Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Julai 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

"Tatoo paling cantik pernah aku tengok"
Ingat gambar 5 orang dalam entri sebelum ini?
Ramai yang dah meneka apa ceritanya.

Itulah wajah2 warga Nepal yang baru tiba di Malaysia.
Ikut dalam borang masing2 berumur 18-22 tahun.
Tapi tengok muka macam budak sekolah menengah.
Masing2 tak tahu berbahasa Inggeris.
Bahasa Malaysia jauh sekalilah.
Tengok tandatangan mereka pun dah tahu.
Baca/tulis A B C pun entah pandai entah tidak.
Aku nak ambik gambar pun semua senyap sahaja.
Aku ada cakap nak masukkan dalam blog aku.
Tapi mereka bukannya faham pun.

Wajah mereka hampir sama.
Gaya rambut hampir sama.
Mereka mungkin sebaya dengan anak sulung aku.
Tapi apa nasib mereka?
Kena mencari nasib di perantauan.
Kena bekerja di kilang 12 jam sehari; 6 hari seminggu.
Duduk di bilik2 yang sempit dan kurang hygenic.
Gaji sekadar cukup2 makan.
Gaji banyak dipotong untuk bayar levi/hutang.
Bukan senang nak datang ke Malaysia sebenarnya.
Aku sudah sedia maklum tentang itu.
Jadi tak sampai hati aku nak gagalkan mereka.
Bukan kuasa aku untuk menyatakan mereka semua bawah umur.
Tengok team bola sepak Myanmar U-22 yang menang tempohari.
Ramai pemainnya yang terlebih umur.
Tapi apa FAM dayus buat?
FAM takut nak bertindak.
Apa buktinya?
Bagaimana nak buktikannya?

Kalau di Indonesia lain pula ceritanya.
Mereka guna teknik kuno nak meneka umur seseorang.
Kaedahnya?
Tengok bulu ketiak mereka.
Aku tak pasti tentang kaedah ini.
Dan takda hal aku nak tengok ketiak orang.

Selamat kembali memblogging!


4 ulasan:

  1. teka bulu ketiak kah? hahaha camtu pun ada yer

    BalasPadam
  2. kesiankan! Tp kalau mereka xde susah juga...cane...

    BalasPadam
  3. kahkahkahhhhkahhhhhhhhh !!!!!


    that surely make my day!!!!
    the tatoo dan the bulu ketiak!!!!

    BalasPadam