Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Jun 2012

Aku di Fareeda Bangi


Kali kedua datang ke sini.
Hari kedua datang ke sini.
Semalam sampai aje terus menuju ke sini.
Semangat yang berkobar2 terus luntur.
Kedai penuh dengan customer.
Tetapi tudung/stok takda.
Masing2 menunggu stok turun daripada kilang di tingkat atas.
Sekali turun cuma 4-5 helai.
Berebut2 reseller mengambilnya.
Wife hanya tengok.
Maklumlah warna tidak memenuhi citarasa.


Hari ini kedai buka pukul 12 tgh.
Lagi ramai yang menunggu.
Tak faham aku.
Apa eksklusifnya tudung ini,
Aku masih tak nak faham.
Wife dah mula bengang.
Datang jauh2 pun takda layanan istimewa.
Aku ajak ke Ariani dia tak nak.
Lagi mahal katanya.
Apa nak buat, ikutkan sahajalah.
Dah ada stok/koleksi lebih sebulan pun,
Masih tak cukup lagi.
" Nak cari yang padan dengan warna tema raya tahun ini..."
Sebagai pemerhati satu aku perhatikan.
Fanatik Fareeda dah mula hilang sabar.
Keeksklusifannya menyebabkan ramai beralih arah.
Pesaing2nya pun semakin ramai.
Harga lebih murah,
Stok lebih banyak,
Tapi warnanya kurang menyerlah.
Apa2pun macam fanatik2 MU jugak.
Kalah macamanapun masih tetap menyokong.

1 ulasan: