Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Mei 2012

Aku dan Azlan Seafood Restaurant


Kalau tersesat di Kulaijaya
dan teringin nak makan Tom Yam yang sedap,
restoran ini aku berani rekomen.
Lokasinya di Batu 21, Jalan Ayer Hitam-Johor Bahru.
Berdepan dengan Bank Rakyat Taman Kulai Utama.


Suasananya agak bising sebab di tepi jalan besar.
Perabotnya pula biasa2 sahaja.
TV nya pun kecik sahaja.
Tak puas kalau nak tengok bola sepak live.
Tapi layanannya agak pantas.
Kalau waktu lengang,
tak sampai 10 minit makanan dah dihidangkan.


Aku suka Tom Yam Putihnya.
Tak pedas sangat dan kurang berminyak.


Kailan Ikan Masinnya rangup dan hijau.
Anak2 yang tak makan sayur pun nak rasa jugak.


Begitu juga dengan Daging Merahnya.
Dipotong nipis2 dan tidak liat.


Sotong Masam Manisnya ikut musim.
Kalau nasib baik, sotongnya besar2.
Kalau tidak, sayur lebih banyak daripada sotong.
Tapi anak2 suka dengan kuahnya.


Siakap Tiga Rasanya pun tidak mengecewakan.
Cuma kadang2 mereka confused dengan Siakap Masam Manis.
Jangan lupa minta Sambal Belacan dan Timun.
Diberi percuma jika kita memintanya.
Peringatan.
Jangan datang di malam minggu.
Terutama selepas pukul 9 malam.
Kadang2 kena tunggu sejam untuk makanan sampai.
Tapi ikut nasib jugaklah.

Restoran ini ada satu lagi cawangan di Saleng.
Bersebelahan dengan Masjid Jamek Saleng.
Di sana makanannya lebih kurang sama sahaja.
Cuma kebersihannya ada kurang sikit.
Tapi tvnya lebih besar.
Sedap sikit nak tengok live football.

2 ulasan:

  1. sotong masam manis saya tak pernah rasa / masak. boleh try ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang aje masaknya.
      Cuma rasanya tak sama dengan kat kedai...

      Padam