Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Mei 2012

Aku dan Watie Chenta Qaseh D Boutique


Ini butik kawan FB wife.
Geng tudung Fareeda jugak.
Rupa2nya biras kepada tauke tudung Fareeda Mutiara Rini.
Butik ni baru bukak.
Lokasi di Taman Harmoni Simpang Renggam.
Tepi jalan besar Kulai-Ayer Hitam.


Butiknya gaya mewah.
Kemas, cantik dan berwarna-warni.
Juga lebih besar banding butik saudaranya di Mutiara Rini.
Dia menjual tudung2 Fareeda jugak.
Juga jenama2 lain yang sewaktu dengannya.


Wanita ini hebat.
Umurnya baru awal 30-an.
Tapi rancak memperkembangkan perniagaannya.
Banyak rangkaian perniagaan yang lain2.
Sewa khemah ada,
Restoran Steamboat ada,
Kebun kelapa sawit pun ada.
Juga ladang menternak lembu.


Aku suka tengok orang2 yang berjaya begini.
Boleh jadi teladan kepada sesama bangsa.
Tak perlu iri hati,
tak perlu cemburu,
tak perlu hantar santau ataupun guna2.
Yang penting usaha dan yakin pada diri sendiri.


Mutiara Rini dah pergi.
Bangi dah pergi.
Simpang Renggam pun dah pergi.
Mana lagi?

p.s
Nampak Vellfire kat depan kedai?
Itulah antara berkat hasil usaha mereka.
Tercabar tuanpunya Accord kat sebelahnya.


2 ulasan: