Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 April 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang wanita lewat 20-an.
Mengandung anak sulung.
Pernah keguguran sekali.
First trimester.
Disiplin ke Pusat Kesihatan untuk pemeriksaan Antenatal.
Tak pernah missed appointment.
Juga ke Pakar O&G Swasta sekali sekala untuk pemeriksaan.
Kalau ikut sejarah dia tidak termasuk dalam golongan berisiko tinggi.
Kencing manis ke, darah tinggi ke.
Tetapi nurse kat Pusat Kesihatan cukup risau dengan dia.
Mungkin sebab dia pernah keguguran barangkali.
Tekanan darah tak pernah lebih 110/70.
Urine pun bersih.
Tetapi minggu lepas berat badannya naik 3 kg dalam tempoh sebulan.
Itu yang mereka risaukan.
Padahal bulan sebelum tu beratnya cuma naik 300gm.
Jadi nurse suruhlah makan banyak2.
Bila dah naik 3 kg kelam-kabut pulak mereka.
Semalam setengah hari sangkut kat klinik.
Kena buat ujian MGTT. (?indication)
Paras gulanya pula 4.3/5.6 mmol/L.
Itupun mereka tak puashati lagi.
Hari ini kena datang balik ke klinik.
Untuk check tekanan darah.
Lepas tu kena check hari2 untuk seminggu ini.
Mintak MC mereka tak beri.
Yang aku bengang ialah aku yang kena beri MC kat dia.
Doktor pakar pun ada check dia.
Takda apa2 masalah setakat ini.
Tapi nurses kat Pusat Kesihatan lain pulak.
Padaku nurse dan doktor di Pusat Kesihatan tak merawat pesakit.
Mereka merawat nombor.
Berat naik 3kg tu cukup merisaukan bagi mereka.
Darah tinggi, kencing manis, dsbnya.
Ini bukan kali pertama.
Berat naik turun itu adatlah.
Tekanan darah naik turun pun adatlah.
Kali ini aku ajar pesakit.
Aku tulis besar2 dalam kad merah pesakit.
Tak perlu daily BP, daily weight ataupun repeat MGTT.
Aku chop nama aku dan klinik aku.
Boleh call aku kalau tak puashati.
Aku tak puashati sebab aku yang kena tulis MC.
Dia tak sakit apa2.
Cuma asyik kena ke klinik sahaja.
Nak rekodkan BP dan berat setiap hari.
Ingat pesakit tu takda kerja lain ke?









8 ulasan:

  1. hye dr..
    yup,im agree with u.. bukan nak salahkan mana2 pihak,just as observer yang pernah bekerja (trainee) dengan staf like this.. kadang2 kesian dengan nasib patient2 @ klien2 skrg.. at 1st kena tunggu berjam2,and at last resultnye not as expected..weird~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerja tak boleh terlalu rigid,
      terlalu ikut peraturan,
      lebih baik letak robot aje kat klinik...

      Padam
  2. berat saya naik 2kg pun dah kalut buat semua test dan suruh saya kurangkan makan, walhal saya makan macam semasa tak pregnnt saja, sikit. kalau anak kuning lagi la pening, dan risau,ulang tiap hari ke klinik, dah la bdn penat, tetapi bawa pegi pakar kanak2 mereka kata ok saja.keliru.sekali fikir macam pusat kesihatan ni sangat teliti, tetapi tak asik kena ulang ke klinik dan kena menunggu lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nurse terlalu ikut protokol.
      Nurse terlalu rigid dengan prosedur/arahan.
      Nurse dah jadi robot.
      Mereka tak kisahkan pesakit.
      Mereka risaukan nombor.
      Berat 2kg, 3 kg,
      AOB 12, 13, 14,

      Macam saya cakap,
      mereka merawat nombor...

      Padam
  3. kajian menunjukkan rapid/excessive weight gain ada risk utk PIH, that's why they concern about the weight gain. cuma kdg2 kena tgk situasi, simptom jugak la kot, cthnya ada simptom, plus ada oedema, mungkin the weight gain di situ is significant....tp kalau jenis makan berganda2 off course berat naik mendadak tp tak significant. ya, agree that the nurse shouldnt be a robot. kena tgk situasi.

    tp patient pun satu, kalau setakat dtg check darah selama beberapa minit nape dia nak minta mc?? kalau mgtt mungkin logik la mc...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bukan kali pertama saya terkena.
      Mereka tunggu berjam2 kat Klinik Kesihatan.
      Balik diberi time off aje.
      Ada kilang yang tak nak terima.
      Jadi menyinggahlah ke klinik panel.
      Mintak jasa baik doktor.

      Ada yg kena datang waktu pejabat.
      Sebab nak kena jumpa doktor.
      Tunggu berjam2, jumpa doktor tak sampai 5 minit.
      Doktor kata dia sihat.
      Dah nama sihat, takkan nak beri MC?
      Jadi doktor klinik panel yg terkena...

      Padam
  4. Ha'a la.. Apsal cek bp nak kena mc?
    Datang cek lepas keje kan bole
    Kadang2 staf klinik ni pun buat keje guna spinal reflex, tak guna otak
    Bila tanya kenapa, dia kata 'senior ajar camtu'
    Alaaahai

    BalasPadam
  5. Hey Doc,

    I like your post!

    Nasib I sama ngan patient you tu...

    I rasa orang2 kat KK ingat patients dia x de keje kot....

    I kena repeat MGTT untuk kali ke-3 but I refused sebab I tengok result the 1st and 2nd test x de indication yang I ade diabetes...

    Plus, I checked that I'm not the one with significant risk untuk diabetes...

    Bile I mintak staff KK and especially mintak nak jumpa doktor tersebut, they refused to explain in details. they only said it is procedure to take 3 times MGTT. But, why my friends kena hanya twice sahaja.... I still x puas hati dengan their explaination... Lastly, they said, kalau x nak, x payah buat... eerr... sooooo unprofessional!

    BalasPadam