Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Jun 2012

Cutiku dah habis


Cuti sekolah dah habis.
Percutian hujung mingguku pun dah habis.
Pagi semalam aku balik ke Johor Bahru.
Sebelum tu kena singgah kat Fareeda lagi.
3 hari berturut2 aku ke sana.
Dah jadi macam reseller pulak.

Tengahari aku masuk Lebuhraya Utara Selatan.
Kenderaan agak banyak tapi lancar.
Di R&R pun sama. Crowded.
Sampai exit Pagoh aku keluar lebuhraya.
Menuju bandar Muar mencari sesuatu.
Niat nak balik awal tak kesampaian jugak.


Aku nak cari Mee Bandung Muar original.
Yang takda bubuh taugeh didalamnya.
Yang cuma ada kuah kacang, sawi dan telur mata.
Juga durian isi kuning.
Yang rasanya pekat dan melekat ditekak.
Akhirnya aku jumpa di Parit Sulong.
Akhirnya pukul 8 malam baru sampai rumah.


Perjalanan menuju ke Selatan sesak seperti dijangka.
Ada 2 kemalangan kecil di Simpang Renggam dan Sedenak.
Kemalangan=jem.
Walaupun kemalangan berlaku di arah bertentangan,
Jem tetap jem.
Betul seperti kata Harith Iskandar dalam Lawak Ke Der.
Semua orang seronok melihat kemalangan.
Semua orang nak jadi Investigating Officer.
Lorong kecemasan jadi laluan alternatif.
Kita yg sabar dan menurut peraturan,
tersenggok2 ikut buntut kereta depan.
Yang ikut lorong kecemasan berdesup hilang.
@#$%^&!$!% betul!
Tak sapa nak saman...

Hari ini aku kembali ke rutin asal.
Anak2 pun sama.
Tengahari akauntan call aku.
Kata taksiran cukai dah siap.
Kena bayar sebelum hujung bulan.
Masih kena tambah lagi walaupun dan bayar CP500.
Banyak pulak tu.

Income tax sentiasa mengingatkanku.
Satu, rezeki kita bukan hak kita semuanya.
Dua, peningkatan cukai bermakna peningkatan untung.
Kena sentiasa bersyukur.
Walaupun hasil titik peluh kita diperah
dan kerajaan belanjakan sewenang2nya,
kita kena juga bersyukur.
"Kena sokong kerajaan.
Kena sokong kepimpinan Najib.
Kena sokong Barisan Nasional.
Hanya BN yang layak memerintah negara.
Yang lain hanya tahu bercakap sahaja."
B#!!$#!*


1 ulasan:

  1. hahaha..tak boleh belah dengan kenyataan dalam perenggan akhir..

    syukur jadi rakyat malaysia..

    BalasPadam