Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Jun 2012

Aku di Bangi Kopitiam


Satu lagi tempat makan yang aku nak try bila sampai di Bangi.
Bangi Kopitiam namanya.
Terbaca dalam suratkhabar tempohari.
Pagi2 lagi kedainya dah meriah.
Dekorasinya cantik.
Penuh dengan barang2 antik.
Meja dan kerusinya pun antik.
Begitu juga dengan cawan dan pinggannya.
Pekerjanya semua warga asing tapi.


Order makanan ikut kod dlm menu.
Lepas tu "ting"...
Pekerjanya akan datang pungut order.
Tunggu 10-15 minit,
Makanan pun sampai.
Bila dah kenyang "ting" lagi sekali.
Pekerja datang hantar bil.
Cepat dan mudah.

 

Aku nampak logo halal besar di atas kaunter.
Harap2 bukan logo beli kat pasar malam.
Rasa makanannya boleh tahan.
Teh tariknya kaw.
Tapi nasi lemak biasa2 sahaja.
Portionnya sesuai dengan perut.
Ada juga free WiFi.
Itu yang mustahak.
Harga sesuai dengan suasananya.
Datang sesekali bolehlah.



Mobile update from free WiFi @ Fareeda Boutique

1 ulasan: