Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Mei 2012

Aku dan Mydin Hypermarket


Dulu aku suka ke Tesco.
Kini tak lagi.
Aku lebih suka ke Mydin.
Kenapa?


Mydin lebih hampir dengan rumahku.
Tak payah lalu traffic light.
Tak payah lalu jalan besar.


Mydin Hypermarket Kulaijaya.
Para pekerjanya lebih ramai dan lebih ramah.
Suasananya lebih tenang dan aman.
Harga barangan berpatutan.
Barang2nya tersusun kemas dan mudah dicari.
Pilihannya pun banyak.
Signboard ada dimerata2 tempat.


Ikan, sayur dan barang2 basah juga lebih segar.
Masih banyak pilihan walaupun hari dah petang.
Aku suka tengok label2 di barangan mereka.
Kalau nak masuk pertandingan Masterchef,
boleh datang dan belajar nama2 bahan masakan di sini.


Tetapi,
Kulai Hypermarket kurang penyelenggaraan.
Agak kotor dan banyak kawasan2 'tak siap'.
Walaupun kawasan meletak kereta sangat luas
terutama di atas bangunan,
tetapi ramai yang lebih suka
meletak kereta sembarangan di tepi2 jalan.
Juga susah mendapat line Celcom di dalam Mydin.
Jadi kalau ada terlupa barang nak dibeli,
susah nak call wife kat rumah.


Apa2pun kat Kulai Hypermarket,
ada bank CIMB.
Ada Coolblog.
Ada gerai DVD pirate.
Ada gerai jersi Euro/EPL.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan