Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Julai 2012

Aku dan Karoot Komedia X

Setiap malam Jumaat.
Pukul 10 malam.
Astro Warna dan Astro Mustika HD.
Ada program lawak berilmu.
Diterajui oleh Sabri Yunus.
Lagu2 Dikir Barat ciptaannya sedap didengar.
Aku memang minat Dikir Barat.
Walaupun kadang2 sepatah haram aku tak faham maksudnya.
Dulu program ni cuma 1/2 jam.
Sekarang dah jadi sejam pulak.
Setiap minggu ada kisah tersendiri.
Kisah2 masyarakat.
Dikupas secara lawak dan cuba memberi teladan kepada penonton.
Khabarnya semua dibuat secara spontan dan tanpa skrip.
Last minute baru diberi watak dan diberitahu jalan cerita.
Pelawak2nya handal2 belaka.
Yus Jambu , Jep Sepah, Johan dan Abby Yus.
Aku suka dengar lagu2 Dikir Barat Sabri Yunus.
Juga dressingnya yang over setiap minggu.
Cuma satu yang aku tak suka.
Orang2 lelaki diberi watak perempuan.
Berjanggut bermisai memakai tudung dan berkebaya.
Nak muntah aku tengok.
Hilang terus rasa nak ketawa.
Apa lawaknya lelaki menjadi perempuan?
Apa seronoknya tengok Yus mengandung?
Apa lawaknya tengok Abby Yus memakai blaus?
Dah takda ke pelawak wanita yang sudi datang?
Jihan pun kira OK apa?
Kalau susah sangat Ifa Raziah pun boleh.
Sedap sikit mata memandang.
Juga program satu jam terlalu lama.
Ceritanya jadi meleret2.
Nak tunggu punched line lambat sangat. 
Aku langsung bosan.
Chef Wan pun rasanya bosan jugak.
Harap2 pihak Astro berbuat sesuatu.
Budaya lelaki menjadi wanita dah ketinggalan zaman.
Dah tak lawak lagi dah.
Juga salah disisi agama.




5 ulasan:

  1. Salam Yob Doc,
    takde ASTRO, hu hu!

    BalasPadam
  2. salam zoul..

    saya pindah blog lagi...
    ambik angin baru
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutlah lama menghilang.

      Sebak juga baca kisah Nina.

      Nanti nak link kisah tu kat sini.

      Ada pengajarannya...

      Padam