Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Mei 2012

Aku di Restoran Two City Kluang


Setiap kali sesat di Kluang,
restoran ini pasti aku singgah.
Lokasinya di Jalan Penghulu Kassim.
Dekat dengan Stesen Bas Kluang.


Restoran ini dah lebih 10 tahun rasanya.
Suasananya dah makin selesa.
Tempat duduk dah makin banyak.
Dan pelanggannya pun dah makin ramai.
Ada kala servisnya pantas.
Ada kala servisnya sangat lambat.
Malam tadi nasib aku kurang baik.
Hampir 45 minit baru makananku sampai.
Pelanggan meja2 sebelah dah ada yang cabut.
Tapi aku dah datang daripada jauh.
Terpaksalah tunggu sambil tengok konsert Mania di Ria.
Alyah dah kena singkir.


Ikan Siakap Tiga Rasa adalah yang terbaik.
10 kali datang, rasanya tetap sama.
Tetapi makanan yang lain agak menghampakan.
Terutama Tomyam dan Daging Merahnya.




Dalam sibuk2 melayan pelanggan,
cashier masih boleh berniaga tudung.
Tudung Fareeda lagi.
Nasib baik wife tak join sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan