Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Mei 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Petang semalam ada drama sebabak di klinik aku.
Tapi drama Mandarin.
Takda subtitle.
Jadi aku main agak2 aje jalan ceritanya.
Begini sinopsis ceritanya:

Sekumpulan budak sekolah Tingkatan Peralihan datang ke klinik.
Sekitar 6-7 orang.
Masing2 tak fasih berbahasa Melayu.
Tapi semuanya muka pucat lesi.
Salah seorang kena kaca dikakinya.
Bagaimana terkena aku pun tak faham.

Aku panggil tukang masak di kedai sebelah jadi translator.
Dia ada 2 pilihan.
Satu ke Unit Kecemasan hospital.
Dan dua kena panggil emak bapaknya. 
Dia mula menangis.
Kawan2nya saling berpandangan.
Emak bapak tak boleh tahu katanya.
Dan dia juga tak nak pergi ke hospital.
Kalau emak bapak tak tahu,
siapa nak bayar kos rawatan?
Jadi aku suruh translator aku call emaknya.


Rupa2nya, mereka semua ponteng sekolah.
Pakai baju sekolah tapi tak pergi sekolah.
Mundar-mandir di sekitar kedai.
Sebab itu mereka takut emak bapak mereka tahu.

Dah lama aku tak menjahit luka sepanjang ini.
Sejam lebih aku ambil.
5 jahitan di dalam,
14 jahitan di luar.
Bila emaknya sampai,
drama Mandarin pun bermula.
Aku cuma tengok sahaja.


Teringat aku masa sekolah dulu.
Ada juga kawan2 ponteng sekolah.
Pergi sekolah sama2.
Balik sekolah pun sama2.
Tapi mereka tak sampai ke sekolah.
Duduk menyorok sepanjang hari dalam kebun kelapa sawit.
Bodoh.
Bukannya dapat apa2 duduk dalam kebun.
Baik pergi sekolah.
Dapat ilmu.
Dapat jumpa kawan.
Duduk dalam kebun dapat apa?
Kawan aku itu akhirnya jadi penagih dadah.
Seorang dah mati kena AIDS.
Aku pernah merawat dia masa di hospital dulu.
Pengajarannya?


2 ulasan:

  1. tak larat saya nak jahit kalau dah panjang macam tu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya takda patient lain masa tu.
      Juga takda sapa nak hantar hospital.

      Jadi jahit ajelah...
      Emak dia beri green light.
      Tak payah bius banyak2.

      Padam