Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Jun 2012

Aku dan Klinik Untuk Dijual


Seorang doktor hantar email.
Minta pendapat.
Dia dah tak tahan kerja dengan kerajaan.
Dia nak kerja sendiri.
Ada satu klinik di Kuala Lumpur.
Dia nak ambilalih.
Kira beli klinik daripada tangan orang lain.
Apa pendapat?

Membeli klinik bermakna membeli bisnes.
Bukan setakat peralatan dalam klinik,
nama/signboard klinik, staf klinik, ubatan2, pesakit2 lama/baru,
pesakit2 panel semuanya anda beli.
Anda juga membeli reputasi klinik tersebut.
Kalau klinik itu punya reputasi yang baik,
untunglah anda.
Tapi kalau sebaliknya,
only God knows.

Sebelum membeli klinik,
kena kenalpasti tujuan sebenar klinik itu dijual.
Doktornya dah nak bersara?
Doktornya dah nak berhijrah ke Australia?
Doktornya nak aktif dalam politik dan jadi calon pilihanraya?
Doktornya dah banyak sangat cawangan klinik?
Ataupun bisnes dah mula merudum?
Ataupun pesakit dah mula lari ke tempat lain?
Ataupun ada masalah dengan pihak2 ketiga?

Sebelum membeli klinik,
jangan hanya bergantung dengan cakap2 tuanpunya sahaja.
Tanya dengan staf klinik.
Tanya dengan jiran2 sebelah menyebelah klinik.
Paling senang cuba buat locum dalam seminggu dua.
Bagaimana rasanya?
Bagaimana dengan pesakit2nya?
Bagaimana dengan stafnya?
Bagaimana pendapatan hariannya?

Saya suka klinik yang sederhana sibuknya.
Dengan golongan pesakit yang pelbagai.
Pelbagai bangsa juga peringkat usia.
Saya pernah buat locum di beberapa klinik sebelum ini.
Ada klinik yang hampir 100% pekerja kilang.
Semuanya panel.
Semuanya nak MC sahaja.
Ada klinik yang ramai datang untuk beli ubat tidur.
Ada klinik yang pesakitnya seorang setiap sejam.
Ada klinik yang letaknya disebelah kedai aksesori kereta.
Mereka pasang radio macam nak retak dinding klinik.
Ada klinik yang pesakitnya sungguh fussy.
Doktor dilayan seperti kerani sahaja.
" I want similar medicine like last time ".
" I want strong antibiotic."
" I want you to refer me to my specialist."
" I want to do blood test."
Staf klinik pun macam ragam jugak.
Yang betul2 bekerja ramai.
Yang kerja suka2 pun ramai.
Yang bersolek macam artis.
Yang lebih suka gossip banding bekerja.
Yang lebih main SMS banding bekerja.
Yang lebih baca majalah banding bekerja.

Begitu juga peralatan klinik.
Ada klinik yang up to date.
Ada yang guna alat2 yang outdated.
Ubat2an pun sama.
Apa2pun terpulanglah kepada citarasa masing2.

Kawan saya pernah beli satu klinik.
Suami doktor tersebut banyak hutang.
Jadi wife kena jual klinik dia.
Bila kawan saya beli klinik tersebut,
Doktor tersebut masih kerja di situ.
Kira makan gaji jugaklah.
Tapi bila owner dah berubah,
Kos rawatan pun berubah.
Doktor masih sama,
Ubat masih sama,
Tapi harganya dah berbeza.
Jadi pesakit ramai yang lari.
Lepas tu doktor pun lari.
Kesudahannya tutup klinik.
Sebab tiada doktor yang nak bekerja di situ.

Setiap bisnes ada risiko tersendiri.
Nak berjaya kena berani menanggung risiko.
Yang penting ikut gerak hati dan naluri.
Akhir sekali,
hire a lawyer untuk buat dokumen hitam putih.
Itu yang terbaik jika ada hal2 berbangkit.

p.s
Tak jauh daripada klinik,
sekitar 200 meter,
proses meratakan tanah sedang dijalankan.
Khabarnya Jusco nak buka cawangan di situ.
Makin sibuklah jalan2 depan klinik aku.
Alahai...


4 ulasan:

  1. nanti saya akan pindah JB. boleh la jalan kat jusco tu bila siap karang. :D

    BalasPadam
  2. Salam Yob Doc,
    sama jer klinik punya masalah cam biznes lain - ada risiko ada benefits, semua perlu dianalisis pro dan kontra bila nak miliki dan atau beli sebuah klinik. Yg penting pd kebanyakan pesakit mudah dpt MC, ubat yg 'serasi', doktor yg peramah etc.

    BalasPadam
  3. macam2 kerenah pesakit kan..saya suka klinik yang doktornya peramah..dan bagi penerangan dengan baik.. tujuan bagi ubat etc..memang kadang2 ramai pesakit diorang tak sempat..tapi kita bayar consultation fee. jadi kalau boleh biarlah doktor bagi consultation dengan baik..

    pernah saya pergi klinik..doktor tanya sakit apa..angguk2.. lepas tu cakap nanti saya bagi ubat..dah..
    dah?? dahh..kata doktor..masa tu tak bawak kad panel.. total rm70++.. saya cuma demam je..

    BalasPadam
  4. salam nak tanya ada tak klinik nak di jual sekitar gombak? tq

    BalasPadam