Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 April 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Bayangkan anda seorang bapa.
Anak anda baru berusia 2 bulan.
2 minggu yang lalu anda perasan ada benjolan dikepala anak anda.
Anda pun membawa anak anda ke hospital berdekatan.
Doktor yang merawat tak tahu nak buat apa.
Lalu anak anda dihantar ke hospital lebih besar.
Perlu pemeriksaan lanjut katanya.
Selama 12 hari 12 malam di wad,
anda tak pasti apa sedang berlaku.
Ujian darah, X-ray kepala, CT Scan juga MRI Scan dah dibuat.
Ramai doktor pakar datang merawat anak anda.
Tapi tak seorang pun bercerita apa2 dengan anda.
Anda segan nak bertanya dengan mereka.
Anda hanya dapat bertanya pada doktor2 pelatih.
Kebanyakannya hanya membaca laporan dalam fail pesakit.
Mereka tak tahu apa2.
Anda semakin buntu.
Doktor kata nak buat pembedahan minggu depan.
Ada kata cuma ambik sampel sedikit sahaja.
Ada kata pembedahan buang tengkorak kepala.
Anda bingung.
Nak sain ke tidak borang kebenaran pembedahan.
Sampai sekarang anda tak pasti apa penyakit anak anda.
Merbahaya ke tidak?
Kanser ke bukan?
Boleh sembuh ke tidak?
Di mana anda nak bertanya?
Kepada siapa anda nak mengadu?
Lalu ada yang mencadangkan.
Anda curi2 ambik gambar report MRI Scan anak anda.
Dan bawa ke klinik panel.


Daripada cerita yang aku dengar,
ada kebocoran di tengkorak kepala
menyebabkan ada cecair keluar di bawah kulit kepala.
Juga ada ketumbuhan kecil di dalam dada dan lengan kanannya.
Dan rasanya betul tekaan Pakar Radiologi, 
Langerhan Cell Histocytosis (LCH) adalah diagnosisnya.
Penyakit yang masa student dulu aku pernah jumpa.
Memang dah lupa pasal penyakit ini.
Sampai pukul 2 pagi aku study.
Macam nak ambik exam pulak dah.

LCH.
Langerhan tu nama doktor yang mula2 'menjumpai' penyakit ini.
Manakala sel Histiocytes adalah sebahagian drp sistem pertahanan badan.
Kerjanya macam PacMan dalam game komputer dulu2.
Yang asyik menelan apa yang ada didepannya.
Sel ini kerjanya memusnahkan virus, bakteria juga protein berbahaya dalam badan. 
Sel ini sepatutnya ada di kulit dan saluran pernafasan sahaja.
Tetapi dalam kes ini ianya masuk dalam darah dan merebak ke seluruh badan.
Gejala2 penyakit bergantung kepada lokasi kerosakan berlaku:
  • tulang- kesakitan/bengkak pada tulang
  • kulit- ruam2 yang susah nak sembuh
  • kepala- ketulan/benjolan
  • telinga- keluar cecair
  • paru-paru-sesak nafas
  • usus- cirit-birit dan hilang selera makan
  • hati-sakit kuning
  • kelenjar pituitari- sentiasa haus
LCH.
Bukan kanser.
Tetapi boleh merebak seperti kanser.
Adakalanya akan sembuh sendiri.
Dan boleh diubati dengan rawatan chemotherapy dan steroids.
Antara 80-90% boleh sembuh sepenuhnya.
Itupun jika rajin berubat secara moden.
Bukannya minum jus MLM ataupun mandi air jampi.
Antara kesan jangka panjang penyakit ini:
  • Tumbesaran boleh terbantut.
  • Lewat akil baligh.
  • Masalah pendengaran.
  • Masalah pernafasan. 
Jenuh dan beri faham istilah penyakit dalam bahasa Melayu.
Jenuh nak yakinkan bapa yang kebingungan.


8 ulasan:

  1. Saya masa medical student dulu, masa mula2 baca tentang LCH ni pun, ambik masa nak fahamkan...so bayangkan layman mcm bapak baby tu..mmg kesian la sebab takde senior doc( tak payah specialist) kat sana yg take an effort utk duduk, at least luang masa 15-20 min, terangkan, tunjuk gambar, utk bagi pesakit faham...dia bawak anak ke mana ni bro? HSA?

    BalasPadam
  2. Aku faham perasaan bapa tu. 3 minggu lepas anak aku yg berumur 8 tahun terjaga di tengah malam sambil menangis. Dia kata kepalanya benjol. Aku check tapi tak rasa apa2. Kemudian dia tidur balik sambil aku monitor sepanjang malam. Esoknya ok aje tapi selsema pulak. Aku 'cutikan' dia dan gi klinik. Doktor hanya beri ubat selsema seperti biasa.

    Esoknya selepas balik dari sekolah macam biasa. Selepas Isya', dia komplen 'sakit telur' (scrotum). Aku tgk dah bengkak pulak. Aku ingatkan angin pasang tapi kakinya ada tompok2 merah pula (seakan-akan chicken pox). Terus aku bawa ke hospital.

    Doktor yg bertugas pula 'over-excited'. Katanya Nephrotic Syndrome. Dia ambil gambar dan diberitahu kepada doktor senior. Doktor Senior seperti tidak percaya akan diagnosis tu. Aku pun musykil sambil tanya kenapa tak ambil darah & air kencing? Dia kata "confirm, all symptoms are there".

    Aku tak puashati tapi setelah diambil BP (145/60 lebih kurang la). Lagi dia excited dan disuruh masuk wad.

    Aku beritahu dia nama Paed yg pernah 'menjaga' anak aku. Ditelefonnya dan diarahkan menunggu result blood & urine test sebelum apa2 ubat diberikan.

    Keesokan harinya, Paed tu (doktor pakar kanak2 cum cardiologist) datang dan beritahu keputusan negatif utk Nephronic Syndrome. Dia suspect HSP (Henoch-Schonlein Purpura). Soalannya simple aje. "Anak you ada makan cokelat tak dgn kuantiti yg banyak kebelakangan ni?"

    Memang kebetulannya, anak aku ada makan byk juga. So, dia suruh stop makan cokelat & apa2 yg ada cocoa (susu cokelat, Milo etc). Katanya, anak aku antara 6-7 pesakit dia yg makan cokelat dan kena HSP. Katanya, medical journals semua tak cakap pasal cokelat. Tapi katanya, pesakit2 nya semua makan cokelat secara berlebihan.

    So, duduk ward selama 4H3M sambil dimasukkan drip antibiotics. Kuantiti air minuman dan air kencing dikira selama 4 hari tersebut.

    Alhamdulillah, anak aku dah pulih tapi pantang segala cokelat selama 2-3 bulan walaupun doktor kata dark chocolate boleh dimakan sebab takde gula & susu.

    Cuma aku kecewa sikap doktor A&E yg check dia dan memberi diagnosis tanpa menunggu keputusan darah & air kencing. Nasib baik juga aku berkeras, kalau salah masuk ubat, lain pulak jadinya nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panjangnya cerita awak.
      Boleh buat satu entri baru ni.

      Padam
    2. Mmg panjang sbb ramai doktor yg membaca blog ni..so, this is from the other side of the table...

      Padam
  3. doktor , saya menghadapi masalah yg sama..kebelakangan ini anak saya mengalami simptom keluar ruam di kedua2 kaki dan mengadu sakit perut...badan dah memang kurus..bertambah kurus sebab kurang selera makan...Saya tatau punca kenapa anak saya mengalami masalah ini. 2 minggu yg lalu saya outstation ke JOhor. Anak saya mengalami muntah dan demam seterusnya naik bintik2 ini di kakinya....saya jumpa doc di klinik malaysia jb...katanya masalah alahan....balik daripada outstation (saya tinggal di selangor)...krim hampir habis..saya kebingungan...sebab anak saya seolah lemah je..tp ble pergi klinik doc ckp anak saya allergi. (klinik an nisa-puchong), lama2 sapu calomine losyennampak la kering..lepas tu tumbuh lagi ... saya mula risau..hari ahad lepas, anak saya muntah lepas mkn....masa itu saya di shah alam..saya terus bawak ke salam specialist....jumpe doc..die juga ckp anak saya alergi....saya sampai merayu doc...tak perlu ke pemeriksaan lanjut ke ambik darah ke warded ke..die ckp tak perlu..benda ni bleh baik sendiri katanya....bawak pergi klinik Az zahrah bangi-berjumpa dengan pakar kanak-.kanak. beliau menerangkan yg anak saya mengalami Henorch schorlein purpura. Die ade tunjukkan di wikipedia...new symptom..katanya blum ade penawar setakat ini. ...tak ada ubat yg diberi...cuma katanya penyakit ini boleh enyerang hati, usus dan sebagainya..ubatnya kata doktor itu adalah anak saya berehat... :( buat saya lagi runsing...tolong lah doktor...Saya risau sangat ni.....apa perlu saya buat....hri ni saya tengok anak saya lemah betul.....saya berdoa Allah mendengar doa saya supaya dapat sembuhkan anak saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawa ke hospital kerajaan.
      Masukkan ke wad.
      Masuk IV Drip.

      Nanti saya buat entri pasal penyakit HSP.

      Inilah dugaan menjadi ibu.
      Membesarkan anak kecil.
      Adatlah...

      Padam
  4. saya pn dlu pernah tiba2 naik bintik2 merah besar dan purple dgn byk hanye dlm 1 hari..pelik tp xsakit pe2..doktor pakar xckp pe2 tp sy tgk dlm kertas appointment ade tulis tro HSP @ purpura lesion..skrg dah hilang sdri..hehe..tp ape punca dia nak taw gak

    BalasPadam