Aku dan cerita2 lama:

11 April 2012

Aku ke Butik Fareeda Bangi


Pukul 10 pagi.
Cuti Hari Pertabalan.
280 km daripada rumah.
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Akhirnya sampai juga aku di sini.


Headquarters.
Tudung Fareeda.
Menjadi igauan siang malam wifeku.
Asyik bertanya bilakah akan sampai.
Dan hari ini.
Dia menjadi pelanggan pertama mereka.


Ini hal orang perempuan.
Yang susah aku nak fahamkan.
Mereka sangat teliti tentang warna.
2 jam pusing pun tak habis lagi.
Aku tengok semuanya sama sahaja.
5 minit pusing terus keluar.
Melepak kat kedai Brother's lagi bagus.


Tak semua orang berminat dengan tudung Fareeda.
Tapi bila dah minat,
memang tak tengok tudung lain dah.
Semua yang datang adalah regular customer.
Dah ada berpuluh2 helai pun masih tak cukup lagi.
Ada lagi warna lain yang takda dalam koleksi.


Kat sini tudung dijahit ditingkat atas.
Dibawa ke bawah sedikit demi sedikit.
Kalau nak yang terbaru dan belum ada dipasaran,
kena sabar menunggu.
Ada yang sanggup tunggu seharian untuk cari yang dihajatkan.
Tak semua orang boleh naik ke tingkat atas.
Nak juga aku tengok camna mereka jahit tudung itu.
Apa yang eksklusif sangat tentang tudung ini?
Mungkin rekaannya,
mungkin mutu dan jenis kain yang digunakan,
mungkin juga kerana tudung ini dijahit tangan
dan tidak dibuat secara pukal.
Harganya pun tak boleh ditawar.
Fixed price.
Yang jual di HQ, di Facebook juga di Mutiara Rini.
Harganya sama sahaja.
Cuma kat sini pilihannya lebih banyak.







8 ulasan:

  1. wahhhh...sampai gak akhirnya kt butik ni.

    Sy paham perasaan wife doktor bila berada kt dlm butik tu. Kalau suami sy..siap bg tempoh masa lg dekat saya kalau nk p sana...xboleh lbh dari 30minit..
    mana sempat nk pilih..ayyak~

    tp doc mmg sporting la.. :D terbaekkkkk!!!

    BalasPadam
  2. ammboii borong sakanns tuuu..

    BalasPadam
  3. siapa tak sayang bini kannn... :)

    BalasPadam
  4. lepak brother's?
    jiran belakang rumah saya jer kedai brother's tu doc!

    BalasPadam
  5. salam perkenalan, saya baru berkecimpung dalam dunia fareeda..oo baru ler saya tau dorang jahit tudung fareeda kat tingkat atas..patut ler masa saya pergi tu ada jew staff yg turun bwk tudung..pelik gak masa tu dan terfikir maybe staff dia bwk g jumpa customer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ziarah.

      p.s dah tengok koleksi wife saya?

      Padam
    2. Salam Dr,
      Boleh beri GPD coordinat kedai ni..
      wife nak pegi,tapi saya tak tahu jalan ke bangi dari melaka..

      Padam
    3. Salam,
      Boleh Dr beri GPS COrdinat nak pergi ke sini..

      Padam