Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Mei 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini


Ini cerita salah seorang pesakitku.
Berusia awal 50-an.
Bekerja kampung sahaja.
Dia ada penyakit Darah Tinggi/Kencing Manis dah lama.
Aku berkenalan dengannya semasa program Kem Kesihatan.
Mula2 dulu dia rajin datang ke klinik.
Untuk follow up, ambik ubat dan khidmat nasihat.
Dan tahun 2006 adalah kali terakhir dia datang klinik.
Catatan di buku 555 yang aku beri menjadi bukti.
Selepas tu dia hilang entah ke mana.
Aku ada jumpa dia di luar klinik sekali-sekala.
Dia kata ada ambil ubat di klinik lain.
Aku kata aku tak kisah.
Yang penting dia sentiasa makan ubat.

Entah apa mimpinya malam tadi.
Pagi ini dia sampai ke klinik aku.
Rupa2nya sejak 6 tahun lepas,
dia cuma beli ubat di klinik lain.
Tak pernah jumpa doktor.
Tak pernah check gula dan darah tingginya.
Ini keadaannya pagi ini.
Beratnya dah turun 8 kg sepanjang 6 tahun ini.
Tekanan darahnya 160/90 mmHg.
Dan paras gulanya 21.6 mmol/L.

Dia hanya bekerja kampung.
Isterinya bekerja kilang.
Anaknya ada 5 orang.
Aku nak beri ubat banyak2 dia tak berkemampuan.
Aku nak buat Full Blood Test dia kata nanti dulu.
Aku nak rujuk ke hospital dia mati2 tak nak.
Takut kena masuk wad katanya.
Habis camna?

Kebelakangan ini ada beberapa pesakit Kencing Manis.
Yang makan ubat bila rasa badan tak sihat.
Yang paras gula tak pernah kurang 10.
Yang kalau makan ubat kepala jadi pening.
Yang kalau makan ubat rasa nak cirit-birit.
Berbuih mulut memberi nasihat.
Tapi ibarat mencurah air di daun keladi.
Langsung takda kesan.


2 ulasan:

  1. ramai macam tu....selalunya saya takutkan dengan renal failure baru dia nak ikut cakap, nak start dgn insulin....itupun ada gak yang mati2 degil gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah lama berhenti nasihatkan orang.
      Dah jemu.
      Nak makan ubat,
      tak nak makan ubat,
      nak minum jus Monavie,
      nak duduk atas mesin karan,
      lantaklah...

      Padam