Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki awal 20-an.
Baru dapat kerja dengan syarikat GLC di sini.
Nama dia belum masuk dalam sistem.
Jadi tak boleh nak claim panel di klinik.
Kena bayar cash untuk rawatan.

Kali pertama datang bulan lepas.
Mengadu sakit macam2.
Aku beri 3 jenis ubat dan charged sewajarnya.
Masa ambik ubat dia cakap tak cukup duit.
Dia cuma ambik satu ubat sahaja.
Aku maafkan.

Kali kedua dia datang awal bulan ini.
Juga mengadu sakit macam2.
Kali ini demam 38.0 darjah.
Aku beri 4 jenis ubat.
Masa ambil ubat dia pun cakap tak cukup duit.
Dia ambik 2 jenis ubat sahaja.
Aku masih maafkan.

Akhir bulan ini dia datang lagi.
Masih mengadu macam2.
Tapi kali ini tiada demam.
Cuma sakit2 badan sahaja.
Seperti dijangka dia nak MC sebenarnya. 
Dia datang ke klinik petang hari Isnin yang sibuk.
Diwaktu doktor locum tak dapat datang ganti.
Memang silap waktu dia datang.
Kali ini dia 'kena basuh' cukup2 dengan aku.
Harap2 dia serik lepas ini.

Dia kata dia anak lelaki bungsu.
Baru start kerja di sin…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Antara tanda2 pilihanraya dah dekat.
Jalan yang tak patut ditar baru,
dapat tar baru 3 inci tebalnya.

Aku dan WWW 1

Sebagai rakyat Malaysia,
aku rasa bangga.
Sebab rakyat Malaysia makin kaya.
Makin besar kuasa membeli mereka.
No plet kenderaan pun cecah ratusan ribu ringgit.
Tapi sebagai rakyat Johor,
aku tak rasa bangga.
Anda faham2lah sebabnya.

Johor Sultan is owner of number plate WWW 1By YVONNE LIM and BEH YUEN HUI
newsdesk@thestar.com.myPETALING JAYA: The Sultan of Johor is the proud owner of the much sought-after WWW 1 number plate with a winning bid of RM520,000.
The Road Transport Department's website (www.jpj.gov.my) listed “D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Johor” as having outbid 9,998 others for the coveted plate. It also listed “D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong” for WWW 5 with a winning bid of RM220,000.
Yesterday, The Star reported that a “prominent VVIP from Johor” was the proud owner of WWW1. As expected, “lucky” numbers such as 8888, 888 and 88 notched high prices and were bought for RM40,000, RM165,000 and RM92,800 respectively. The bid for WWW saw a new trend, too.…

Aku dan Bersih 4.0

Imej
Pilihanraya makin hampir.
Loya tekak aku baca suratkhabar harian.
Terutamanya Utusan/Mingguan Malaysia.
Paling mengejutkan ialah statement Tun Mahathir.
Paling sukar aku nak percaya.
Dah nyanyuk ke dia?
Juga heboh ialah perhimpunan Bersih 4.0 bulan depan.
Bukan anjuran Ambiga.
Bukan anjuran A Samad Said.
Bukan anjuran PAS atau DAP.
Tapi anjuran 'Persatuan Penjual2 Nasi Lemak'.
Yang kononnya rugi besar masa perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0.
Ketuanya bukan calang2 penjual nasi lemak.
Ketuanya seorang Datuk.
Ada kereta Ferrari.
Ada rangkaian restoran; Restoran Sekinchan Ikan Bakar.
Juga orang kuat kepada Datuk Noh Omar.


Jadi ini anjuran NGO ke orang suruhan UMNO?
Ini perhimpunan aman ke cabutan loteri?
Ini nak promo masalah rakyat ke masalah bisnes dah merudum?
Sebelum pergi berhimpun di Bukit Jalil,
kena pergi makan kat restoran dia dulu.
Sekurang2nya RM50.
Iaitu harga seekor ikan bakar dan air masak.
Kena cop, stamp dan simpan resitnya.
Lepas tu kena like FB dia pulak.
Boleh…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Imej
Ini peringatan kepada diri sendiri.
Satu cerita menarik yang wajar dibaca.
Jangan sibuk dengan wang sahaja.
Keluarga dan anak2 dipinggirkan.
Memang betul.
Wang dan harta bukanlah segala2nya.
Dulu pesakit adalah No 1.
Klinikku adalah hidupku.
Kini anak2 adalah No 1.
Waktu kerjaku ikut waktu sekolah anak2.
Klinik dan pesakit boleh tunggu.
Wang bila2 boleh dicari.
Doktor dan klinik lain pun boleh dicari.
Tapi waktu anak2 membesar hanyalah sekali.
Anak2 adalah Anugerah tidak ternilai.

I know of many doctors who are busy earning big fat money in private sector, working day and night but forget to spend time with their family. How much money is enough? Being a doctor means that more money is equivalent to less family time. Most of them think that by throwing money to their children and getting them everything they ask for will make them happy. I know some consultants who dedicate their entire life of medicine in setting up departments, units and treating patients in the hospital but hardly …

Aku dan Euro 2012

Imej
EPL dah habis.
Team kesayanganku mengalami musim paling teruk.
Kalah, kalah dan kalah.
Pengurus kesayangan akhirnya dipecat.
Penggantinya pula langsung tak nampak bayang.
Ramai yang menolak.
Tekanan tinggi sangat gamaknya.
Harap2 Di Matteo tidak diingini oleh Chelsea.
Jadi boleh jadi pengganti Dalglish.
Tak kisah main secara bertahan.
Tapi boleh menang dengan Barcelona dan Bayern Munich.

Minggu depan Euro pula bermula.
Ramai yang jangka Germany akan menang kali ini.
Bookies pun jangka Germany yang akan menang.
Tapi aku masih sokong Spain.
Aku masih minat dengan Torres.
Walaupun ikut sejarah,
tiada pasukan akan menang piala berturut2,
tapi aku masih yakin dengan Spain.
England pasti ke laut.
Begitu juga Itali dan Belanda.

Tak sabar nak tunggu Euro bermula.
Jemu tengok ulangan cerita2 di Astro Byond.
Nasib baik ada Mustika HD sekarang.
Boleh tengok Super Spontan dan Karot Komedia dalam HD.

Anak tengah berpantang selepas bersunat.
Jadi aku tak boleh nak kemana2.
Salam hujung minggu kaw…

Aku dan MIB3

Imej
Man In Black 1. Aku masuk panggung di Muar. Masa tu passive call di Surgical Ward. Tengok wayang dengan adik lelaki aku. Nasib baik tak kena panggil dengan hospital.
Man In Black 2. Aku masuk panggung juga. Di Kulai. Dengan wife.  Masa tu mengandung anak sulung. Tengok muka alien yg macam2. Berdoa supaya tak 'kenan'.
Aku suka tengok MIB. Ceritanya pelik dan mengarut. Semua orang terkenal adalah Alien yang menyamar. Lawak2nya sarkastik. Pelakon2nya tiada mimik muka.
Semuanya poker face.
Gajet2 yang digunakan memang hebat.
Kalah cerita James Bond.



Cuti sekolah bermula hari ini.
Ramai saudara dan sahabat pergi ke Mekah.
Semoga selamat pergi dan kembali.
Kembali menjadi orang lebih beriman.
Bukannya seperti artis2 kita.
Balik Mekah langsung tiada beza.

Anak bungsu aku nak berkhatan malam ini.
Dia yang mintak.
Segan dengan kawan2 katanya.
Dikelasnya tinggal 2 orang yang belum berkhatan.
Termasuk dia.


Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Ingat lagi kisah pesakit ini?

Ini surat maklumbalas yang aku terima.
Seperti dijangka.
Segala2nya normal.
Malah masa dia sampai di hospital malam itu,
" he appeared to be well ".
Inilah pesakit yang membuang masa doktor.
Inilah orangnya yang menyusahkan hidup doktor.
Kalau nak kira wang dan untung,
memang ramai doktor pakar kaya-raya dengan pesakit sebegini.
Boleh bercuti ke oversea setiap tahun.
Boleh upgrade Q5 setiap tahun.
Boleh hantar semua anak belajar Medik di luar negara.
Semua jenis ujian boleh dibuatnya.
Pihak insurans tanggung sepenuhnya.

Tapi apa aku dapat?
Hanya consultation fee yang tak seberapa.
Apa lagi aku dapat?
Mungkin dapat cacian dan makian daripada doktor pakar.
Kerana rujuk kes bukan2 kepadanya.
Waktu on call pulak tu.
Aku memang tak puashati.
Rasa nak banned aje nama dia di klinik aku.
^&%$(*&^$%#@!



Aku perlu ke Bilik Rehat.


Aku dan Wordless Wednesday

Imej

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang pelajar perempuan.
Tingkatan 5 tahun ini.
Anak sulung daripada 2 beradik.
Mempunyai masalah kesihatan yang berlarutan.
Migraine.
Dysmenorrhoea.
Gastritis.
Hemorrhoids.
Dan yang terbaru, persistent neck pain.
Hampir semua pakar dia dah jumpa.
CT Brain dah buat.
OGDS pun dah buat.
Ujian darah jangan ceritalah.
Pendek kata penyakitnya macam orang dah berumur 50-an.

Sebulan yang lalu,
dia dimasukkan ke hospital pakar di JB.
Sakit tengkuk berterusan.
Duduk di wad selama 8 hari.
MRI Neck kata ada saraf yang tersepit.
Doktor inject steroid kat sarafnya.
Dapat cuti sebulan.
Sebulan langsung tak ke sekolah.
(Lebih hebat daripada cerita Seindah Sakura tu) 
Tapi penyakitnya masih berterusan.


Semalam emak bapaknya jumpa aku.
Dia baru balik daripada jumpa doktor.
Doktor tanpa klinik.
Berubat daripada rumah.
Katanya doktor tu diiktiraf UNICEF.
Pesakitnya ramai.
Mampu pakai Q5 kata bapanya.
Habis doktor moden dimarahnya.
Semuanya tak betul dan salah.
Kena makan ubat dia.
300 ringgit.

Apa i…

Aku bukan Dr Kamal Amzan

Aku bukan Dr Kamal Amzan.
Tapi aku mahu menjadi sepertinya.
Bukan setakat merawat pesakit.
Tapi memberikan 'dunia' kepada para pesakitnya.
Aku pernah kenal beberapa doktor sepertinya.
Mr Saw; Bekas Pakar Urologi di HSAJB.
Ketua Jabatan terbaik pernah aku jumpa.
Juga manusia paling humble pernah aku jumpa.
Aku mahu menjadi mereka.
InsyaAllah.
Doctor’s good service has family’s gratitudeI WRITE to thank Dr Kamal Amzan for a job well done in treating my father two weeks ago.
My father who is staying alone is a hypertensive diabetic. He was recently started on insulin therapy by a hospital and had slipped in the bathroom after feeling giddy. I wanted to take him to the hospital but he insisted on seeing this doctor whom he has met before. The good doctor examined thoroughly him (unlike many we have encountered in the past) and took time to explain to me why it was not a stroke and why my father had hypoglycaemia.
His place of practice was crowded but I suppose people we…

Aku dan Champion League 2012

Imej
Tahun ini memang tahun Chelsea FC.
Seolah2 telah ditakdirkan.
Selepas 9 tahun menunggu.
Selepas 8 pengurus bertaraf dunia.
Selepas 66 pemain bertaraf dunia.
Dan wang 1 Billion Pound dibelanjakan.
Pengurusnya sekadar mengisi tempat kosong.
Pemain2nya ramai yang dah nak bersara.
Tetapi semangat nak menang itu paling utama.
Bermain ditempat lawan.
Bukan berkecuali seperti tahun2 lepas.
Lebih 3/4 penyokong pasukan merah.
Tendangan penalti pulak tu.
Memang hebat.
Sangat2 hebat.
Kalau Chelsea nak buang pengurusnya dan Drogba,
Liverpool patut mengambilnya.

Aku dan Junk Mail

Aku biasa terima email sampah.
Biasanya dalam broken English.
Daripada warga Afrika yang baik hati.
Yang suka berkongsi kekayaan mereka.
Tapi email yang ini lain sikit.
Seorang yang berbangsa Melayu.
Ditulis dalam bahasa Melayu.
Memang sangat kreatif.
Tapi aku masih tak percaya.
Aku ingat dan pegang kata2 Irfan Khairi.
"Sesuatu yang sukar dipercayai".
Memang tak payah dipercaya.

Tengah tunggu Final Champion League.
Chelsea vs Bayern Munich.
Jadi buatlah apa2 yang patut.

Saya Suriani Binti Mustapha. Sebagai permulaan, biarlah saya memperkenalkan diri. Saya seorang warganegara Malaysia yang bekerja sebagai (Pengurus Besar Audit Dalaman) HSBC Bank. Saya dengan hormatnya akan meminta supaya anda menyimpan kandungan mel ini sulit dan menghormati integriti maklumat anda datang sebagai hasil mel ini. Saya menghubungi anda bebas daripada siasatan kami dan tiada siapa yang diberitahu komunikasi ini. Saya ingin untuk memberitahu anda dengan fakta-fakta tertentu yang saya percay…