Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Jun 2012

Aku dan Medical Protection Society


Dah 5 tahun aku dilindungi oleh MPS.
Rekod aku masih bersih setakat ini.
Aku masih tak memerlukan apa2 bantuan.
Alhamdulilah. Terima kasih.
Bayar premium aje setiap tahun.
Cukup tahun, burnt begitu sahaja.

Baca kes2 medikolegal dalam jurnal ini agak menggerunkan.
Walaupun kes2 berlaku di luar negara,
satu hari akan sampai juga di sini.
Pesakit2 sekarang semakin 'pandai'.
Waris2 pesakit pun semakin 'pandai'.
Ada yang terlebih pandai.
Yang memandai2 pun ramai juga.
Jumpa doktor bukannya nak minta nasihat.
Mereka minta ujian darah.
Mereka minta ujian ECG.
Mereka minta di x-ray dada.
Mereka minta antibiotik yang kuat.
Mereka minta dirujuk ke klinik pakar.
Doktor dah bukan doktor lagi.
Doktor dah jadi kerani.
Pandangan doktor tak diambil kira.

Dr Pagal ada bercerita,
dunia perubatan semakin berubah.
Doktor dah tidak diperlukan.
Pesakit lebih bergantung kepada ujian dan mesin.
Doktor2 pun sama.
History taking dan examination dah kurang penting.
Sakit dada nak kena buat ECG.
Demam nak kena ujian darah.
Sakit kepala nak kena CT Brain.
CBM= Cover Backside Medicine.
Semua test kena buat, sama ada perlu atau tidak.
Takut termissed dan takut disaman kemudian hari.

Dulu masa kerja dengan kerajaan,
doktor = government servant.
doktor= hamba kepada rakyat.
Doktor kerajaan sangat jarang dihargai.
Senior doktor buli kita.
Pengarah hospital/ketua jabatan pun buli kita.
Pesakit2 pun buli kita.
Terutama yang taraf VIP.

Bila aku bekerja sendiri,
aku cuba mengubah paradigma.
Aku layan pesakit sebagai kawan/saudara.
Aku hormat pesakit2ku.
Tanpa kira bangsa, usia dan agama,
aku layan mereka sama sahaja.
Bila aku hormat mereka,
aku harap mereka pun hormat aku.
Hormat= bertolak ansur dan menerima pendapat.
Pesakit2 sebegini yang aku 'simpan'.
Pesakit2 yang banyak songel dan cerewet,
aku 'halau' jauh2.
Dan aku harap mereka tak datang lagi.
Dan kalau datang pun bukannya bersama lawyer.

Masa bekerja di hospital kerajaan,
aku selalu menghadapi masalah dengan orang2 politik.
Orang politik anggap mereka ada lesen besar.
Undang2 hanya untuk rakyat biasa sahaja.
Orang politik tak perlu ikut undang2.
Tak perlu tunggu giliran.
Kalau boleh sampai hospital bersambut.
Dan terus dimasukkan ke wad.
Kalau perlu dipindahkan ke hospital besar,
terus boleh start enjin ambulans dan jalan.

Pekerjaan sebagai doktor dahulunya menyeronokkan.
Terutamanya bila berjaya menyelamatkan nyawa.
Terutamanya bila berjaya menyambut kelahiran bermasalah.
Terutamanya bila rasa dihargai oleh para pesakit.
Ucapan penghargaan dan terima kasih sudah cukup.
Tak perlu hantar hadiah atau kad ucapan pun.
Tetapi sesekali emosiku tercalar juga.
Bila menghadapi kematian mengejut.
Bila menghadapi komplikasi bersalin.
Bila nyawa manusia menjadi taruhan.
Bila ubatan moden gagal menyembuhkan.
Bila pesakit/waris berkeras engkar dengan nasihat.
Bila pesakit/waris mempersoalkan rawatan diberikan.
Kadang2 malam tak tidur lena.
Kadang2 rokok menjadi teman.
Kadang2 ubat2 penenang diperlukan.
Kadang2 mogok dan ambik Emergency Leave.
Kadang2 sampai rasa nak berhenti kerja.

15 tahun sudah berlalu.
Asam garam kehidupan bergelar doktor sudah sebati dengan jiwa.
Tengok muka dan gerak badan pun dah boleh diagnosis.
Pesakit datang membawa penyakit
ataupun mencari penyakit.

Medical Protection Society.
Menjadi tempat berlindung dan bersandar.
Jika sesuatu yang buruk berlaku.
Ada satu lagi tempat berlindung dan bersandar.
Ya Allah! Lindungilah diriku.
Itu doaku setiap pagi sebelum masuk kerja.



2 ulasan:

  1. MPS ni wajib ke utk Gp eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni belum wajib.
      Tapi ada ura2 akan diwajibkan.
      Doktor gomen pun sama.

      Padam