Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 April 2012

Aku dan Super Spontan


Dulu aku suka tengok Whose Line Is It Anyway?
Rancangan sketsa2 lawak spontan tanpa skrip.
Lepas tu ada rancangan baru.
Spontan tajuknya.
Hasil idea gila Afdlin Shauki dan arwah Din Beramboi.
Juga sketsa2 lawak spontan tanpa skrip.
Tapi dah diMalaysiakan.
Pembaca berita berkepala tiga.
Beku.
Demostrasi.
Sketsa soal menyoal.
Sketsa ayat penyata.
Pemandu pelancong.
Alat ciptaan.
Majlis keramaian.
Dan banyak lagi.
Memang tak jemu tengok dikala bosan.
Terutama bila ada arwah Din Beramboi beraksi.

gambar dicilok daripada awanbiru.com

Kini ada rancangan baru di Astro Warna.
Super Spontan.
Hasil kesinambungan Spontan.
Tapi dibuat dalam bentuk pertandingan.
Satu idea baru yang briliant.
Ala-ala rancangan Grand Slam.
Ada dua pasukan.
Angsa Ganas dan Beruang Comel.
Setiap pasukan ada 7 celebriti dan seorang pengurus.
Bertanding dalam sketsa2 spontan.
Dah nama bertanding tentu ada menang ada kalah.
Yang menang setiap minggu dapat 5 ribu ringgit.
Tapi duitnya kena derma kat badan kebajikan.
Tak boleh bawak balik.
Yang kalah pula kena undi untuk buang ahli pasukannya.
Dan diakhirnya nanti akan tinggal seorang.
Dinobat sebagai juara pertandingan dan menang 100 ribu ringgit.
Juga dapat kereta Toyota Camry.

gambar dicilok daripada awanbiru.com

Dalam ramai2 peserta,
Johan paling konsisten.
Zizan pula paling tak bersedia.
Macam nak tak nak aje masuk bertanding.
Dah banyak sangat job agaknya. 
Yang lain2 aku tak minat sangat.
Yang paling aku suka,
tengok Amir I'm sorry beri soalan2 laser kat para peserta.
Soalan2 dia tak boleh dijawab dengan jawapan.
Sekadar mengutuk dan mengenakan orang sahaja.
Dan yang paling aku tak suka,
konsep SMS untuk pilih pemenang mingguan.
Patutnya ada panel juri yang beri markah juga.
Tak gantung sepenuhnya dengan SMS penonton.
Apa2pun,
aku setia menunggu siaran seterusnya.
Nak tengok sejauh mana Johan dan Zizan boleh pergi.
Kalau takda pakej Mustika kat rumah,
carilah kat YouTube...




  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan