakit Luar.
Klinik kerajaan.
Bayar RM50 jugak.
X-ray dan sedikit ubatan.
Doktor langsung tak buka balutan.
Doktor langsung tak ganti bandage.
Bandage dah bertukar warna.
Dah tumbuh ruam2 gatal.
Batang aiskrim pun masih yang sama.
Hanya beri tarikh rawatan susulan.
Bayar RM50 lagi.


Perkhidmatan kesihatan negara kita.
Kononnya setaraf negara2 maju.
The best in the world!
Tetapi takkanlah masih guna batang aiskrim?
Takkanlah darah kering tidak dibersihkan?
Bandage tidak berganti?


Aku malu.
Malu pada kerajaanku.
Juga malu pada diri sendiri.
Kerana aku pun tak mampu.
Nak beri splint yang lebih canggih dan moden.






3 ulasan:

  1. tengok aja muka bangla, terus depa malas nak layan bro..tu aja...baik jangan jadi doctor

    BalasPadam
  2. apa alternative for batang ice cream utk splint tu?

    BalasPadam
  3. Ada splint cantik dan ringan.
    Aluminium + Sponge.
    Selesa.
    Kos tak sampai 5 ringgit.
    Saya tak simpan sebab jarang guna.
    Ada byk saiz.
    Juga kena beli byk.
    Sebab tu kat klinik saya takda...
    Tapi kenapa kat hospital kerajaan takda?
    Itu yg saya musykil tu...

    BalasPadam