Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 April 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki berusia 60 tahun.
Bekas pekerja syarikat GLC terbesar di Malaysia.
Tapi masih dalam tanggungan.
Masih boleh dapat rawatan pakar secara percuma.
Seumur hidupnya.
Sebab ada perlindungan insurans kesihatan.
Dia memang ada penyakit.
Penyakit tiga serangkai.
Setiap 2 bulan mesti jumpa aku.
Nak ambik Guarantee Letter untuk follow up dengan Pakar Jantung.
Kadang2 aku naik fed up.
Asyik kena isi borang yang sama sahaja.
Tapi pesakit ini memang lain.
Dia ni memang suka sangat nak jumpa doktor pakar.
Rasanya semua doktor pakar kat Johor Specialist dia dah jumpa.
Pakar Mata, ENT, Ortho, Medical, Surgical, Neuro, Skin.
Cuma pakar Psikiatri aje yang belum.
Dia pernah terlibat kemalangan bas di Ayer Hitam 5 tahun lepas.
Dia dah pun dirawat di Hospital Batu Pahat.
Doktor dah sahkan luka2 luaran sahaja.
Tapi balik ke sini terus jumpa aku.
Minta dirujuk ke doktor pakar.
Nak suruh doktor check betul2 katanya.
Kepala benjol sikit pun nak mintak CT Scan.
Panas telinga aku mendengarnya.
Bukan dia seorang sahaja.
Anak2 dan isterinya pun dah terikut2.
Sakit sikit aje nak jumpa pakar.
Demam sikit pun nak jumpa pakar.
Memanglah dia tak bayar apa2.
Tapi patut2lah.
Pukul 5.30 petang tadi jumpa aku.
Dia mengadu pening kepala dan pitam di bilik air.
Sungguh2 aku check dia.
BP, Nadi, Gula, Cholesterol semuanya normal.
Aku tengok dia pun sihat aje.
Aku berilah sedikit ubat pening untuk dia.
Pukul 8.30 malam dia datang lagi.
Dia nak mintak potong queue bila tengok pesakit ramai.
Dia nak mintak surat rujukan ke hospital pakar.
Katanya pening kepala datang lagi.
" Ubat tadi dah makan? "
Tak sempat katanya.
Aku terus kena migraine.
BP aku terus naik.
Belum makan ubat dah boleh kata ubat aku tak mujarab ke?
Itulah hakikat menjadi doktor cabuk seperti aku.
Walau ada MBBS orang tak pandang.
Walau dah 16 tahun pengalaman orang masih tak pandang.
Kena ada title doktor pakar baru orang nak percaya dengan kita.
Nasib baik cuma dia seorang yang macam ini.
Kalau 10 orang dah lama aku kena Heart Attack.

Ada seorang lagi pesakit.
Wanita berusia lewat 40-an.
Dia bekerja sebagai HR kat sebuah kilang.
Klinik aku adalah panel kilangnya.
Dia selalu juga datang ke klinik aku.
Bukan untuk mendapatkan rawatan.
Tapi dia nak mintak surat rujukan.
Bukan untuk dia tapi untuk anaknya.
Anaknya ada penyakit Asthma.
Seumur hidup anaknya tak pernah jumpa aku.
Tapi ada follow up 2-3 bulan sekali dengan pakar kanak2.
Dengan surat rujukan daripada aku,
barulah dia boleh claim balik duit dengan kilang dia.
Biasanya dia pergi jumpa pakar dulu.
Bila dia senang baru datang jumpa aku.
Kadang2 dah berbulan2 baru datang.
Kadang2 kena tulis 2-3 helai surat sekali.
Fed up aku kerja jadi kerani ni.

Beginilah undang2 ciptaan manusia.
Memang banyak cacat-celanya.
Boleh dimanipulasi untuk kepentingan diri sendiri.






6 ulasan:

  1. saya rasa pkcik yg doc ckp tu mcm takut sgt mati agakanya..hehehe..celupar plak..sabar je la doc..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha sy pon nk ckp benda yg sama sbnrnye tp tak sampai hati... klu tuhan dh tentukan mati jugak nnt...

      Padam
    2. saya pon nak kata benda yg sama gak... hahah tapi tak sampai hati... kan, klu tuhan dh tentukan ajal mati gak nnt... huhuhu

      Padam
  2. Hmmmm..inilah nasib GP kan bro..
    Memang annoying bila jumpa patient jenis macam ni, jenis yang "overuse" the medical benefit..kalau nak suruh mereka gi pakar swasta dan bayar sendiri, jangan harap!

    Saya dah terkena, tinea corporis aja tau, mintak dermatologist referral! dan bukannya chronic pun..baru 3-4 hari keluar kurapnya..hahahaha..

    Tu pasal, dlm kes kes macam ni, saya note besar2 kat referral letter tu ' REQUESTED BY PATIENT FOR REFERRAL'..otherwise the specialist yg receive the case mmg akan look down at us..nanti dia kata ' kes cikai2 macam ni pun nak refer ka??'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Prinsip saya senang aje.
      Kalau nak surat referral,
      saya tulis aje.
      Malas nak gaduh2.
      Kalau refer kat private specialist,
      saya tak tulis begitu.
      Mereka lagi suka tengok kes2 camtu.
      Banyak income masuk.
      Tapi kalau ke Government Specialist,
      memang saya tulis mcm yang awak tulis.
      Taklah nampak bodoh sangat kita ni...

      Padam
  3. saya pernah..
    tinea corporis je..
    nak ke pakar..
    saya cakap kuat-kuat dalam klinik " KURAP JE NI !!"
    kat surat pun saya tulis KURAP REQUEATED REFERRAL
    Tak lah nampak sebagai seorang GP yang Boddo..kurap pon tak reti nak bagi ubat!

    BalasPadam