Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Mei 2012

Aku dan Tingkatan 3C 1986


25 tahun yang lalu.
Aku di Tingkatan 3C.
Kelas Sains Perusahaan.
Ada 35 orang murid semuanya.
Semuanya anak2 peneroka.
Kecuali aku.

25 tahun telah berlalu.
Masing2 dengan kehidupan masing2.
Masing2 dengan kerjaya masing2.
Ada yang berjaya.
Ada juga yang kurang berjaya.
Yang dah meninggal dunia pun ada.
Yang hampir tukar jantina juga ada.

Melalui Facebook.
Aku dipertemukan semula.
Dengan Zaidi; Kontraktor Kelas C.
Dengan Rizal; Medical Assistant.
Dengan Satria dan Roslan; Operation Coordinators.

Hujung minggu.
Ramai anak2 peneroka balik kampung.
Maklumlah emak bapak dah lebih kaya.
Dan aku anjurkan perjumpaan semula.
Di KFC Bandar Tenggara.
Mengimbau kembali cerita2 lama.
Masa zaman budak2 nakal yang kurang berakal.
Yang lebih suka bermain daripada membaca.
Yang menjadikan guru disiplin musuh mereka.
Dan Guru Sains Rumahtangga cinta hati mereka.

Dunia ini kecil sahaja.
Internet dan Facebook membolehkan kita.
Membuat apa sahaja.
Mencari siapa sahaja.


1 ulasan: