Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Jun 2012

Aku dan 10 Pesakit Paling Menjengkelkan

10 jenis pesakit yang paling menjengkelkan:
  1. Pesakit2 yang awal pagi lagi dah beratur depan klinik sebab nak ambik MC.
  2. Pesakit2 panel yang jumpa doktor sekadar nak minta surat rujukan ke doktor pakar.
  3. Pesakit2 panel yang menyalahkan kemudahan panel dengan meminta ubat yang tak boleh nak claim seperti pil perancang keluarga, pil vitamin dan pil kurus.
  4. Pesakit2 panel yang menggunakan kemudahan panel untuk merawat anak, isteri, suami, ibu, bapa juga sedara-mara padahal kemudahan hanya untuk diri sendiri sahaja.
  5. Pesakit2 panel yang datang ke klinik sekadar untuk bertanya soalan tentang masalah ahli keluarga yang sedang berada di dalam wad. Kenapa tak tanya kat doktor kat sana?
  6. Pesakit2 yang membawa kesemua anak2 mereka ke bilik rawatan padahal yang sakit cuma seorang sahaja. Selepas tu semuanya berpesta dalam bilik. Barang2 atas meja malah bawah meja pun nak dipegangnya.
  7. Pesakit2 yang mendaftarkan seorang anak untuk rawatan tetapi suruh doktor periksa kesemua anak2nya. Lepas tu ubat kalau boleh nak berkongsi. Nak jimat punya pasal.
  8. Pesakit2 darah tinggi dan kencing manis yang degil tak nak makan ubat tetapi datang klinik sebab nak check sahaja. Ada ambik ubat kat luar katanya. Berbuih mulut beri nasihat tapi haram tak nak dengar.
  9. Pesakit2 yang datang klinik ketika aku dah nak keluar klinik untuk uruskan anak2. Klinik tutup pukul 1, pukul 12.50 telefon klinik. Suruh doktor tunggu sekejap. Nak datang sekejap lagi.
  10. Pesakit2 yang tak sakit tetapi nak jumpa doktor untuk jual produk, jual insurans, ajak join MLM, minta derma/sumbangan atau minta tolong yang bukan2.
Penghujung bulan Jun yang cukup menjengkelkan.
Pesakit2 yang menjengkelkan.
Waris2 pesakit yang sama menjengkelkan.
Ramai masih beranggapan,
kerja doktor macam aku cukup senang.
Duduk dalam bilik aircond sepanjang hari.
Duduk goyang kaki sepanjang hari.
Tak kena panas atau hujan.
Tapi sakit kepala melayan karenah orang tak siapa tahu.
Kadang2 serba salah.
Kadang2 merasa bersalah.
Kadang2 sakit jiwa.
Kadang2 berserabut kepala.
Makan painkiller macam makan gula2.
Tak hilang juga sakitnya.

Jiwa kacau.

Aku nak mogok.
Aku nak berhenti.
Aku nak cari kerja lain.

Salam hujung minggu kawan2.




9 ulasan:

  1. saya amat amat amat bersetuju dgn list ini!

    BalasPadam
  2. tahap kejengkolan...oops kejengkelan ikut turutan ke....the most jengkels no 1 atau 10....

    BalasPadam
  3. setuju semua...
    tambah satu group lg...pagi2 tak pi kerja...telefon ofis bgtau bos kata MC...dah malam baru mai klinik minta MC kat kita..alasan..."anak demam.pg tadi dah cakap dgn bos hari ni MC.cemana ni doktor?"...lantak kamu la..sapa suruh pandai2 cakap MC kat bos...esok pandai2 la jawab.

    p/s....saya tak dak panel kilang..malas layan depa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal pagi ni Final Euro.
      Esok sure ramai yang sakit.
      Demam Euro...

      Padam
  4. setuju...memang nak cari keje lain, tapi terikat hutang..huhuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul jugak.
      Hutang yang menggerakkan kita utk bangun pagi.
      Utk pergi kerja.
      Utk melayan makhluk2 sebegini.
      Bosan atau tidak,
      hutang perlu dibayar.

      Padam
  5. saya paling benci yang nombor 2 dan 4!!

    BalasPadam
  6. aku plak paling menyampah kalo pukul 2 - 3 pagi bawak anak..complain demam 3 hari..out of da 3 days yg sakit tu..bole plak pilih pukul 3am nak bwk anak, yg buat aku geramnye budak tu elok je tido, temp 36.9..wtf?

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam