Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Jun 2012

Aku dan Kisah Pokok Durian

Di Malaysia,
pokok durian tumbuh di merata tempat.
Kalau dalam kebun orang,
itu hak tuanpunya kebunlah.
Boleh mintak kalau nak.
Boleh beli kalau dijual.
Boleh dapat free kalau diberi.
Itulah lumrah alam.

Dulu masa aku kecik2,
nenek aku ada dusun durian di Sg Resik Muar.
Setiap kali musim durian,
aku mesti bermalam dirumahnya.
Lebih 10 pokok dia ada disekeliling rumahnya.
Sepanjang malam asyik dengar durian jatuh berdebus.
Awal pagi lagi dah bangun.
Memungut durian yang jatuh di bawah pokok.
Masa tu tak terfikir langsung pasal nak jual.
Sebab jiran2 pun ada pokok durian jugak.
Nak jual tepi jalan pun takda sapa nak beli.

Keseronokan memungut durian tidak dapat digambarkan.
Ada thrill nya tersendiri.
Ada adrenaline rush nya tersendiri.
Juga kopek dan makan durian baru gugur.
10 kali lebih nikmat banding beli tepi jalan.
Aku mengaku dulu 'aku hantu durian.'
Sarapan pagi dengan durian,
makan tengahari dengan durian,
makan petang dengan durian.
Nak tidur pun cari durian dulu.

Tapi anak2 sekarang tak merasa semua itu.
Kebun dah lama dijual bila nenek meninggal.
Kalau nak durian kena cari di tepi2 jalan.
Itupun ikut musim.
Adakala harga mahal,
adakala harga murah.
Adakalanya kena tipu dengan penjual.
Balik rumah rasanya tak seperti diharapkan.

Ini cerita di seberang tambak.
Ada sebatang pokok durian ditanam di kawasan flat.
7 tahun yang lalu, ia mula mengeluarkan hasil.
Tiada siapa boleh mengaku itu pokok durian dia.
Ia tumbuh ditanah kerajaan.
Jadi sesiapa sahaja boleh memungut hasilnya.
Mereka sanggup beratur dan menunggu di bawah pokok.
Untuk merasa keseronokannya.
Itupun boleh jadi bahan untuk gaduh.
Itupun boleh jadi bahan berita suratkhabar.

Lagi kisah durian di sini

Singapore flat residents involved in a thorny issue

SINGAPORE: A durian tree in Moulmein Road, Singapore, became a thorn in relations among residents of a HDB block of flats nearby when fights ensued over who could claim the fruits.

The Straits Times reported that the dispute began three years ago when a resident, known only as Chua, said he was just looking at the tree when another resident, R. Lim, shouted at him to stay away from “his tree”.

He claimed his father planted the tree 20 years ago.

Last week, resident Lily Wee called police after Lim, a businessman in his 50s, shouted expletives at her when she wanted to take a durian.

Root of a problem: A resident looking at the durian tree that has become a bone of contention among neighbours in Moulmein Road, Singapore.

 
There are three kinds of people in this world – the good, the bad and the ugly. He belongs to the last group,” said Wee, calling Lim a “durian bully”. Residents would wait under the tree each fruiting season, sometimes for hours, to take the ripened fruits.

“We can always get fruit from Geylang, but we choose to wait here to kio liu lian,” said a resident known as Patrick, referring to a Hokkien phrase expressing the thrill of getting free durians.
About 100 durians could be harvested each year from the single tree, which first bore fruit seven years ago.

Frustrated over the fiasco, some residents had asked for the tree to be chopped down, but the Moulmein-Kallang municipal council had let the tree be. It will, however, put up two notices stating that the neighbourhood trees belong to the Housing Board and are maintained by the town council.

Resident Peter Yang approved of not chopping the tree, and said neighbours had begun to bond as they queued and chatted while waiting for the fruits to fall.
“Despite a little bit of nonsense, you still get some good out of it,” he said.

4 ulasan:

  1. hahahaha...

    lawak betul kisah kat Temasik ni..

    duit besar, masuk ajalah ke JB..borong durian byk byk..:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menunggu durian gugur.
      Makan durian free.
      Itu yang thrill.

      Macam kaki pancing gak,
      seronok tunggu umpan di 'kait' ikan.
      Tak sama dengan ikan di pasar.

      Padam
  2. Salam Yob Doc,
    I can relate to the first story sebab mak masih ada dusun doyan. Adalah 4-5 pokok, Alhamdulillah, tp tanah kampoong tu beli kat kampong lain (2 km) bukan kat rumah sendiri. Jadi kutip doyan pagi dan petang. Mencari tu seronok. Masa kekecik atok ada pokok doyan dkt rumah, dengar buah jatuh tu sonok gedebuk, gedebuk!

    Tapi akak suka doyan kampong jer, doyan ada nombor2 tu tak minat, tak sedap, bau pun takde!

    BalasPadam
  3. Seronok ya bila dapat kutip durian yg jatuh tu dan kopek terus mkn......besarnya pokok durian kat flat tu.

    BalasPadam