Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Julai 2012

Aku dan Henoch-Schonlein Purpura

source: wikipedia 
source: wikipedia
Princess Violet mengeluh panjang tentang anaknya.
Doktor2 bukan pakar kata alahan biasa2 sahaja.
Tetapi doktor pakar kata penyakit Henoch-Schonlein Purpura.
Dengar nama penyakit aje dah gerun.
Apatahlagi nak menghadapinya.
Bahaya ke tidak?
Boleh dirawat ke tidak?
Aku memang jarang jumpa sakit ini.
Jadi kena recall balik zaman student dulu.
Kena bukak kitab dan google dalam internet.
Dan ini aku nak cerita.

Henoch-Schonlein Purpura.
Sejenis penyakit yang menyerang salur dan urat darah.
Peradangan urat darah kapilari untuk lebih spesifik.
Kapilari=urat2 darah paling halus.
Menyebabkan ruam2 pendarahan 'purpura' di punggung dan kaki.
Boleh menyerang semua orang tetapi kebanyakannya kanak2.
Disyaki berpunca daripada jangkitan di tekak dan salur pernafasan.
Diikuti dengan tindakbalas berlebihan oleh sistem badan.
Sesetengah ubatan pun boleh menjadi punca.
Kata Taz, makan coklat berlebihan pun jadi punca.
Paling nyata ialah ruam2 besar di kaki.
Itu yang paling menakutkan.
Macam ruam Denggi aje bagi kebanyakan orang yang tak biasa.

Untuk doktor berpengalaman.
Tanya soalan dan tengok aje dah boleh buat diagnosis.
Ujian darah, ujian air kencing dan Throat Swab sekadar rutin.
Kalau pesakitnya nampak sihat,
tak buat pun tak apa.
Tapi kalau lain macam aje dan emak bapa khuatir,
kenalah ambik ujian darah dan ujian air kencing.
Throat Swab pun perlu untuk sahkan punca jangkitan.

Ada risiko masalah di usus juga buah pinggang.
Itu yang agak merisaukan.
Kebanyakan pesakit sembuh dengan sendirinya.
Tak perlu ubat2 yang spesifik.
Tetapi perlu antibiotik jika jangkitan kuman disahkan.
Mungkin perlu ubat tahan sakit jika sakit sendi berlarutan.
Mungkin perlu ubat steroid jika buah pinggang bermasalah.

Pesakit dijangka sihat sepenuhnya dalam tempoh sebulan.
Tiada kesan jangka panjang untuk kebanyakan kes.
Tetapi ada risiko kerosakan buah pinggang.
Tetapi sangat2 jarang.

Penyakit ini lebih baik dirawat di hospital.
Terutamanya di hospital2 kerajaan.
Dibawah pengawasan doktor berpengalaman.
Perlu pengawasan berterusan.
Perlu rawatan susulan.

Jika anak anda tiba2 timbul ruam di kaki.
Mengadu sakit perut berterusan.
Menjadi kurang aktif.
Muka dan kaki tiba2 membengkak.
Dan mungkin demam berterusan,
teruslah bawa ke hospital kerajaan.
Klinik2 biasa tak boleh merawat penyakit ini.

Sekian pelajaran untuk hari ini.





5 ulasan:

  1. oh...

    soklan masa viva final year..
    benciii.......

    BalasPadam
  2. terima kasih cikgu, dah jimat masa saya takyah kena buka buku balik...

    BalasPadam
  3. Anak sy pun sedang mengalami penayakit ni.. gi hospital putrajaya, servis tip top.. sendi2 mcm lutut akan membengkak sampai nak jln pun tak boleh.. masa 1-2 day kena tu, berdiri tegak pun tak boleh sbb tapak kaki dia menjadi keras dan ada lebam2. setelah 4 hari kat hospital putrajaya, doc bg balik.. tp still kena bagi perhatian yang lebih.. anak sy kuat sgt mkn coklat, mgkn jg salah satu puncanya jg. tq dgn info anda.

    www.faridproperty.com

    BalasPadam
  4. Patutlah dulu masa saya tgh degree dlu, duk tgok peha betis asyik lebam2 je. pastu masa tu jgk mulut saya asyik kuar darah lambat berhenti. Esok tu penuh tombok2 darah & purple kt kaki, siku dll. Tapi tak sakit pun. Baru prsn sy mmg kuat makan coklat ms tu esp coklat cadbury & coklat yg sedap2 yg ade rice tu. Pas sembuh hsp ni xde ubat, sy ade mslh period plak bpanjangan & bketul byk blh bilang hari yg xperiod. Bertahun2 dlm 5 tahun & skrg baru je period sy normal sebulan skali. Saya amal mknn sunnah sayur madu & jintan hitam

    BalasPadam