Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Jun 2012

Aku dan Vellfireku


Selepas hampir sebulan menunggu,
akhirnya kereta idamanku 'keluar' juga.
Sememangnya Salesman kereta,
bukanlah orang yang boleh dipercayai sepenuhnya.
Cakap2 mereka hanya 50% boleh dipakai.
Cakap2 sebelum dan selepas confirmation,
adalah sangat2 berbeza.
Kena double malah triple check kalau perlu.
Sebelum confirmation,
kereta ada banyak 'ready stock'.
Proses tak lebih 2 minggu.
Sebelum 2 minggu kereta dah boleh keluar.
Lepas tu boleh beri/minta macam2. Percuma.
Selepas confirmation,
baru berani cakap kereta takda stok.
Kena tunggu stok baru akan datang.
Shipment dalam seminggu dua lagi.
Itupun belum pasti lagi.

Pengalaman mengajar aku.
Aku kejar dan call sana-sini.
Akhirnya baru mereka cakap ada last unit di Showroom.
Spesifikasi semuanya sama kecuali tiada Roof Monitor.
Mileage sekitar 35K.

2 minggu terasa sangat lama.
Aku mengalami Anxiety symptoms sepanjang 2 minggu itu.
Selang 2 hari aku call mereka.
Biar mereka tak senang duduk.
Sebagaimana aku di sini.
Dua minggu dikira selepas cek deposit cleared.
Dua minggu dikira selepas bank loan approved.
Dua minggu untuk proses kereta menjadi baru.

Selepas 2 minggu,
aku dapat kereta idamanku.
Seperti dijanjikan,
hampir 98% brand new.
Cat baru, tayar baru,
bau kedai pun ada.
Aku cuma dapat key-chain percuma
dan voucher minyak RM30.
T-shirt takda stok,
payung dah lama habis stok.

Bila beli kereta recond daripada Jepun ni satu aje masalahnya.
Buku manual dalam bahasa Jepun,
radio pun guna bahasa Jepun,
channel radio sampai setakat 90MHz sahaja.
Tapi  takda masalah.
Orang Malaysia lebih pandai daripada orang Jepun.
Semuanya boleh dimodify.
Tambah booster RM150,
dah jadi kereta Malaysia.
Cuma takda booster untuk alihbahasa sahaja.

Ada satu kedai aksesori kereta di sebelah Holiday Plaza.
Taukenya ada kereta macam aku jugak.
Dia dah tambah macam2 aksesori dalam keretanya.
Tapi aku cuma tambah yang wajib sahaja.
Yang sunat dan harus itu kemudian cerita.
Macam aku cakap tadi,
kalau orang Jepun tu pandai,
orang Malaysia pun pandai juga.
Macam2 boleh tukar.
Macam2 boleh tambah.
Sediakan duitnya sahaja.
Tapi aku gerun tengok mereka buat kerja.
Umpil sana, umpil sini.
Potong sana, potong sini.
Kopak sana, kopek sini.
Tapi ibarat experienced Surgeon.
Mereka tahu mana vein dan mana artery.
Mana nerve dan mana  lymphatic system.
Hasil kerja mereka memang perfect.
Tak nampak cacat cela selepas siap kerja2 mereka.
Tak seperti di kedai Abang.
Sakit mata tengok kesan parut yang ditinggalkan.
Terima kasih kepada kawan lama yang beri jalan.


7 ulasan:

  1. meh test drive naik KL..!!

    BalasPadam
  2. vellfire sudah tiba!!!

    saya dah lamaaaaaaaaaaa boikot kedai Abang tu :P

    BalasPadam
  3. wak jadi datang ke 9 june ni .
    jgn lupa singgah rumah , nak test drive boleh ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi.
      Jumpa di sana.
      Boleh test drive sampai Shah Alam.

      Padam
  4. Chef meog beli alphard masih jd ahli meog. Mohon tuan jgn tinggalkan meog

    BalasPadam