Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Mei 2012

Aku dan Sarapan Pagi bersama Perdana Menteri


Aku dapat dua surat hari ini.
Satu, jemputan untuk bersarapan dengan Perdana Menteri.
PM Najib nak turun kat Kulaijaya.
Nak berkenal2an dengan warga Kulaijaya.
Maklumlah pilihanraya dah dekat.
Kenalah berbaik2 dengan para pengundi.


Dua, surat daripada Majlis Perbandaran.
Kena kibarkan benderalah pulak.
Ada Kembara Mahkota Johor.
Kedua2nya berlaku hujung minggu ini.
Majlis PM Najib bermula jam 7 pagi.
Diikuti dengan pelancaran Kembara Mahkota jam 9 pagi.

Jalan2 sekitar Kulaijaya kembali bersih dan cantik.
Rakyat biasa punya komplen langsung tak dihirau.
Jalan berlubang dan lampu tak menyala tak jadi hal.
Tapi bila ada pembesar nak datang.
Yang perlu dibersih, segera dibersihkan.
Yang perlu ditampal, segera ditampalkan.
Yang perlu dicat, segera dicatkan.
Inilah nasib pembayar cukai.


1 ulasan:

  1. Sgt setuju dgn komen tn doc pada para terakhir
    Saya alaminya sendiri
    Suami buka restoran
    Ada VIP nak dtg
    Habis semua sticker along dibersihkan
    Longkang clear
    Jalan clear
    Gerai makan tepi jalan pon boleh magic dihilangkan aka dialihkan
    Padahal sebelumnya meriah macam foodcourt
    Serba serbi bersih
    Rasa macam nak suruh VIP dtg tiap minggu...hehehe

    BTW, seronok baca blog tn doc
    Dapat buka minda

    BalasPadam