Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Mei 2012

Aku dan Euro 2012


EPL dah habis.
Team kesayanganku mengalami musim paling teruk.
Kalah, kalah dan kalah.
Pengurus kesayangan akhirnya dipecat.
Penggantinya pula langsung tak nampak bayang.
Ramai yang menolak.
Tekanan tinggi sangat gamaknya.
Harap2 Di Matteo tidak diingini oleh Chelsea.
Jadi boleh jadi pengganti Dalglish.
Tak kisah main secara bertahan.
Tapi boleh menang dengan Barcelona dan Bayern Munich.

Minggu depan Euro pula bermula.
Ramai yang jangka Germany akan menang kali ini.
Bookies pun jangka Germany yang akan menang.
Tapi aku masih sokong Spain.
Aku masih minat dengan Torres.
Walaupun ikut sejarah,
tiada pasukan akan menang piala berturut2,
tapi aku masih yakin dengan Spain.
England pasti ke laut.
Begitu juga Itali dan Belanda.

Tak sabar nak tunggu Euro bermula.
Jemu tengok ulangan cerita2 di Astro Byond.
Nasib baik ada Mustika HD sekarang.
Boleh tengok Super Spontan dan Karot Komedia dalam HD.

Anak tengah berpantang selepas bersunat.
Jadi aku tak boleh nak kemana2.
Salam hujung minggu kawan2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan