Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 April 2012

Aku di Kelab Tasik Putrajaya


Bila wife sibuk nak ke Bangi,
aku pun sibuk contact kawan2 aku.
SMS, WhatsApp juga Voice Call.
Akhirnya dapat juga 2 orang.
Cukuplah untuk buat korum sembang2.


Kelab Tasik Putrajaya.
Lokasinya bagus,
pemandangannya cantik.
Makanannya pun boleh tahan rasanya.
Cuma cuaca sangat panas.
Jadi tak tahan duduk lama2.



Ini kawan2 sekepala masa study kat UM dulu.
Sama2 melepak kat Dataran Merdeka pada malam minggu.
Sama2 main gelungsur di Mimaland.
Sama2 duduk satu floor di 8th College.
Sama2 menyewa rumah pangsa di Pantai Dalam.
Dan akhirnya mencari haluan masing2.
Masing2 sudah berjaya.
Alhamdulilah.


Aku suka jumpa kawan2 lama.
Boleh flashback cerita2 silam.
Cerita2 masa menjadi student yang sengkek.
Yang hidup bergantung dengan duit biasiswa semata2.
Inilah kawan yang sama2 susah.
Yang berasal daripada keluarga orang susah.
Anak2 zaman sekarang tak rasa semua itu.
Mereka takkan faham.

p.s Baru berani letak gambar pakai jersi Liverpool.


6 ulasan:

  1. sunrise kat Tasik tu cantikkkk sangat awak!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kali saya datang pagi2.
      Ni dah tengahari.
      Matahari tegak kat atas...

      Padam
  2. aikk.. turun bangi tak roger saya pun???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu stok baru kat Fareeda.
      Kalau saya kena datang lagi,
      saya roger2 awak pulak.

      Padam
    2. kalau nak pegi time fareeda sale, bagitau
      nanti saya pegi ambikkan nombor
      kalau tak ambik nombor, haru 2 jam kena menunggu!

      Padam
    3. Habislah kalau wife saya tahu.
      Tapi terima kasihlah.
      Wife saya dah ada stok untuk sebulan.
      Tapi katanya masih tak cukup lagi.

      Dah berangan2 nak jadi reseller pulak.
      :-(

      Padam