Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Jun 2012

Aku dan Hari Ini



Terima kasih Allah.
Terima kasih kerana menciptaku.
Terima kasih kerana nikmat yang tidak pernah berkesudahan.
Nikmat untuk hidup.
Nikmat untuk sihat.
Nikmat untuk melihat.
Nikmat untuk mendengar.

Terima kasih emak.
Terima kasih kerana melahirkanku.
Terima kasih atas dorongan.
Terima kasih atas sokongan.
Terima kasih kerana menyedarkanku.
Kemiskinan bukan penghalang,
Untuk berjaya dalam kehidupan.

Terima kasih abah.
Terima kasih kerana membesarkanku.
Terima kasih atas dorongan.
Terima kasih atas sokongan.
Terima kasih kerana berjaya mencabarku.
Untuk berjaya dalam kehidupan,
Hanya mati menjadi penghalang.

Terima kasih isteriku.
Terima kasih kerana sentiasa cuba memahamiku.
Terima kasih kerana sentiasa disisiku.
Terima kasih kerana sentiasa disampingku.
Ketika hujan dan panas.
Ketika mendung dan ribut.
Ketika senang dan juga susah.

Terima kasih anak-anakku.
Terima kasih kerana menerimaku seadanya.
Terima kasih kerana sentiasa menceriakan hidupku.
Terima kasih atas cerita-cerita duka juga gembira.
Melihat mereka membesar di depan mata,
Adalah nikmat Allah yang tidak ternilai.

Terima kasih kepada para pekerja.
Terima kasih kerana bersama2 memajukan klinik kita.
Tanpa kalian aku pasti tak berjaya.
Mengurus klinik juga melayan karenah pesakit. 

Terima kasih sahabat-sahabatku.
Yang jauh juga yang dekat.
Yang sesekali berjumpa atau jarang2 berjumpa.
Juga yang hanya dikenali di alam siber.
Terima kasih atas sokongan dan semangat.
Terima kasih kerana selalu singgah.
Terima kasih atas komen2.

Kepada semua,
Terima kasih sekali lagi.
Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
InsyaAllah.


24 ulasan:

  1. cantik tulisan doktor..biasanya tulisan doktor susah nak dibaca..yg ni jelas dan bersih..

    BalasPadam
  2. tahun depan? nak gi mana? ke saya yang tak faham ayat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf sebab tak berapa faham maksud tersirat...

      Padam
  3. birthday Dr ke? ataupun MC pertama untuk tahun ini?

    BalasPadam
  4. 18 Jun setiap tahun.
    Ulangtahun kelahiran saya.
    Itu yg tersirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oooo..
      happy birthday,semoga sentiasa dibawah rahmatNya.
      saya pun bulan jun juga

      Padam
    2. Happy Birthday to you too...

      Padam
  5. happy belated birthday. Semoga sentiasa dirahmati Allah

    BalasPadam
  6. Happy Birthday. Semoga panjang umur di bawah rahmat Ilahi..

    BalasPadam
  7. happy belated besday


    semoga umur yang diberikan ini , digunakan sebaik-baiknya ...


    amin

    BalasPadam
  8. hepi belated besday doc! suka baca blog nih.. terbaekk! hehe

    BalasPadam
  9. Terkejut.
    Ada yg curi ayat2 saya.
    Sebahagiannya.
    Letak dalam FB.
    Tanpa kebenaran.
    Tanpa link.
    Apa hukumnya?

    BalasPadam
  10. 1st time baca tu dah tahu ini mesti birthday, (Happy belated birthday) tapi tak paham apa kaitannya dgn mc tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. MC tu nak tunjuk tarikh 18/6.
      Nak beri hint sikit...
      Kih kih kih.

      Padam
  11. Happy belated birthday to my fellow Geminian.

    BalasPadam
  12. Happy belated birthday bro :-)

    BalasPadam
  13. sesiapa yg copy paste ayat ayat doc tu, anggap jer sedekah amal jariah, doc dapat pahala free

    BalasPadam