Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Mei 2012

Aku dan Bersih 4.0

Pilihanraya makin hampir.
Loya tekak aku baca suratkhabar harian.
Terutamanya Utusan/Mingguan Malaysia.
Paling mengejutkan ialah statement Tun Mahathir.
Paling sukar aku nak percaya.
Dah nyanyuk ke dia?
Juga heboh ialah perhimpunan Bersih 4.0 bulan depan.
Bukan anjuran Ambiga.
Bukan anjuran A Samad Said.
Bukan anjuran PAS atau DAP.
Tapi anjuran 'Persatuan Penjual2 Nasi Lemak'.
Yang kononnya rugi besar masa perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0.
Ketuanya bukan calang2 penjual nasi lemak.
Ketuanya seorang Datuk.
Ada kereta Ferrari.
Ada rangkaian restoran; Restoran Sekinchan Ikan Bakar.
Juga orang kuat kepada Datuk Noh Omar.


Jadi ini anjuran NGO ke orang suruhan UMNO?
Ini perhimpunan aman ke cabutan loteri?
Ini nak promo masalah rakyat ke masalah bisnes dah merudum?
Sebelum pergi berhimpun di Bukit Jalil,
kena pergi makan kat restoran dia dulu.
Sekurang2nya RM50.
Iaitu harga seekor ikan bakar dan air masak.
Kena cop, stamp dan simpan resitnya.
Lepas tu kena like FB dia pulak.
Boleh menang cabutan bertuah.
Ada kereta BMW menanti.
Juga Lamborghini untuk yang 'bertuah'.
Memang sah dan nyata.
Politik itu satu perniagaan.
Golongan kapitalis yang parasit.
Tiada lagi berkhidmat untuk rakyat dan negara.
Berkhidmat untuk poket dan kroni adalah.
Aku takut dan risau.
Bagaimana dengan masa depan anak2 kita agaknya?

Baca selanjutnya di sini.


sumber


13 ulasan:

  1. tipikal umno related punya perhimpunan..tak ada imbuhan tak ada orang join..tak ada hiburan tak ada yang datang..hahaha...

    BalasPadam
  2. ok, baru faham apa yang ada dalam entry daday ziyyad tu.. nampaknya dia cuba memperbodohkan orang ramai dengan cara cenggitu..

    BalasPadam
  3. umpama awang ada duit semua jadi
    :(

    BalasPadam
  4. ini macam punye olang pun ada ka???

    dear tokey sekinchan ikan bakar, itu sama sekali bukan cara nak memajukan bisnis.

    syukurlah saya tak penah makan kat restoren dia. mahal tak masuk dek akal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas baca review DaddyZiyyad,
      saya tak jadi nak pergi dah...

      Padam
  5. Salam Yob,
    Ada carrot!
    So sapa dpt Lamborg tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takda sapa yg dapat.
      Gimik aje tu...

      Padam
  6. bencinya baca politik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpaksa ambil tahu.
      Demi masa depan anak2 kita.

      Padam
  7. Pandangan kita tentang politik bergantung di belah mana kita cenderung untuk memihak. Politik itu siyasah iaitu bagaimana cara mentadbir. Tidak kira BN atau PR masing-masing mempunyai kelemahan mereka. Kita sebagai orang-orang terpelajar tidak perlulah mengikuti emosi sehingga mengeluarkan kata-kata celaan yang tidak sepatutnya. Lihatlah sesuatu dengan akhlak agama, jika tidak pasti kita akan terheret dengan sikap dendam, benci dan caci-mnencaci. Kawan2, hidup kita terlalu pendek untuk disia-siakan dengan sifat2 tersebut sedangkan syaitan tidak pernah berehat untuk melihat antara sesama Islam berselisih dan berpecah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for sharing your opinion.

      salam ziarah.

      Padam
  8. betul tu, zaman sekarang politicians semua dah kelabu mata, nampak duit aja. yg kaya bertambah kaya, yg miskin bertambah miskin... saya pun sangat2 risau dgn masa depan anak2 nnti...*sedih* ;(

    BalasPadam
  9. memang dr dulu lagi tahu dorgnie mcm hamba duit.papepun duit duit sampai semuanya nak beli.tulah sbb hangin ngan bersih.mmg rugi teruklah 2.nurul baca kat entry daddy ziyyad n tak jadi pergi makan kat skinchanyang mahal tuuuttt tuh,hehehe..

    btultuh mmg terpikir mcm manalah gaknya anak2 kita nnt.semuanya benda kena ada kroni ada duit,kuasa.letihhhnya!

    BalasPadam