Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Jun 2012

Aku dan Restoran Sahabat Tomyam


Restoran Sahabat Tomyam.
Letaknya di Kempas Baru.
Dekat dengan exit Tol Kempas.
Ini restoran pilihanku setiap kali sesat di JB.
Restorannya semakin cantik dan bersih.


Suasananya tak hingar bingar.
Walaupun letaknya di tepi jalan besar.
Cuma di malam minggu,
kadang2 riuh dengan Mat Rempit test power.
Motor kapcai umpama superbike.
Diperahnya enjin sampai hampir putus nyawa.


Malam tadi aku singgah ke mari.
Dah hampir setengah tahun tak sampai sini.
Tapi tukang masaknya mungkin dah bertukar.
Lauk pauknya rasa lain sedikit.
Tak macam biasa.


Tomyamnya kurang pedas.
Juga tak terasa masamnya.


Begitu juga dengan Kailan Goreng.
Mana ikan keringnya?
Tapi Sotong Masam Manisnya kelas.
Sotongnya besar2 dan sayurannya banyak.
 

Aku cuma dapat beri 6/10 markah sahaja.
Markah untuk kebersihan dan layanan.
Makanannya biasa2 sahaja.
Harganya juga standard biasa sahaja.

 

2 ulasan: