Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Julai 2012

Aku dan Consultation Fee

Consultation Fee naik 14%.
Baru dicadangkan tapi.
Akan dibawa ke mesyuarat kabinet.
Adakah ini berita gembira?
Ini bukan berita gembira.
Kakitangan kerajaan dapat bonus 1/2 bulan gaji,
itupun bukan berita gembira.
Harga barang semakin naik.
Bila ada pengumuman bonus,
harga barang lagi akan naik.
Percayalah.

Consultation Fee= Yuran Perundingan akan dinaikkan.
Berita gembira untuk specialist di hospital swasta.
Sekarang pun antara 80-120 ringgit seorang.
Adakah aku terlibat sama?

Nak tahu berapa consultation fee aku?
Kilang-kilang yang panel di klinik aku,
cuma beri aku 5 ringgit seorang.
Insurans company beri aku 10 ringgit.
Dah lebih 10 tahun tak naik-naik.
Nasib baik aku masih boleh jual ubat.
Bolehlah aku adjust mana yang patut.
Akan datang kalau aku dah tak boleh jual ubat?
Tutup kedailah nampaknya.

Panel klinik ada yang masih hadkan kos rawatan.
Kalau 30-35 ringgit pun dah sakit,
inikan pula 25 ringgit.
Berapa jenis ubat aku boleh beri dengan 25 ringgit?
Staf aku masih bergaji di bawah paras minimum.
Bila undang2 gaji minimum dikuatkuasakan,
aku perlu naikkan gaji mereka.
Naik gaji bermakna naik elaun dan OT.
Naik gaji bermakna naik juga caruman KWSP dan SOCSO.
Jadi kalau consultation fee masih 5 ringgit camna?
Panel masih limit 25 ringgit camna?

Di bandar2 besar kos rawatan memang dah lama naik dah.
Demam batuk selsema pun mesti lebih 50 ringgit.
Yang mencecah ratusan ringgit pun ada.
Ada pesakit datang bawa ubat ke klinik aku.
Ubat demam 8 biji,
ubat selsema 5 biji,
ubat batuk 60ml,
antibiotik 6 biji.
Kos 30 ringgit.
Mintak MC tak dapat.
Singgah ke klinik aku pulak.

Doktor seperti aku hanya boleh hidup kerana MC.
Ubat2an boleh didapati di mana2.
Farmasi, sinseh, ahli nujum, bomoh, agen MLM,etc.
Mereka ke klinik sebab boleh dapat MC.
Mereka ke klinik sebab klinik panel.
Akan datang bagaimana ya?

Baca seterusnya tentang Doctor's Consultation Fees di sini.

Liow: Doctor, specialist fees to be revised up by 14%


KUALA LUMPUR: Doctor and specialist fees in the private sector are likely to see a 14% increase if approved by the Cabinet, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong LaiHe said the ministry carries out the revision every five years. It is now finalising the dental fees before a new structure is presented to the Cabinet for approval.
“We hope to bring it to the Cabinet this year,” he said after the ANOC Neuroscience and Orthopaedic Centre launch.
Liow said the fees were revised to make them competitive as the fees here were low compared with other parts of the world due to Government controls.
He said currently, the main complaints were not on doctors' fees but the exorbitant hospital fees which the Ministry was working on resolving with the private hospitals, insurance and managed care organisations.

source: The Star Online



1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yob Doc, minta-minta dan doakan teman tak selalu sakit.

    BalasPadam