Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita awal 30-an.
Salah seorang pesakit setiaku.
Setiap kali sakit dia mesti cari aku.
Setiap kali anak dia sakit dia mesti cari aku.
Masa mengandung, aku juga yang 'jaga' dia.
Keluar wad lepas bersalin pun, aku juga yang dia cari.
Dia takda penyakit yang berat2.
Setakat demam batuk selsema sakit kepala.
Itu sahaja sakitnya.

Awal tahun ini dia beli satu polisi insurans.
Ada medical card sekali.
Pertengahan bulan dua,
dia datang ke klinik aku.
Bukan sekali tetapi 3 kali.
Dia sekadar mengadu demam dan batuk.
Tapi dia rasa letih dan kurang bermaya.
Makan pun tidak berselera.
Tiada tanda2 penyakit yang lain.
Sakit biasa aku beri ubat2 yang biasalah.
Masuk kali ketiga dia datang aku mula confused.
Aku kurang pasti sakitnya.
Lepas tu dia tak datang lagi ke klinik aku.

Dua hari lepas dia datang.
Dia telah dimasukkan ke wad hospital pakar swasta lebih seminggu.
Mula2 dibawah pengawasan pakar perubatan.
Selepas 5 hari dia dirujuk ke pakar ENT pulak.
Nanah penuh dalam rongga2 …

Aku dan 10 Pesakit Paling Menjengkelkan

10 jenis pesakit yang paling menjengkelkan:
Pesakit2 yang awal pagi lagi dah beratur depan klinik sebab nak ambik MC.Pesakit2 panel yang jumpa doktor sekadar nak minta surat rujukan ke doktor pakar.Pesakit2 panel yang menyalahkan kemudahan panel dengan meminta ubat yang tak boleh nak claim seperti pil perancang keluarga, pil vitamin dan pil kurus.Pesakit2 panel yang menggunakan kemudahan panel untuk merawat anak, isteri, suami, ibu, bapa juga sedara-mara padahal kemudahan hanya untuk diri sendiri sahaja.Pesakit2 panel yang datang ke klinik sekadar untuk bertanya soalan tentang masalah ahli keluarga yang sedang berada di dalam wad. Kenapa tak tanya kat doktor kat sana?Pesakit2 yang membawa kesemua anak2 mereka ke bilik rawatan padahal yang sakit cuma seorang sahaja. Selepas tu semuanya berpesta dalam bilik. Barang2 atas meja malah bawah meja pun nak dipegangnya.Pesakit2 yang mendaftarkan seorang anak untuk rawatan tetapi suruh doktor periksa kesemua anak2nya. Lepas tu ubat kalau boleh n…

Aku dan Asap Rokok

Tak bosan ke?
Masuk bilik air, bau asap rokok.
Masuk lif, bau asap rokok.
Masuk kedai makan, bau asap rokok.
Habuk rokok dan puntung rokok dibuang merata2.
Depan klinik pun hisap rokok.
Masuk bilik doktor pun badan bau rokok.

Aku memang anti-perokok.
Terutama yang kurang kesedaran sivik.
Di tempat2 awam terutamanya.
Mereka menyalakan rokok tanpa tengok sekeliling.
Mereka tak kira orang tua, kanak2 malah ibu mengandung. 
Mereka takda adab sopan.
Kalau nak cepat mati pun, pergilah sorang2.
Kalau nak kena kanser, kenalah sorang2.
Ini tidak.
Asap rokok nak dikongsi dengan orang sebelah menyebelah.

Aku teringat satu iklan di tv dulu.
Seorang lelaki sedang makan karipap di bangku taman.
Seorang lelaki lain duduk disebelahnya.
Lalu menyalakan rokok.
Waktu rehat dan makannya diganggu dengan asap rokok.
Dia langsung menghulurkan karipap kat perokok tersebut.
Perokok menggelengkan kepala.
Lalu lelaki itu menyumbat karipap ke mulutnya.
Itulah ibaratnya.
Begitulah juga perasaanku setiap kali t…

Aku dan Cerita Hari Ini

Cikgu ini aku kenal.
Sekolah ini pun aku tahu tempatnya.
Satu kisah yang tragis.
Kerana terlupa.
Menyesal tak sudah.
Pengorbanan guru.
Sibuk dengan anak murid.
Anak sendiri pun terlupa.
Aku pernah sekali terlupa.
Sibuk dengan pesakit di klinik.
Lupa nak ambik anak balik sekolah.
Lebih sejam menunggu aku di sekolah.
Tapi itulah kali pertama dan terakhir.
Itu janji aku.
Mum of boy who died in car to be probed for negligence JOHOR BARU: Police have decided to investigate the case of a five-year-old boy, who died after being left by his mother in her car for several hours, under the Child Act for negligence. Johor police chief Deputy Comm Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff said although he was saddened by the case, the police had to act according to the law because a child had died.
“We will investigate under Section 31 of the Child Act for negligence. We have yet to record the mother's statement but we will try to complete the investigation papers as soon as possible,” he told re…

Aku dan Kisah Pokok Durian

Di Malaysia,
pokok durian tumbuh di merata tempat.
Kalau dalam kebun orang,
itu hak tuanpunya kebunlah.
Boleh mintak kalau nak.
Boleh beli kalau dijual.
Boleh dapat free kalau diberi.
Itulah lumrah alam.

Dulu masa aku kecik2,
nenek aku ada dusun durian di Sg Resik Muar.
Setiap kali musim durian,
aku mesti bermalam dirumahnya.
Lebih 10 pokok dia ada disekeliling rumahnya.
Sepanjang malam asyik dengar durian jatuh berdebus.
Awal pagi lagi dah bangun.
Memungut durian yang jatuh di bawah pokok.
Masa tu tak terfikir langsung pasal nak jual.
Sebab jiran2 pun ada pokok durian jugak.
Nak jual tepi jalan pun takda sapa nak beli.

Keseronokan memungut durian tidak dapat digambarkan.
Ada thrill nya tersendiri.
Ada adrenaline rush nya tersendiri.
Juga kopek dan makan durian baru gugur.
10 kali lebih nikmat banding beli tepi jalan.
Aku mengaku dulu 'aku hantu durian.'
Sarapan pagi dengan durian,
makan tengahari dengan durian,
makan petang dengan durian.
Nak tidur pun cari durian dulu.

T…

Kenapa Aku Ke Ceramah Anwar Ibrahim Siri 2

Ada perbezaan besar antara ceramah Anwar dan VIP Umno. Ceramah Anwar sangatlah ringkas. Khemahnya simple sahaja. Takda siapa yang dibayar untuk datang. Takda bas disewa khas. Takda khemah2 dan kerusi meja ditempah khas. Takda jamuan makan sedap2 disediakan. Takda protokol diperlukan. Takda persiapan siang malam diperlukan. Dan yang penting, tiada wang rakyat jutaan ringgit dibelanjakan.
Benar kata Aspan Alias. UMNO Baru langsung tak berubah. Budaya ugutan dan rasis masih dimainkan. UMNO Baru tolong Melayu? Melayu yang bagaimana? Semua Melayu? Atau segelintir sahaja?
Klinik lengang hari ini. Jadi ahli politik sekejap aku petang ini. Aspan Alias: Penilaian terhadap UMNO/BN ialah kepada kadar rasuah dan isu rasis Saya selalu berkata UMNO Baru sudah hilang hidayah dalam mentadbir negara. Bagi UMNO Baru modalnya hanyalah satu iaitu isu pembangunan dan gula-gula kewangan terhadap rakyat. Bagi UMNO Baru kerajaan yang baik itu ialah kerajaan yang boleh membina lapangan terbang, membina seko…

Aku dan Medical Protection Society

Dah 5 tahun aku dilindungi oleh MPS.
Rekod aku masih bersih setakat ini.
Aku masih tak memerlukan apa2 bantuan.
Alhamdulilah. Terima kasih.
Bayar premium aje setiap tahun.
Cukup tahun, burnt begitu sahaja.

Baca kes2 medikolegal dalam jurnal ini agak menggerunkan.
Walaupun kes2 berlaku di luar negara,
satu hari akan sampai juga di sini.
Pesakit2 sekarang semakin 'pandai'.
Waris2 pesakit pun semakin 'pandai'.
Ada yang terlebih pandai.
Yang memandai2 pun ramai juga.
Jumpa doktor bukannya nak minta nasihat.
Mereka minta ujian darah.
Mereka minta ujian ECG.
Mereka minta di x-ray dada.
Mereka minta antibiotik yang kuat.
Mereka minta dirujuk ke klinik pakar.
Doktor dah bukan doktor lagi.
Doktor dah jadi kerani.
Pandangan doktor tak diambil kira.

Dr Pagal ada bercerita,
dunia perubatan semakin berubah.
Doktor dah tidak diperlukan.
Pesakit lebih bergantung kepada ujian dan mesin.
Doktor2 pun sama.
History taking dan examination dah kurang penting.
Sakit dada nak kena buat ECG…

Aku dan Wordless Wednesday

Jumpa kat FB.
Dalam lawak ada ilmu.
Memberi ilmu dalam berlawak.
Itulah keistimewaan UAI.


Aku dan Wordless Wednesday

Ini nak kira camna ni?
Rujuk sini



Aku dan Hari Ini

Terima kasih Allah.
Terima kasih kerana menciptaku.
Terima kasih kerana nikmat yang tidak pernah berkesudahan.
Nikmat untuk hidup.
Nikmat untuk sihat.
Nikmat untuk melihat.
Nikmat untuk mendengar.

Terima kasih emak.
Terima kasih kerana melahirkanku.
Terima kasih atas dorongan.
Terima kasih atas sokongan.
Terima kasih kerana menyedarkanku.
Kemiskinan bukan penghalang,
Untuk berjaya dalam kehidupan.

Terima kasih abah.
Terima kasih kerana membesarkanku.
Terima kasih atas dorongan.
Terima kasih atas sokongan.
Terima kasih kerana berjaya mencabarku.
Untuk berjaya dalam kehidupan,
Hanya mati menjadi penghalang.

Terima kasih isteriku.
Terima kasih kerana sentiasa cuba memahamiku.
Terima kasih kerana sentiasa disisiku.
Terima kasih kerana sentiasa disampingku.
Ketika hujan dan panas.
Ketika mendung dan ribut.
Ketika senang dan juga susah.

Terima kasih anak-anakku.
Terima kasih kerana menerimaku seadanya.
Terima kasih kerana sentiasa menceriakan hidupku.
Terima kasih atas cerita-cerita duka…

Aku dan Restoran Sahabat Tomyam

Restoran Sahabat Tomyam.
Letaknya di Kempas Baru.
Dekat dengan exit Tol Kempas.
Ini restoran pilihanku setiap kali sesat di JB.
Restorannya semakin cantik dan bersih.


Suasananya tak hingar bingar.
Walaupun letaknya di tepi jalan besar.
Cuma di malam minggu,
kadang2 riuh dengan Mat Rempit test power.
Motor kapcai umpama superbike.
Diperahnya enjin sampai hampir putus nyawa.


Malam tadi aku singgah ke mari.
Dah hampir setengah tahun tak sampai sini.
Tapi tukang masaknya mungkin dah bertukar.
Lauk pauknya rasa lain sedikit.
Tak macam biasa.


Tomyamnya kurang pedas.
Juga tak terasa masamnya.


Begitu juga dengan Kailan Goreng.
Mana ikan keringnya?
Tapi Sotong Masam Manisnya kelas.
Sotongnya besar2 dan sayurannya banyak.


Aku cuma dapat beri 6/10 markah sahaja.
Markah untuk kebersihan dan layanan.
Makanannya biasa2 sahaja.
Harganya juga standard biasa sahaja.

Kenapa Aku Ke Ceramah Anwar Ibrahim?

Ini salah satu sebabnya.
Najib Oh Najib.
Dia sangat boros.
Duit kerajaan dibelanja sesuka hati.
Duit kerajaan ditabur di sana sini.
Semuanya untuk populariti.
Semuanya untuk memancing undi.
Rakyat sudah pandai menilai.
Duit tidak lagi boleh membeli undi.
Zaman Tun Mahathir dulu bolehlah.
Tapi mereka tetap tak berubah.
Masih angkuh dan sombong.
Anwar Ibrahim telah membuka mindaku.


Putrajaya asks for RM14b more to spend UPDATED @ 12:04:39 PM 14-06-2012
By Shannon Teoh
June 14, 2012 KUALA LUMPUR, June 14 — The federal government tabled a supplementary supply Bill today, asking for RM13.8 billion more to spend this year, fuelling fears the Najib administration will not be able to rein in the deficit and breach the statutory debt ceiling.
The Bill, tabled this morning by the Finance Ministry, allocates RM360 million to the Election Commission (EC), RM113 million to the Prime Minister’s Department, RM446 million to the Works Ministry and a whopping RM11.2 billion for “tre…

Aku ke ceramah Anwar Ibrahim

Tahun 2000.
Itulah kali terakhir mendengar ceramah politik.
Kisah perjuangan Anwar Ibrahim.
Zaman Reformasi.
Zaman jiwa kacau.



Malam minggu.
Di Taman Tropika.
Anwar Ibrahim datang Kulai.
Memberi ceramah perdananya.
Berduyun2 orang Kulai datang.
Pelbagai bangsa dan usia.
Itulah pengaruh Anwar Ibrahim.
Musuh UMNO Baru paling ditakuti.


Aku bukan penyokong tegar Anwar Ibrahim.
Tapi aku kagum dengan kecekalannya.
Saban hari difitnah, dicerca dan dimalukan dikhalayak.
Aku nak tahu apa cerita terbarunya.
Jadi aku sanggup menghadirkan diri.
Tanpa perlu dibayar duit minyak.
Tanpa perlu diberi duit minum kopi.
Juga tiada kerusi disediakan.


Layakkah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri?
Itulah persoalan dibenakku sekarang.
Betulkah Anwar akan menjual orang Melayu?
Betulkah Anwar sekutu Israel?
Betulkah Anwar ada harta 30 billion?
Banyak lagi persoalan yang mengharapkan jawapan.
Dan TV3 juga Utusan Malaysia bukanlah sumber jawapannya.

Salam hujung minggu kawan2.


Aku dan Koleksi Kereta Kebal

Dulu kumpul batu sekejap.
Lepas 8 ketul, aku berhenti.
Anak tak minat nak jadi Geologist.
Dia minat benda lain pulak.
Gila nak main hoki.


Sekarang kumpul benda lain pulak.
Kereta kebal.
Ada 12 kesemuanya.
Siap dengan kotak sekali.
Aku dah ada lima.
Setiap kali ada stok baru,
mamat kat kedai buku dah simpan satu untuk aku.


Mengumpul mainan.
Satu hobi yang agak mahal.
Tapi tak semahal kayu golf dan aksesorinya.
Tapikan,
Hidup kena ada hobi.
Jadi hidup taklah bosan sangat.
Padaku,
Biar perangai macam budak2.
Tak kacau orang/ rumahtangga orang.
Jangan jadi orang tua tak sedar diri.
Sibuk nak kawin lagi...



Aku dan Wordless Wednesday

Ada iklan ditampal di depan klinik.
Bertujuan mencuri pesakit2ku.
Guna gam yang kuat.
Tanpa meminta kebenaran.
Apa hukumnya?
Tunggu jawapan Ustaz Azhar Idrus nanti.



Aku dan GPS baruku

Dulu aku ada Garmin Nuvi.
Tapi map di dalamnya dah outdated.
Aku cuba beberapa kali nak update,
tapi gagal dan gagal dan gagal.
Jadi arahan Cik Garmin dah tak boleh pakai.
Boleh masuk laut kalau ikut betul2.

Ini Garmin baruku.
Aku upload apps dalam iPhoneku.
Kena bayar tapi.
Ada diskaun USD10.00 sehingga hujung bulan.

Map Garmin yang ni memang terkini.
Cepat dan cekap.
Lebih detail.
Ada gambar 3D kalau disimpang2 utama.
Jadi taklah salah simpang seperti selalu terjadi.
Masuk Seksyen 32 Shah Alam pun tak ragu2.
Cuma i-City takda dalam map.
Seksyen 7 yang ada.
Mana aku tahu i-City ada di Seksyen 7?

iPhone 4S adalah gajet terbaikku.
Kameranya setanding dengan DSLR.
Boleh update blog instantly.
Boleh update gambar di Instagram.
Boleh WhatsApp dengan kawan2.
Boleh check Facebook dimana2.
Boleh cari dan baca review tempat makan di Foursquare.
Boleh check email dimana2.
Maps dalam iPhone pun boleh diharap jugak.
Dan sekarang ada Garmin.
Dah cukup lengkap dah.

Cutiku dah habis

Cuti sekolah dah habis.
Percutian hujung mingguku pun dah habis.
Pagi semalam aku balik ke Johor Bahru.
Sebelum tu kena singgah kat Fareeda lagi.
3 hari berturut2 aku ke sana.
Dah jadi macam reseller pulak.

Tengahari aku masuk Lebuhraya Utara Selatan.
Kenderaan agak banyak tapi lancar.
Di R&R pun sama. Crowded.
Sampai exit Pagoh aku keluar lebuhraya.
Menuju bandar Muar mencari sesuatu.
Niat nak balik awal tak kesampaian jugak.


Aku nak cari Mee Bandung Muar original.
Yang takda bubuh taugeh didalamnya.
Yang cuma ada kuah kacang, sawi dan telur mata.
Juga durian isi kuning.
Yang rasanya pekat dan melekat ditekak.
Akhirnya aku jumpa di Parit Sulong.
Akhirnya pukul 8 malam baru sampai rumah.


Perjalanan menuju ke Selatan sesak seperti dijangka.
Ada 2 kemalangan kecil di Simpang Renggam dan Sedenak.
Kemalangan=jem.
Walaupun kemalangan berlaku di arah bertentangan,
Jem tetap jem.
Betul seperti kata Harith Iskandar dalam Lawak Ke Der.
Semua orang seronok melihat kemalangan.
Semua …

Aku di i-City Shah Alam

Jumaat malam Sabtu.
Pukul 9:00 malam.
Aku sampai di i-City, Seksyen 7 Shah Alam.
Jalan menuju ke i-City jem teruk.
Nak masuk parking pun sama.
Bila tengok umat manusia yang sangat ramai,
Aku langsung hilang mood.


Dari jauh memang cantik dipandang.
Lampu2 dan arca yang berwarna-warni.
Tapi bila dah sampai dekat,
Biasa2 sahaja rasanya.


Ada Snowalk ataupun kawasan berhawa dingin ekstra.
Tapi kena bayar RM 35/seorang.
Kena beratur panjang untuk beli tiket.
Kena bersesak2 di dalam sana.
Aku pujuk anak2 aku.
Lain kali kita pergi tempat lebih sejuk.
Antartika sana.


Selepas jalan2 pusing satu round,
Aku pun balik.
Masuk ke dalam adalah percuma.
Tapi parking RM 10.00.
Cukuplah sekali.









Aku di Bangi Kopitiam

Satu lagi tempat makan yang aku nak try bila sampai di Bangi.
Bangi Kopitiam namanya.
Terbaca dalam suratkhabar tempohari.
Pagi2 lagi kedainya dah meriah.
Dekorasinya cantik.
Penuh dengan barang2 antik.
Meja dan kerusinya pun antik.
Begitu juga dengan cawan dan pinggannya.
Pekerjanya semua warga asing tapi.


Order makanan ikut kod dlm menu.
Lepas tu "ting"...
Pekerjanya akan datang pungut order.
Tunggu 10-15 minit,
Makanan pun sampai.
Bila dah kenyang "ting" lagi sekali.
Pekerja datang hantar bil.
Cepat dan mudah.


Aku nampak logo halal besar di atas kaunter.
Harap2 bukan logo beli kat pasar malam.
Rasa makanannya boleh tahan.
Teh tariknya kaw.
Tapi nasi lemak biasa2 sahaja.
Portionnya sesuai dengan perut.
Ada juga free WiFi.
Itu yang mustahak.
Harga sesuai dengan suasananya.
Datang sesekali bolehlah.



Mobile update from free WiFi @ Fareeda Boutique

Aku di Equatorial Bangi

Aku booking bilik guna online.
Maximum discount as claimed.
Equatorial Bangi.
Lokasinya di atas bukit.
Sebelah padang golf.
Sunyi dan agak jauh daripada bandar.
Pukul 5:00 petang aku sampai,
Bilik tak siap lagi.
Kena tunggu hampir setengah jam.
Nak kata ramai orang tidak jugak.
Tapi aku mintak non smoking room.
Mungkin itu sebabnya.
Aku dapat bilik di tingkat 6.
Menghadap ke kolam.
Biliknya luas dan selesa.
Aircondnya sangat sejuk.
Tak payah masuk Snowalk@i-City.
Lifnya pantas.
Kolam renangnya luas.
Landskapnya terjaga.
Tapi Free WiFi hanya dilobi.
Kat bilik kena guna kabel.
Bayar RM 39.90/sehari.
Sarapan pagi aku tak try.
Takda dlm pakej yg aku ambil.
Makan di luar lebih murah.
Juga lebih sedap rasanya.

Mobile update from Fareeda Botique Bangi

Aku dan Reunion UM Medicine 96

Kali terakhir berjumpa di Konvokesyen UM tahun 1996.
Selepas itu membawa haluan masing2.
Semuanya menjadi doktor.
Ramai yang menjadi doktor pakar.
Sama ada di kerajaan ataupun swasta.
Hanya beberapa kerat yang jadi doktor cabuk macam aku.
Pakar Orthopedik di Perak dan UPM.
Pakar Buah Pinggang di Penang.
Pakar Bius di Singapura dan Klang.
Pakar X-ray di Klang.
Yang jadi surirumah sepenuh masa pun ada.


16 tahun telah berlalu.
Facebook menemukan kami kembali.
Alhamdulilah.
Walaupun dah lama tak jumpa,
Kemesraan kami masih sama.
Kutuk mengutuk perkara biasa.
Lupa sejenak anak isteri yang ditinggalkan.
Makanan sedap2 pun sekadar tengok sahaja.


Seronok dapat jumpa Sallehudin.
Seronok dapat jumpa Class Rep.
Seronok dapat jumpa Ismail dan Pak Dan.
Seronok dapat jumpa Nizlan.
Seronok dapat jumpa Anil dan Manimaran.
Tapi mana geng TNG ni?



Aku di Restoran Tupai Tupai

Ini kali kedua aku sampai di sini.
Setiap kali aku ingat Bangi,
Aku ingat restoran ini.
Jalan antara UKM menuju Kajang.
Makan steamboat.
RM 29/seorang.


Terlalu banyak pilihan.
Aneka seafood.
Aneka bebola.
Aneka mee.
Aneka sayur2an.
Aneka minuman.
Juga pemanis mulut.


Suasananya santai dan nyaman.
Pekerjanya tak sombong.
Ada juga free WiFi.
Makan sampai kenyang.
Makan sampai pengsan.
Esok tak payah breakfast.

Aku di Fareeda Bangi

Kali kedua datang ke sini.
Hari kedua datang ke sini.
Semalam sampai aje terus menuju ke sini.
Semangat yang berkobar2 terus luntur.
Kedai penuh dengan customer.
Tetapi tudung/stok takda.
Masing2 menunggu stok turun daripada kilang di tingkat atas.
Sekali turun cuma 4-5 helai.
Berebut2 reseller mengambilnya.
Wife hanya tengok.
Maklumlah warna tidak memenuhi citarasa.


Hari ini kedai buka pukul 12 tgh.
Lagi ramai yang menunggu.
Tak faham aku.
Apa eksklusifnya tudung ini,
Aku masih tak nak faham.
Wife dah mula bengang.
Datang jauh2 pun takda layanan istimewa.
Aku ajak ke Ariani dia tak nak.
Lagi mahal katanya.
Apa nak buat, ikutkan sahajalah.
Dah ada stok/koleksi lebih sebulan pun,
Masih tak cukup lagi.
" Nak cari yang padan dengan warna tema raya tahun ini..."
Sebagai pemerhati satu aku perhatikan.
Fanatik Fareeda dah mula hilang sabar.
Keeksklusifannya menyebabkan ramai beralih arah.
Pesaing2nya pun semakin ramai.
Harga lebih murah,
Stok lebih banyak,
Tapi warnanya kurang me…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Cuti rehat 2 hari.
Bawa anak2 jalan2.
Test drive stereng baru.
Test apps baru di iPhone.
Test tempat2 makan yang baru.
Tengok stok baru di Fareeda.
Tengok lampu2 LED di i-City.
Jumpa kawan2 lama.
Jumpa kawan2 zaman sekolah dulu2.
Jumpa kawan2 di luar Facebook.
Cari idea baru.
Cari semangat baru.
Cari mood baru.
Salam hujung minggu kawan2.


Aku dan Madagascar 3

Alex The Lion,
Melman The Giraffe,
Marty The Zebra,
Gloria The Hippo.
4 haiwan kesayangan di Zoo New York.
4 watak yang unik dan gila2.
Kehidupan awal mereka sangat mudah.
Mereka disukai ramai dan hidup mewah.
Tetapi bila mereka cuba keluar daripada zoo akibat kebosanan,
mereka dianggap berbahaya dan dipindahkan ke Kenya.
Maka bermulalah pengembaraan mereka.
Dalam Madagascar 1,
mereka tersesat di Madagascar.
Dalam Madagascar 2,
mereka tersesat pula di Afrika.
Dalam Madagascar 3,
mereka sampai di Europe pulak.
Aku suka tengok watak2 mereka dikembangkan.
Ada aje idea dan pengembaraan baru untuk mereka.
Kali ini ada watak2 baru.
Stefano The Sea Lion.
Gia The Jaguar.
Vitaly The Tiger.
Mula ditayangkan di pawagam sejak semalam.
Nak tengok yang 3D kata anak2.

Aku dan Skandal WWW 15

As Michael Corleone from the Godfather once said:  "Only don't tell me that you're innocent.  Because it insults my intelligence and it makes me very angry." 

Sultan Johor beli nombor setengah juta pun berbayar.
Bila ada yang mempertikaikannya,
Pemuda UMNO Johor segera berhimpun dan berarak.
Tanda taat dan setia kepada Raja.
Pelbagai laporan polis dibuat.
Malah nak suruh haramkan Nizar datang ke Johor.
Politik murahan ikut pandanganku.
Siapa Liow Tiong Lai ni?
Lebih tinggi ke pangkatnya banding Raja/Sultan?
Boleh dapat nombor tender secara percuma?
Kenapa dia boleh dapat percuma?
Aku pun nak minta percuma kalau begitu.

Sekarang ni semua orang confused.
Siapa yang nak kena bayar?
Kalau dia tak bayar, kerajaan rugi RM 24 200.
Kalau kementerian dia yang bayar, rakyat rugi RM 24 200.
Pembayar cukai macam aku yang menanggungnya.
@#$%^&*()@ betul!
Patutlah sokongan kaum cina kepada MCA makin merosot.
Ini salah satu sebabnya.
Menterinya cakap bohong.
Menterinya caka…

Aku dan Klinik Untuk Dijual

Seorang doktor hantar email.
Minta pendapat.
Dia dah tak tahan kerja dengan kerajaan.
Dia nak kerja sendiri.
Ada satu klinik di Kuala Lumpur.
Dia nak ambilalih.
Kira beli klinik daripada tangan orang lain.
Apa pendapat?

Membeli klinik bermakna membeli bisnes.
Bukan setakat peralatan dalam klinik,
nama/signboard klinik, staf klinik, ubatan2, pesakit2 lama/baru,
pesakit2 panel semuanya anda beli.
Anda juga membeli reputasi klinik tersebut.
Kalau klinik itu punya reputasi yang baik,
untunglah anda.
Tapi kalau sebaliknya,
only God knows.

Sebelum membeli klinik,
kena kenalpasti tujuan sebenar klinik itu dijual.
Doktornya dah nak bersara?
Doktornya dah nak berhijrah ke Australia?
Doktornya nak aktif dalam politik dan jadi calon pilihanraya?
Doktornya dah banyak sangat cawangan klinik?
Ataupun bisnes dah mula merudum?
Ataupun pesakit dah mula lari ke tempat lain?
Ataupun ada masalah dengan pihak2 ketiga?

Sebelum membeli klinik,
jangan hanya bergantung dengan cakap2 tuanpunya sahaja.
Tanya de…

Aku dan Wordless Wednesday

Oh My English!

Aku dan Vellfireku

Selepas hampir sebulan menunggu,
akhirnya kereta idamanku 'keluar' juga.
Sememangnya Salesman kereta,
bukanlah orang yang boleh dipercayai sepenuhnya.
Cakap2 mereka hanya 50% boleh dipakai.
Cakap2 sebelum dan selepas confirmation,
adalah sangat2 berbeza.
Kena double malah triple check kalau perlu.
Sebelum confirmation,
kereta ada banyak 'ready stock'.
Proses tak lebih 2 minggu.
Sebelum 2 minggu kereta dah boleh keluar.
Lepas tu boleh beri/minta macam2. Percuma.
Selepas confirmation,
baru berani cakap kereta takda stok.
Kena tunggu stok baru akan datang.
Shipment dalam seminggu dua lagi.
Itupun belum pasti lagi.

Pengalaman mengajar aku.
Aku kejar dan call sana-sini.
Akhirnya baru mereka cakap ada last unit di Showroom.
Spesifikasi semuanya sama kecuali tiada Roof Monitor.
Mileage sekitar 35K.

2 minggu terasa sangat lama.
Aku mengalami Anxiety symptoms sepanjang 2 minggu itu.
Selang 2 hari aku call mereka.
Biar mereka tak senang duduk.
Sebagaimana aku di sini.
Dua…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Jumaat Malam Sabtu.
Lokasinya Restoran Azlan Seafood.
Ada jamuan makan malam.
Staf klinik dan ahli keluarga.
Aku yang belanja.

Lama dah tak buat majlis sebegini.
Sibuk dengan kerja siang dan malam.
Jadi aku pilih malam ini.
Sebelum Maghrib aku dah sampai.
Bukan waktu puncak.
Jadi tak perlu tunggu lama.


Staf klinik aku ada 5 orang sahaja.
Semuanya dah berkeluarga.
Semuanya dah lebih 5 tahun bekerja denganku.
Semuanya dah ibarat ahli keluarga.
Kalau aku rasa nak marah, aku marah.
Kalau aku rasa nak nasihat, aku marah dulu.
Lepas tu baru nasihat.
Setakat ini mereka semua setia denganku.
Takda yang berhenti mengejut.
Takda yang ponteng.
Takda yang curi tulang.
Sebagaimana mereka hormat aku,
aku juga hormat mereka.

Malam ini makanlah apa sahaja.
Malam ini minumlah apa sahaja.
Aku belanja...