Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Aku dan Dr Winson Seow

Semasa umurku 26 tahun, aku baru aje jadi Houseman. Tapi mamat ni lain pulak ceritanya. Dah jadi Military Doctor. Dah bergelar Trauma Surgeon, Emergency Physician juga Psychologist. Dah grad daripada 3 universiti. Dah boleh published kisah hidupnya. Seorang penipu besar?
Seorang pesakit mental?
Berapa tahun dia buat Medik agaknya?
Umur berapa dia start practice agaknya?
Ini samalah ceritanya dengan kisah lelaki terkaya di dunia...
Doubts over ‘army doc’ MAJOR Chinese dailies have published doubts from the public over the medical qualifications of a 26-year-old man who claimed to be a military doctor, serving in war-torn countries. Sin Chew Daily reported that Winson Seow has said in past media interviews that he graduated from Peking University Health Science Centre, King's College London and The Royal College of Surgeons of England.  Seow, who completed his secondary school education at Pay Fong High School, Malacca in 2005, had apparently said that he held qualifications…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki lewat 50-an.
Seorang penghidap kencing manis tegar.
Beli ubat kencing manis kat Farmasi.
Tak pernah check paras gula lebih 2 tahun.

Dua minggu yang lalu.
Dimasukkan ke wad selama 4 hari.
Ada bengkak/benjolan di tapak kakinya.
Takda sakit.
Takda luka.
Takda 'mata'.
4 hari dalam wad.
Dilihat oleh 4 doktor yang berbeza.
Semuanya kata bukan nanah.
Semuanya tak nak buat apa2.
Disuruhnya inject insulin dan makan antibiotik.
Disuruhnya balik ke rumah begitu sahaja.


Dia memang takda rasa sakit.
Dia juga takda mengalami demam.
Bengkaknya masih berterusan.
Tetapi dia masih boleh bawa kereta.
Sebab itu dia tak kisah sangat.

Isterinya risau kerana paras gulanya naik turun.
Kadang2 sangat rendah,
kadang2 sangat tinggi.
Sebab itu dia hadir ke klinik.

Tengok sebelah mata pun aku dah tahu.
Kakinya penuh dengan nanah.
Sebab itu paras gulanya turun naik.
Dia penghidap kencing manis.
Sebab itu takda rasa sakit.
Sebab itu takda rasa demam.


Inilah sebahagian daripada hasilnya.
Na…

Aku dan Olympic London 2012

Sukan Olimpik London.
Seperti biasa, Barat tidak menghormati Islam.
Bulan Ramadhan pun nak ajak bersukan jugak.
Khabarnya banyak kontroversi Olimpik London ini.
Antaranya kos penganjuran paling mahal.
Dan "The Most Over Budget Games In History"

Sukan Olimpik London.
Upacara pembukaan sangat meriah.
Ada James Bond.
Ada Mr Bean.
Dan yang paling kelakar,
ada peserta perbarisan tak diundang dalam team India.
Pelik Bin Ajaib.
Macamana boleh terlepas agaknya.
Nasib baik bukan suicide bomber.
Kalau tidak naya!

Sukan Olimpik London.
Telah beberapa hari berlangsung.
Atlit Malaysia sememangnya jauh ketinggalan.
Semangat sahaja tak cukup.
Kena lebih pengalaman dan kepakaran.
Atlit menembak yang mengandung jadi paling famous.
Ramai wartawan seluruh dunia mencarinya.
Tak menang pun tak apa.

Sukan Olimpik London.
Harapan masih disandar pada badminton dan basikal trek.
Yang lain2, sekadar mencari pengalaman.
Sambil menghabiskan duit rakyat.
Yang untung para pegawai sukanlah.
Pingat dapa…

Aku dan Consultation Fee

Consultation Fee naik 14%.
Baru dicadangkan tapi.
Akan dibawa ke mesyuarat kabinet.
Adakah ini berita gembira?
Ini bukan berita gembira.
Kakitangan kerajaan dapat bonus 1/2 bulan gaji,
itupun bukan berita gembira.
Harga barang semakin naik.
Bila ada pengumuman bonus,
harga barang lagi akan naik.
Percayalah.

Consultation Fee= Yuran Perundingan akan dinaikkan.
Berita gembira untuk specialist di hospital swasta.
Sekarang pun antara 80-120 ringgit seorang.
Adakah aku terlibat sama?

Nak tahu berapa consultation fee aku?
Kilang-kilang yang panel di klinik aku,
cuma beri aku 5 ringgit seorang.
Insurans company beri aku 10 ringgit.
Dah lebih 10 tahun tak naik-naik.
Nasib baik aku masih boleh jual ubat.
Bolehlah aku adjust mana yang patut.
Akan datang kalau aku dah tak boleh jual ubat?
Tutup kedailah nampaknya.

Panel klinik ada yang masih hadkan kos rawatan.
Kalau 30-35 ringgit pun dah sakit,
inikan pula 25 ringgit.
Berapa jenis ubat aku boleh beri dengan 25 ringgit?
Staf aku masih bergaji di b…

Aku dan Wordless Wednesday

Bukan sekadar perhiasan.




Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita awal 40-an.
Awal bulan tempohari datang ke klinik.
Minta dirujuk ke klinik pakar bedah.
Sakit gastriknya datang lagi.
Dia pernah didiagnosa ada Pancreatitis tahun 2009.
Jadi tanpa usul periksa aku pun rujuk ke Dr A.
Doktor yang merawatnya dulu.
Minggu lepas dia jumpa aku lagi.
Dia ada demam sedikit.
Demam biasa tapi demam yang cukup merisaukannya.
Pemeriksaan ultrasound telah dilakukan keatasnya .
" Cholelithiasis with Mild Cholecystitis ".
Bermakna ada batu di pundi hempedunya.
Cuma saiz tidak dinyatakan.
Tetapi ada peradangan ringan di pundi hempedunya.
Dr A terus rujuk beliau ke Dr B.
Seorang pakar bedah juga.
Disarankan menjalani pembedahan buang batu seberapa segera.
Takut melarat gesaannya.
Lepas tu baru buat OGDS.
Beliau langsung tidak puashati.
Belum apa2 dah nak kena operate.
Lalu kembali semula kepadaku.

Aku tak kata Dr A dan Dr B tak betul.
Aku tak kata Dr A dan Dr B hanya fikir untung.
Tapi mereka tak merawat pesakit ini.
Mereka merawat batu pundi…

Aku dan Bazaar Ramadhan

Citarasa dan selera orang berpuasa sangat2lah besar.
Ibarat seminggu tak makan.
Ibarat seminggu tak jumpa air.
Sebab itu aku tak suka ke Bazaar Ramadhan.
Sebab semua yang dijual kelihatan menyelerakan.
Ubi rebus pun rasa sangat sedap.
Semua nak dibelinya.
Semua nak dirasanya.
Makannya belum tentu lagi.

Tabiat buruk sesetengah orang kita.
Nafsu makan macam gajah.
Beli air 3-4 jenis.
Beli kuih 3-4 jenis.
Beli lauk-pauk juga 3-4 jenis.
Sampai kat rumah baru kita tahu.
Perut kita tak sebesar perut buaya.
Maka lebih separuh beku dalam peti ais.
Juga lebih separuh dipungut oleh SWM akhirnya.

Tabiat buruk sesetengah orang kita.
Malas nak jalan jauh sikit.
Kalau boleh kenderaan nak parking betul2 depan gerai.
Jadi kenderaan menutup laluan orang ramai.
Jalan dua lorong tinggal selorong.
Habis pahala puasa.
Bila 'terpaksa' menyumpah seranah orang.

Tabiat buruk sesetengah orang kita.
Bulan puasa hanya tak makan dan minum.
Pergi bazaar macam nak masuk tidur.
Pergi bazaar macam nak pergi pa…

Aku dan Orang Busuk

Masuk satu kedai perabot di kampung.
Nak cari perabot raya kononnya.
Terpandang cerita Orang Busuk.
Orang Busuk= orang tak bayar hutang.
Beli barang bayar ansuran.
Bayar bulan2 tapi barang ambil dahulu.
Namun dasar Orang Busuk.
Cukup tempoh liat nak bayar.
Datang ke rumah, takda orang.
Tanya jiran, kata dah pindah.
Datang ke rumah, kata suami takda kat rumah.
Esok akan datang kedai.
Tapi haram langsung tak datang.
Datang ke rumah, guna alamat emak.
Anak duduk tempat lain.
Orang Busuk.
Punya 1001 cara untuk elak bayar hutang.
Punya 1001 alasan untuk tak membayar hutang.
Di dunia memang boleh lepas.
Di akhirat nanti?
Jawablah dengan Tuhan.
Jenuh nak cari tauke perabot di sana nanti.

Salam Tazkirah Ramadhan kawan2.


Aku dan Henoch-Schonlein Purpura

Princess Violet mengeluh panjang tentang anaknya.
Doktor2 bukan pakar kata alahan biasa2 sahaja.
Tetapi doktor pakar kata penyakit Henoch-Schonlein Purpura.
Dengar nama penyakit aje dah gerun.
Apatahlagi nak menghadapinya.
Bahaya ke tidak?
Boleh dirawat ke tidak?
Aku memang jarang jumpa sakit ini.
Jadi kena recall balik zaman student dulu.
Kena bukak kitab dan google dalam internet.
Dan ini aku nak cerita.

Henoch-Schonlein Purpura.
Sejenis penyakit yang menyerang salur dan urat darah.
Peradangan urat darah kapilari untuk lebih spesifik.
Kapilari=urat2 darah paling halus.
Menyebabkan ruam2 pendarahan 'purpura' di punggung dan kaki.
Boleh menyerang semua orang tetapi kebanyakannya kanak2.
Disyaki berpunca daripada jangkitan di tekak dan salur pernafasan.
Diikuti dengan tindakbalas berlebihan oleh sistem badan.
Sesetengah ubatan pun boleh menjadi punca.
Kata Taz, makan coklat berlebihan pun jadi punca.
Paling nyata ialah ruam2 besar di kaki.
Itu yang paling menakutkan.
Macam ruam…

Aku dan Hari Malangku

Tengahari tadi keretaku kecelakaan.
Ketika memasuki bulatan di Flet Temenggung.
Sebuah Iswara Perak BET %^&* masuk jalanku.
Lalu mencium sisi kiri keretaku.
Dia berhenti sekejap dan terus memecut laju.
Tak sempat aku nak buat apa-apa.
Tergamam seketika.
Kecederaannya agak parah pada mata kasar.
Tapi luaran sahaja nampak nya.
Nasib baik tak kemik.
Cuma calar sahaja.


Nasib baik aku ada ini.
Scratch Remover daripada Turtle Wax.
Letak pada kain yang lembut.
Lalu gosok perlahan-lahan pada kecederaan.
Jangan lupa baca Bismillah dan berdoa.
Dan inilah hasilnya.
100% back to normal.
Baru boleh tersenyum.
Baru boleh makan tengahari.
Baru boleh tidur lena.

Aku dan Wordless Wednesday

Ceritanya?
Akan datang.


Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang pekerja kilang.
Mengadu ada sesuatu di dalam matanya.
Mungkin termasuk habuk besi semasa bekerja.
Beliau pergi ke Unit Kecemasan hospital kerajaan.
Matanya dicuci dan diberi ubat titis.

Beliau masih lagi merasa tak selesa.
Lalu pergi ke Klinik 1Malaysia pula.
Hanya diberi ubat titis.

Selepas beberapa hari masih terasa sakitnya.
Isterinya kata boleh nampak habuk besinya di dalam matanya.
Lalu pergi semula ke Unit Kecemasan hospital kerajaan.
Matanya dicuci sekali lagi.
Dan bila tidak berjaya,
beliau dirujuk ke klinik pakar mata hospital besar.
Temujanjinya 2 minggu lagi.

Beliau merasa semakin tak selesa.
Dah seminggu menahan sakit,
Nak kena tunggu lagi 2 minggu?
Lalu beliau redah sahaja klinik pakar mata tersebut.
Harap2 boleh dapat jumpa doktor atau setidak2nya dapat temujanji awal.
Tapi beliau hampa.
Staf di kaunter ikut protokol.
Kena ikut temujanji jugak.
Lalu rakannya menyarankan.
Pergi ke klinik panel.
Doktor cabuk kat situ pandai mengubatkan orang.

Selepas seminggu baru…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ingat gambar 5 orang dalam entri sebelum ini?
Ramai yang dah meneka apa ceritanya.

Itulah wajah2 warga Nepal yang baru tiba di Malaysia.
Ikut dalam borang masing2 berumur 18-22 tahun.
Tapi tengok muka macam budak sekolah menengah.
Masing2 tak tahu berbahasa Inggeris.
Bahasa Malaysia jauh sekalilah.
Tengok tandatangan mereka pun dah tahu.
Baca/tulis A B C pun entah pandai entah tidak.
Aku nak ambik gambar pun semua senyap sahaja.
Aku ada cakap nak masukkan dalam blog aku.
Tapi mereka bukannya faham pun.

Wajah mereka hampir sama.
Gaya rambut hampir sama.
Mereka mungkin sebaya dengan anak sulung aku.
Tapi apa nasib mereka?
Kena mencari nasib di perantauan.
Kena bekerja di kilang 12 jam sehari; 6 hari seminggu.
Duduk di bilik2 yang sempit dan kurang hygenic.
Gaji sekadar cukup2 makan.
Gaji banyak dipotong untuk bayar levi/hutang.
Bukan senang nak datang ke Malaysia sebenarnya.
Aku sudah sedia maklum tentang itu.
Jadi tak sampai hati aku nak gagalkan mereka.
Bukan kuasa aku untuk menyatak…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Lama tak update blog.
Letak gambar dulu.

Ceritanya?
Tunggu aku cari mood dulu.



Aku dan Uncleseekers

Uncleseekers memang seorang yang berani mati.
Sanggup mati demi menegakkan kebenaran.
Dulu kecoh sekejap pasal skandal dengan mantan Permaisuri Agong.
Sekarang sibuk dengan Sultan Johor pulak.
Dia menulis berdasarkan bukti2 kukuh, katanya.
Macamana boleh sampai kepadanya,
itu yang aku nak tahu.
Tulisan dalam blognya memang provokatif.
Dia memang sengaja menjolok sarang tebuan.
Kali ini umpannya mengena.
Apa agendanya memburuk2kan orang?
Siapa yang mengupahnya?
Apa yang dia dapat?
Sebagai anak jati Johor,
aku mahukan kebenaran.
Kebenaran yang sangat sukar untuk diterima.
Tunggu cerita selanjutnya.
Pilihanraya pun dah dekat.
Pasti ada sambungannya.

Uncle Seekers ditahan polis di bawah Akta Rahsia RasmiKUALA LUMPUR, 5 Julai — Pengamal aktiviti paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas telah ditahan pihak polis malam tadi atas penyiaran artikel yang didakwa mengandungi unsur hasutan, provokasi, dan mengaibkan kerabat Diraja Johor di dalam blognya. Beliau yang lebih dikenali sebagai U…

Aku dan Ramadhan Sale

Ini bukan kali pertama.
Ini juga bukan kali terakhir.
Sikap biadap mereka tak langsung tak berpenghujung.
Dasar kafir kapitalis.
Dalam kepala hanya fikir untung sahaja.
Bulan Ramadhan belum pun bermula.
Tapi masing2 dah mula fikir untung.
Promosi jualan murah.
Langsir, perabot, alat elektrik, kain baju.
Lagu2 raya pun dah mula kedengaran.
Tapi yang ini dah extreme.
Jual arak sempena Ramadhan?
memang nak kena bakar kedai ni...

The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan Harakahdaily,05 Jul 2012 PETALING JAYA:Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu. Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan DPPSA (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi  telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai…

Aku dan Anti-Smoking Campaign

Terbaca di The Star.
Cari di YouTube.
Iklan anti rokok di Thailand.
Memang terbaik.
Tak perlu letak gambar2 sadis di kotak rokok.
Perokok tak heran pasal kanser.
Perokok tak heran pasal kaki kena potong.
Perokok tak heran pasal bayi keguguran.
Perokok tak heran pasal gigi kuning dan badan berbau.
Tapi mereka terkesima bila kanak2 datang tanya mancis.
Siap beri syarahan lagi.
Salam Nisfu Syaaban kawan2.
Kita buka buku catatan baru hari ini.

Aku dan Wordless Wednesday

Double Curve Scoliosis.
Cerita selanjutnya di sini.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita Indon.
Umur awal 30-an.
PATI atau bukan aku kurang pasti.
Datang ke Malaysia kerana mengikut suami kerja kontrak.

Bulan 10 tahun lepas dia bersalin anak kedua.
Kena operate atas sebab2 yang aku tak berapa faham.
Cuma dia kata doktor hospital kata dia ada penyakit.
"Dia tak boleh mengandung lagi."
Bahasa Indonesianya agak sukar difahami.
Aku kena tanya 3-4 kali baru dia faham soalan aku.
Begitu juga sebaliknya.
Istilah tak boleh mengandung lagi telah disalahtafsirkan.
Padaku ianya bermaksud jangan mengandung lagi.
Tetapi fahaman dia dan suaminya mungkin lain.
Anaknya langsung tidak disusukan badan kerana doktor kata tak boleh.
Dan period terakhirnya ialah pada bulan 12 tahun lepas.

Dia datang ke klinik malam tadi.
Mak bidan kata dia dah mengandung lagi.
Tengok perut pun aku tahu.
Tanpa scan pun aku tahu dah lebih 6 bulan dah.
Dia kata dia ikut/percaya cakap doktor di hospital.
"Pak Doktor kata saya enggak bisa mengandung lagi."
Jadi dia langsung tak…

Aku dan Karoot Komedia X

Setiap malam Jumaat.
Pukul 10 malam.
Astro Warna dan Astro Mustika HD.
Ada program lawak berilmu.
Diterajui oleh Sabri Yunus.
Lagu2 Dikir Barat ciptaannya sedap didengar.
Aku memang minat Dikir Barat.
Walaupun kadang2 sepatah haram aku tak faham maksudnya.
Dulu program ni cuma 1/2 jam.
Sekarang dah jadi sejam pulak.
Setiap minggu ada kisah tersendiri.
Kisah2 masyarakat.
Dikupas secara lawak dan cuba memberi teladan kepada penonton.
Khabarnya semua dibuat secara spontan dan tanpa skrip.
Last minute baru diberi watak dan diberitahu jalan cerita.
Pelawak2nya handal2 belaka.
Yus Jambu , Jep Sepah, Johan dan Abby Yus.
Aku suka dengar lagu2 Dikir Barat Sabri Yunus.
Juga dressingnya yang over setiap minggu.
Cuma satu yang aku tak suka.
Orang2 lelaki diberi watak perempuan.
Berjanggut bermisai memakai tudung dan berkebaya.
Nak muntah aku tengok.
Hilang terus rasa nak ketawa.
Apa lawaknya lelaki menjadi perempuan?
Apa seronoknya tengok Yus mengandung?
Apa lawaknya tengok Abby Yus memakai blau…