Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Mei 2012

Aku ke Car Showroom


Lain orang lain minat dan citarasa.
Aku minat dengan Japanese Car.
MPV terutamanya.
Toyota Estimaku dah 6 tahun aku pakai.
Antara kereta terbaik yang pernah aku bawa.
Cantik di luar.
Selesa di dalam.
Sedap dipandu.
Mudah penjagaan.
Juga boleh isi ramai2.
Tapi rasanya sudah tiba masa.
Kena upgrade kepada yang lain.
Untuk kepuasan diri sendiri.
Sementara masih mampu membayar instalment.
Juga sementara anak2 masih kecil.


Dua minggu ini aku dan wife rajin berjalan.
Keluar masuk hampir semua showroom kereta di bandaraya JB.
Berjumpa dengan ramai orang.
Salesman kereta terutamanya.
Ada yang pandang sebelah mata.
Ada juga yang langsung tak pandang.
Melayan kita endah tak endah.
Maklumlah kita bukannya datuk2 ataupun tauke2 besar.
Tetapi pengalaman telah mendewasakan kita.
Aku tahu soalan apa yang nak ditanya.
Aku juga dah tahu apa jawapan mereka.

Membeli kereta2 recond tak sama dengan kereta2 baru.
Kena pastikan APnya siapa yang pegang.
Kena pastikan betul2 tarikh dibawa masuk.
Kena tengok condition luar dan dalam.
Kena tengok spesifikasi yang ada.
Kena tengok khidmat lepas jualannya.
Ada salesman yang hanya pandai berjanji.
Ada salesman yang pandai kelentong.
Sebelum sign agreement, semuanya boleh.
Tapi bila dan sign, semuanya jadi tak boleh.

Mutiara Motors aku rasa tempat terbaik.
Mencari kereta2 recond daripada Jepun.
Semua kereta adalah high-specs.
Maksudnya aksesori tahap maksimum.
Dan mereka jamin kereta 98% baru jika dijalan raya.
( Walaupun dan 4-5 tahun dipakai di Jepun )
Mereka ada bengkel dan mekanik sendiri.
Mereka juga ada  khidmat maintenance services.
Maksudnya jika kereta bermasalah,
boleh kembali kepada mereka.

Semasa beli Estima dulu,
aku tak fikir semua itu.
Bila ada major problem,
kelam-kabut aku dibuatnya.
Tidur malam pun tak lena.

Ada sesiapa berminat dengan Estimaku?
Mileage baru 136K.
Tayar baru ganti.
Gearbox baru ganti.
Bateri pun baru ganti.

Bersambung...


1 ulasan:

  1. 136K aja mileage? for 6 years? kurang berjalan jalan Estima tu..ekekekeke..

    BalasPadam