Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Julai 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita Indon.
Umur awal 30-an.
PATI atau bukan aku kurang pasti.
Datang ke Malaysia kerana mengikut suami kerja kontrak.

Bulan 10 tahun lepas dia bersalin anak kedua.
Kena operate atas sebab2 yang aku tak berapa faham.
Cuma dia kata doktor hospital kata dia ada penyakit.
"Dia tak boleh mengandung lagi."
Bahasa Indonesianya agak sukar difahami.
Aku kena tanya 3-4 kali baru dia faham soalan aku.
Begitu juga sebaliknya.
Istilah tak boleh mengandung lagi telah disalahtafsirkan.
Padaku ianya bermaksud jangan mengandung lagi.
Tetapi fahaman dia dan suaminya mungkin lain.
Anaknya langsung tidak disusukan badan kerana doktor kata tak boleh.
Dan period terakhirnya ialah pada bulan 12 tahun lepas.

Dia datang ke klinik malam tadi.
Mak bidan kata dia dah mengandung lagi.
Tengok perut pun aku tahu.
Tanpa scan pun aku tahu dah lebih 6 bulan dah.
Dia kata dia ikut/percaya cakap doktor di hospital.
"Pak Doktor kata saya enggak bisa mengandung lagi."
Jadi dia langsung tak merancang apa2.
Main belasah aje.
Aku nak gelak tak sampai hati.
Aku nak senyum pun tak sampai hati.
"Tak boleh mengandung bukan bermaksud tidak subur kak."

Anak keduanya baru berusia 6 bulan.
Yang ini pun dah berusia 6 bulan kandungannya.
Operate pulak tu.
Pening kepala aku nak buat apa kat dia.
Anak pertama di kampung asyik minta wang belanja sekolah.
Anak kedua masih mahu susu dan lampin.
Dan yang ini ketiga pulak.

Siapa patut dipersalahkan?
  1. Sang suami yang kurang perihatin.
  2. Sang isteri yang lurus bendul.
  3. Sang doktor yang kurang memberi kefahaman.
  4. Semua yang di atas.

10 ulasan:

  1. kalau saya mmg dah kena gelak dah dia ni....
    tapi...doktor tu lah satu hal...kenapa tak explain betul2.
    what to do???refer hospital sajalah...

    BalasPadam
  2. paling salah adalah nombor 1....hahaha....

    BalasPadam
  3. doktor apa implikasi kalau dah czer lepastu dalam jangkamasa pendek kita pregnant lagi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naja,

      Kalau zaman dulu2,
      Takut parut lambat sembuh.
      Dan rahim koyak semasa proses bersalin.
      Juga risiko pendarahan.

      Zaman sekarang,
      risiko tersebut semakin kurang.
      Teknologi perubatan semakin canggih.
      Hospital dekat dengan rumah.
      Ibu2 pun makan kurang berpantang,
      juga makan vitamin/jamu macam2,
      jadi luka cepat sembuh.

      Tapi risiko tetap risiko.

      Saya cakap kat kakak tu.
      Berserah kepada Allah.
      Ajal maut dan rezeki Allah yang tentukan.
      Bukannya doktor.

      Padam
  4. ' Main belasah aje. ' buat saya senyum dan ketawa kihkihkih..


    saya rasa.. language barrier puncanya..

    BalasPadam
  5. Ha3x.. soalan multiple choice ni yg buat WN fail exam nih!!!.. Jawapan : 4 (bole?)

    BalasPadam
  6. Hikhikhik... Terkadang, lawak juga doktor ni ye... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ziarah.

      Hidup tak boleh stress sangat.
      Itu pesan tok guru saya.

      Padam