Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Mei 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki awal 20-an.
Baru dapat kerja dengan syarikat GLC di sini.
Nama dia belum masuk dalam sistem.
Jadi tak boleh nak claim panel di klinik.
Kena bayar cash untuk rawatan.

Kali pertama datang bulan lepas.
Mengadu sakit macam2.
Aku beri 3 jenis ubat dan charged sewajarnya.
Masa ambik ubat dia cakap tak cukup duit.
Dia cuma ambik satu ubat sahaja.
Aku maafkan.

Kali kedua dia datang awal bulan ini.
Juga mengadu sakit macam2.
Kali ini demam 38.0 darjah.
Aku beri 4 jenis ubat.
Masa ambil ubat dia pun cakap tak cukup duit.
Dia ambik 2 jenis ubat sahaja.
Aku masih maafkan.

Akhir bulan ini dia datang lagi.
Masih mengadu macam2.
Tapi kali ini tiada demam.
Cuma sakit2 badan sahaja.
Seperti dijangka dia nak MC sebenarnya. 
Dia datang ke klinik petang hari Isnin yang sibuk.
Diwaktu doktor locum tak dapat datang ganti.
Memang silap waktu dia datang.
Kali ini dia 'kena basuh' cukup2 dengan aku.
Harap2 dia serik lepas ini.

Dia kata dia anak lelaki bungsu.
Baru start kerja di sini.
Sebelum ni kerja kilang di Muar.
Duduk dengan emak.
Emaknya sakit jantung. (katanya...)
Kini emaknya duduk seorang di kampung. (katanya...)
Dia kena selalu balik ziarah emak. (katanya...)
Jadi petang Isnin singgah diklinik.
Harap2 dapat MC macam kali pertama dan kedua.
Tapi dia silap.

Aku bukan seorang doktor yang baik.
Aku bukan seorang doktor yang penyabar.
Aku doktor yang jahat.
Aku pernah bercita2 nak jadi pegawai penyiasat.
Tapi aku tak minat nak pakai uniform.
Aku selalu tengok drama2 penyiasatan di tv.
CSI: Trilogy juga Criminal Minds.
Tak perlu sebat dengan hos getah,
tak perlu cucuh dengan putung rokok,
tak perlu duduk atas bongkah ais,
tak perlu maki-hamun dan mencarut,
tak perlu ugut nak kacau anak2 dan isteri,
aku boleh dapat maklumat yang aku hendak.

Dah lebih 15 tahun jadi doktor.
Untuk kes2 camni,
aku pegang nadi dia sambil tanya soalan.
Atau konon check bunyi jantungnya.
Kalau jantung dan nadi laju semacam aje,
ataupun gelisah nak cepat2 keluar daripada bilik aku,
itu nak cuba kelentong doktorlah tu.

Aku tak gila dengan duit.
Aku hanya minta dihormati.
Kalau nak MC berterus-terang ajelah.
Tak payah cakap sakit macam2.
Tak payah tanya soalan macam2.
Buang masa dan karan aku aje.
Nak check macam2.
Nak jawab soalan macam2.

Lepas pesakit ini aku keluar klinik.
Hilang mood aku nak tengok pesakit.
Aku pergi buat house call.
Tengok uncle/bapak angkat aku yang kena stroke.
Baru dapat balik mood aku.

16 ulasan:

  1. err..saya pun ke klinik sbb nak mintak mc.. tapi bukan sakit tipu la..mmg sakit..cuma ubat tu saya tak makan..kalau sakit severe baru makan ubat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebagai doktor,
      bila pesakit minta kurangkan ubat,
      itu bermakna mereka hilang hormat kat doktor.
      Ibarat doktor sengaja beri ubat lebih,
      ibarat doktor sengaja nak charged extra,
      ibarat doktor tak pandai buat kerja.

      Makan tak makan ubat itu cerita lain.
      Tapi saya rasa diperbodoh bila minta kurangkan ubat.

      Padam
  2. House alike, saya suka tengok house MD. tapi memang ada doktor yang langsung unreasonable. bini aku datang klinik panel tu pun 3-4 bulan sekali, doktor locum tu mulut macam sampah, di tudunh bini aku gila cuti, bini aku terkejut dan masuk kereta terus senyap... Aku rasa nak patah balik je sound doktor bodoh tu. ish ish ish... patient bodoh pun ada, doktor bodoh pun ada.. Tapi saya suka doktor ni... Blog dia simple tapi berisi..

    BalasPadam
  3. mcm mcm kerenak pekerjaniekan doctor?saya jumpa blog doctr drp blog daddy ziyyad=)nak kutip ilmu disini almaklum ada 2 anak kecil yang selalu jugak demamlah kena ciken poxlah n mcm2 hal.so boleh tanya2=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cuma doktor cabuk aje.
      bukan pakar kanak2.

      salam ziarah.

      Padam
  4. kalau dah masuk panel tu, harus selalu lawat klinik on Monday :)

    BalasPadam
  5. Kalau nak mintak MC cakap jelah awal-awal nak MC, tak payahlah nak mereka-reka sakit. Dah letih melayan orang2 yang suka berlakon depan doktor nih.

    BalasPadam
  6. Klu kak Nurul nak minta mc bila betul2 dah x larat nak pegi keje,kadang2 segan juga nak minta mc ngan doc takut doc x kasi......
    Salam kenal dr kak Nurul dan follow sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ziarah.

      Doktor pun manusia biasa juga...

      Padam
  7. blog seorg doktor la ni ye? first time msk blog doktor..tabekkk sprinngg la..

    salam perkenalan ye doktor, bsk sy nak jmpa dokor nak mntak MC 2 minggu (ckp trs trg ni..)

    http://www.1001impianhidup.com/2012/05/tips-isteri-pemikat-dambaan-suami.html

    BalasPadam
  8. Salam doc,
    Salam kenal.
    Seingat saya tak penah mintak MC, kalau doktor nak bagi, bagilah, kalau tak bagi takpa. Tapi penah doktor bagi MC, saya tak nak. Saya kata nak gi kerja. Punyalah semangat nak keja tuh!

    BalasPadam
  9. salam perkenalan doc...
    Pertama kali smpi di blog DR ni...google ttg tudung Fareeda..last2 smpi ke blog ni... blm melawat habis lg ni...
    Jarang jumpa blog kaum adam yg betul suka menulis ni...saya x suka baca tulisan kosong hanya sekadar menaikkan kunjungan ke blog...saya suka baca cerita2 kehidupan yg ringan2....saya selalu takut nak mintak MC kat DR...takut DR kata saya sengaja buat2 sakit...kecuali saya da x larat sgt nak pegi keje...saya lebih suka berada ditempat keje if hanya demam skit2...sbb if duduk kat rumah pun bukannya saya tahu nak rehat...pastinya buat keje2 rumah jgk...may b lumrah org pompuan kot kan... nice blog DR...nanti saya datang lg...bila free...or tak de mood nak buat keje...

    BalasPadam