Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Mei 2012

Aku Bukan Anak Peneroka


Aku memang dibesarkan di tanah Felda.
Sejak usiaku 10 tahun lagi.
Kini ibubapaku pun masih menetap di tanah Felda.
Mati hidup mereka di tanah Felda.
Tapi ibubapaku bukan peneroka Felda.
Dah cuba memohon banyak kali tetap tak dapat.
Bapaku dah guna banyak cara.
Guna kabel, guna orang dalam, guna sain menteri,
guna kuota UMNO, kuota BN, kuota PAS/DAP (jika ada),
pun tak dapat juga nak masuk.
Memang bukan rezeki dia rasanya.
Setiap kali peneroka dapat ''durian gugur'',
aku hanya sekadar tengok dan lihat.
Sebab itu sampai sekarang aku tak berapa nak suka dengan Felda.
Aku dapat masuk asrama penuh,
bukan sebab aku anak peneroka.
Aku dapat masuk IPTA,
bukan sebab aku anak peneroka.
Aku dapat masuk Medik,
juga bukan sebab aku anak peneroka.
Aku malas nak cerita kesusahan hidupku dulu.
Tapi kesusahan hiduplah yang menjadikan aku begini.
Aku dilahirkan bukan dalam 'dulang emas'.
Ibubapaku hanya berikan aku ilmu dan pelajaran.
Selebihnya aku kena usaha sendiri.
Bila peneroka juga anak cucunya dapat lagi "durian gugur",
aku semakin kecewa dengan PM Najib.
Dengan UMNO juga dengan BN.
Aku bukan penyokong parti pembangkang.
Tapi aku lebih percaya cakap2 Nik Aziz banding Najib.
Aku tak rasa terhutang budi dengan UMNO.
Aku juga tak rasa terhutang budi dengan BN.
Ini cerita anak bukan peneroka.
Hidup menumpang di tanah Felda.
Tiap2 bulan kena bayar balik pinjaman kerajaan.
Tiap2 tahun kena income tax 26%.
Thank You Najib.
Thank You For Nothing!

PM announces RM1.68bil windfall for Felda settlers

By SIMON KHOO

JERANTUT (Pahang): All 112,635 Felda settlers will get RM15,000 per family, to be paid out in three payments. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said RM5,000 each would be given to the settler, his wife and their children. Najib made the announcement to the thunderous applause of some 30,000 settlers at Felda Jengka 8 near here Tuesday. The first payment will be made within three weeks, he said.

The much-awaited windfall was announced by Najib ahead of the listing of Felda Global Ventures Holdings Berhad on Bursa Malaysia next month. The quantum is the highest ever paid out to the settlers in recognition of their hardwork put in over the last 56 years.

In the past, the settlers had received bonuses and duit raya ranging between RM500 and RM1,000.
Also present were Najib's wife Datin Seri Rosmah Mansor, Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Ahmad Maslan and Felda chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

1 ulasan:

  1. Salam,

    Saya anak peneroka. Budak FELDA.

    Setiap kali PM menggugurkan durian kepada warga FELDA (dan rakyat umumnya!), saya berbelah bahagi.

    Gembira dan bersyukur untuk ibu dan arwah bapa saya.

    Risau dan ragu-ragu, masih adakah lagi duit untuk mentadbir negara ini pada masa hadapan?

    BalasPadam