Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Jun 2012

Aku dan Reunion UM Medicine 96


Kali terakhir berjumpa di Konvokesyen UM tahun 1996.
Selepas itu membawa haluan masing2.
Semuanya menjadi doktor.
Ramai yang menjadi doktor pakar.
Sama ada di kerajaan ataupun swasta.
Hanya beberapa kerat yang jadi doktor cabuk macam aku.
Pakar Orthopedik di Perak dan UPM.
Pakar Buah Pinggang di Penang.
Pakar Bius di Singapura dan Klang.
Pakar X-ray di Klang.
Yang jadi surirumah sepenuh masa pun ada.


16 tahun telah berlalu.
Facebook menemukan kami kembali.
Alhamdulilah.
Walaupun dah lama tak jumpa,
Kemesraan kami masih sama.
Kutuk mengutuk perkara biasa.
Lupa sejenak anak isteri yang ditinggalkan.
Makanan sedap2 pun sekadar tengok sahaja.


Seronok dapat jumpa Sallehudin.
Seronok dapat jumpa Class Rep.
Seronok dapat jumpa Ismail dan Pak Dan.
Seronok dapat jumpa Nizlan.
Seronok dapat jumpa Anil dan Manimaran.
Tapi mana geng TNG ni?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan