Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Julai 2012

Aku dan Orang Busuk


Masuk satu kedai perabot di kampung.
Nak cari perabot raya kononnya.
Terpandang cerita Orang Busuk.
Orang Busuk= orang tak bayar hutang.
Beli barang bayar ansuran.
Bayar bulan2 tapi barang ambil dahulu.
Namun dasar Orang Busuk.
Cukup tempoh liat nak bayar.
Datang ke rumah, takda orang.
Tanya jiran, kata dah pindah.
Datang ke rumah, kata suami takda kat rumah.
Esok akan datang kedai.
Tapi haram langsung tak datang.
Datang ke rumah, guna alamat emak.
Anak duduk tempat lain.
Orang Busuk.
Punya 1001 cara untuk elak bayar hutang.
Punya 1001 alasan untuk tak membayar hutang.
Di dunia memang boleh lepas.
Di akhirat nanti?
Jawablah dengan Tuhan.
Jenuh nak cari tauke perabot di sana nanti.

Salam Tazkirah Ramadhan kawan2.


5 ulasan:

  1. hihi...ada nombor phone tu...

    BalasPadam
  2. saya tak pernah jumpa 'orang busuk'
    saya pernah jumpa ' busuk punya orang' berserta gambar fotostet IC mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apasal asyik tukar nama aje?

      Saya masih suka nama yg lama...

      Padam
    2. hmmm..
      masih tercari cari yang sesuai di hati

      mungkin akan kembali ke nama lama...

      Padam