Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Mei 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang pelajar perempuan.
Tingkatan 5 tahun ini.
Anak sulung daripada 2 beradik.
Mempunyai masalah kesihatan yang berlarutan.
Migraine.
Dysmenorrhoea.
Gastritis.
Hemorrhoids.
Dan yang terbaru, persistent neck pain.
Hampir semua pakar dia dah jumpa.
CT Brain dah buat.
OGDS pun dah buat.
Ujian darah jangan ceritalah.
Pendek kata penyakitnya macam orang dah berumur 50-an.

Sebulan yang lalu,
dia dimasukkan ke hospital pakar di JB.
Sakit tengkuk berterusan.
Duduk di wad selama 8 hari.
MRI Neck kata ada saraf yang tersepit.
Doktor inject steroid kat sarafnya.
Dapat cuti sebulan.
Sebulan langsung tak ke sekolah.
(Lebih hebat daripada cerita Seindah Sakura tu) 
Tapi penyakitnya masih berterusan.


Semalam emak bapaknya jumpa aku.
Dia baru balik daripada jumpa doktor.
Doktor tanpa klinik.
Berubat daripada rumah.
Katanya doktor tu diiktiraf UNICEF.
Pesakitnya ramai.
Mampu pakai Q5 kata bapanya.
Habis doktor moden dimarahnya.
Semuanya tak betul dan salah.
Kena makan ubat dia.
300 ringgit.

Apa itu Natural Healing?
Apa itu Metabolic Treatment?

Ijazah aku seperti tiada gunanya.
Apa yang aku pelajari dulu,
bertentangan sangat2 dengan ini.
5 tahun belajar.
15 tahun praktis.
Langsung tiada gunanya.
Bayang Vellfire pun takda.
Apatahlagi Q5.


6 ulasan:

  1. penipu mmg senang hidup di malaysia ni bro..masukkan air kosong dalam botol, label cantik2, buat testimoni palsu...cukup 5 bulan X6 pun boleh pakai :)

    BalasPadam
  2. apa advice 'Dr' ni kepada budak tu? Teringin jugak nak tahu...

    BalasPadam
  3. Teringat aku bawak wife aku jumpa sorang doktor selepas di'rekomen' oleh kawan aku.

    Dia menggunakan cara 'stabilisation of electricity in body'. Dia guna bateri 9V dan pasang elektrod +ve dan -ve ke badan.

    ramai betul patient dia. zaman ni early 90s. belum ada lagi mesin yg berbelas ribu. atpi patient2 yg migraine, semuanya kata bagus..tak tau la kalau psikologi je..

    BalasPadam
  4. doktor Q5 tu dapat PhD dari U mana agaknya yer?
    nak pegi tuntut ilmu juga ;)

    BalasPadam
  5. Nak cari alternatif untuk berubat tak salah sebab ilmu Allah ni luas tapi janganlah kondem doktor perubatan semua salah, nampak sangat tak jujur nak merawat lepas tu cekik darah. Aku takat ada C class loan 9 tahun tu pun lepas bukak klinik 7 tahun.

    BalasPadam
  6. UNICEF ?
    apakedarah...

    Melayu tipu Melayu..
    bagus!!

    BalasPadam