Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Jun 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita awal 30-an.
Salah seorang pesakit setiaku.
Setiap kali sakit dia mesti cari aku.
Setiap kali anak dia sakit dia mesti cari aku.
Masa mengandung, aku juga yang 'jaga' dia.
Keluar wad lepas bersalin pun, aku juga yang dia cari.
Dia takda penyakit yang berat2.
Setakat demam batuk selsema sakit kepala.
Itu sahaja sakitnya.

Awal tahun ini dia beli satu polisi insurans.
Ada medical card sekali.
Pertengahan bulan dua,
dia datang ke klinik aku.
Bukan sekali tetapi 3 kali.
Dia sekadar mengadu demam dan batuk.
Tapi dia rasa letih dan kurang bermaya.
Makan pun tidak berselera.
Tiada tanda2 penyakit yang lain.
Sakit biasa aku beri ubat2 yang biasalah.
Masuk kali ketiga dia datang aku mula confused.
Aku kurang pasti sakitnya.
Lepas tu dia tak datang lagi ke klinik aku.

Dua hari lepas dia datang.
Dia telah dimasukkan ke wad hospital pakar swasta lebih seminggu.
Mula2 dibawah pengawasan pakar perubatan.
Selepas 5 hari dia dirujuk ke pakar ENT pulak.
Nanah penuh dalam rongga2 sinusnya.
Pembedahan terpaksa dijalankan.
Kos rawatannya hampir 12K.
Ketika keluar wad baru dia diberitahu,
pihak insurans tak nak cover kos perubatannya.
Alasannya penyakit sinusnya sudah ada sebelum dia ambik polisi.
Walaupun pakar ENT dah beri surat sokongan,
pihak insurans masih enggan membayarnya.
Jadi dia minta surat sokongan daripadaku pulak.
Aku tulis yang benar dan hanya yang benar sahaja.
Aku kenal dia semenjak 2004.
Tak pernah sekali dia ada masalah sinus.
Tak pernah sekali dia ada masalah allergik.
Sakit kepala sekali sekala adalah.
Kesian dia.
Habis semua duit simpanan dah dibelanjakan.
Aku harap surat sokongan aku laku dan sah diperlakukan dengan nilai.

Baca selanjutnya pasal insurans di sini , sini , dan sini



6 ulasan:

  1. Salam Yob Doc,
    ada pulak cam tu pihak insurance buat perangai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa.
      Masa beli cakap lain.
      Dah beli cakap lain.
      Dah terkena cakap lain.

      Padam
  2. boleh tau tak polisi apa yg dia beli tu, sbb dok cadang nak beli medical card juga nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli insurans bukan tengok company.
      Tengok agennya dan servisnya.
      Juga kena faham betul2 polisi sebelum sain.
      Rasanya skim Takaful lebih baik.
      Mengikut syariat Islam.

      Padam
  3. kat borang yg dia isi masa ambil polisi tu ada ruangan untuk banyak2 penyakit kan?kalau kat situ dia dah declare takde kenapa pihak insurans nak refuse bayaran bil hospital dia?sangat tidak adil.mana agen yg buatkan polisi utk dia?agen tu patut tolong jelaskan hal2 macam ni bukan setakat nak makan duit komisen client saja.

    BalasPadam
  4. oh..
    jahatnya!!!

    dah nak keluar ward baru nak inform tak kaver!?

    BalasPadam