Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Jun 2012

Aku ke ceramah Anwar Ibrahim


Tahun 2000.
Itulah kali terakhir mendengar ceramah politik.
Kisah perjuangan Anwar Ibrahim.
Zaman Reformasi.
Zaman jiwa kacau.



Malam minggu.
Di Taman Tropika.
Anwar Ibrahim datang Kulai.
Memberi ceramah perdananya.
Berduyun2 orang Kulai datang.
Pelbagai bangsa dan usia.
Itulah pengaruh Anwar Ibrahim.
Musuh UMNO Baru paling ditakuti.


Aku bukan penyokong tegar Anwar Ibrahim.
Tapi aku kagum dengan kecekalannya.
Saban hari difitnah, dicerca dan dimalukan dikhalayak.
Aku nak tahu apa cerita terbarunya.
Jadi aku sanggup menghadirkan diri.
Tanpa perlu dibayar duit minyak.
Tanpa perlu diberi duit minum kopi.
Juga tiada kerusi disediakan.


Layakkah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri?
Itulah persoalan dibenakku sekarang.
Betulkah Anwar akan menjual orang Melayu?
Betulkah Anwar sekutu Israel?
Betulkah Anwar ada harta 30 billion?
Banyak lagi persoalan yang mengharapkan jawapan.
Dan TV3 juga Utusan Malaysia bukanlah sumber jawapannya.

Salam hujung minggu kawan2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan