Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Julai 2012

Aku dan Bazaar Ramadhan


Citarasa dan selera orang berpuasa sangat2lah besar.
Ibarat seminggu tak makan.
Ibarat seminggu tak jumpa air.
Sebab itu aku tak suka ke Bazaar Ramadhan.
Sebab semua yang dijual kelihatan menyelerakan.
Ubi rebus pun rasa sangat sedap.
Semua nak dibelinya.
Semua nak dirasanya.
Makannya belum tentu lagi.

Tabiat buruk sesetengah orang kita.
Nafsu makan macam gajah.
Beli air 3-4 jenis.
Beli kuih 3-4 jenis.
Beli lauk-pauk juga 3-4 jenis.
Sampai kat rumah baru kita tahu.
Perut kita tak sebesar perut buaya.
Maka lebih separuh beku dalam peti ais.
Juga lebih separuh dipungut oleh SWM akhirnya.

Tabiat buruk sesetengah orang kita.
Malas nak jalan jauh sikit.
Kalau boleh kenderaan nak parking betul2 depan gerai.
Jadi kenderaan menutup laluan orang ramai.
Jalan dua lorong tinggal selorong.
Habis pahala puasa.
Bila 'terpaksa' menyumpah seranah orang.

Tabiat buruk sesetengah orang kita.
Bulan puasa hanya tak makan dan minum.
Pergi bazaar macam nak masuk tidur.
Pergi bazaar macam nak pergi parti.
Bila mata dah terpandang,
hati mula bergelora.
Maka kurang sedikit pahala puasa.

Harga makanan sekarang tinggi melambung.
Mee Goreng dah naik 50 sen sebungkus.
Air Jus dah naik 20 sen.
Kuih muih pun dah naik 25 sen.
Air Tebu tanpa ais pun dah naik 100%.
Bawa RM10 pun masih tak cukup jugak.

Aku tak suka pergi Bazaar Ramadhan.
Tengok air berwarna-warni mesti terbeli satu.
Malangnya ais lebih banyak daripada perisa.
Waktu berbuka air dah tawar.
Macam minum air paip aje akhirnya.

Aku tak suka pergi Bazaar Ramadhan.
Tengok lauk-pauk kampung aku tak tahan.
Kerabu pucuk ubi.
Ikan keli masak lemak.
Sambal Goreng Jawa.
Bila waktu berbuka baru aku tahu.
Mata hanya untuk melihat.
Lidah yang merasa.

Kalau nak ke Bazaar Ramadhan.
Kena rancang dulu apa nak dibeli.
Kena fikir dulu menu apa hari ini.
Juga kena bawak duit cukup2 aje.
Kalau boleh dompet tinggal kat rumah.
Kena disiplin.
Kena kawal nafsu.
Satu jenis minuman dan satu jenis makanan setiap kali.
Tak boleh lebih.

*Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.


6 ulasan:

  1. hahahaha lawak betul part "Kalau boleh kenderaan nak parking betul2 depan gerai" tu..

    ya benar telahan Dr. tentang bazar Ramadhan ni.

    masak sendiri je lah Dr. kat rumah lebih jimat dan bersih

    BalasPadam
  2. ingatan yang baik..tahun ni agak kurang nafsu nak ke pasar ramadhan sbb dah tahu tekak bukan boleh terima sangat..lebih menjurus pembaziran je kalau mengikutkan mata yang melihat..

    BalasPadam
  3. suka catatan ini...nanti nak share kat fb lagi, boleh ya....sbg peringatan buat diri sendiri dan kawan2 yg membaca juga, sbb bukan semua org buka blog...

    BalasPadam
  4. dan yang penting beli makanan dari orang yang menutup aurat ...

    BalasPadam
  5. saya mmg tak suka ke bazar. Last year 2 kali aja pergi, sebab terpaksa

    BalasPadam
  6. Tak suka juga ke bazar ramadhan...
    Macam entah apa2....habis duit berpuluh2... Eehehe.

    Salam kenal tuan rumah.

    BalasPadam