Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Julai 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita awal 40-an.
Awal bulan tempohari datang ke klinik.
Minta dirujuk ke klinik pakar bedah.
Sakit gastriknya datang lagi.
Dia pernah didiagnosa ada Pancreatitis tahun 2009.
Jadi tanpa usul periksa aku pun rujuk ke Dr A.
Doktor yang merawatnya dulu.
Minggu lepas dia jumpa aku lagi.
Dia ada demam sedikit.
Demam biasa tapi demam yang cukup merisaukannya.
Pemeriksaan ultrasound telah dilakukan keatasnya .
" Cholelithiasis with Mild Cholecystitis ".
Bermakna ada batu di pundi hempedunya.
Cuma saiz tidak dinyatakan.
Tetapi ada peradangan ringan di pundi hempedunya.
Dr A terus rujuk beliau ke Dr B.
Seorang pakar bedah juga.
Disarankan menjalani pembedahan buang batu seberapa segera.
Takut melarat gesaannya.
Lepas tu baru buat OGDS.
Beliau langsung tidak puashati.
Belum apa2 dah nak kena operate.
Lalu kembali semula kepadaku.

Aku tak kata Dr A dan Dr B tak betul.
Aku tak kata Dr A dan Dr B hanya fikir untung.
Tapi mereka tak merawat pesakit ini.
Mereka merawat batu pundi hempedu.
Beliau mengadu sakit gastrik bukannya sakit batu karang.
Beliau takut sebab telah diberitahu.
Jika demam bermakna ada jangkitan.
Perlukah buat pembedahan segera?
Aku cuma doktor cabuk sahaja.
Lalu aku sarankan cari pendapat kedua.

Malam ini dia datang lagi.
Ada report ujian darah.
Ada report Rapid Test untuk H.pylori.
Ada gambar2 keputusan OGDS.
Dia buat semuanya di Singapura.
Hospital Mount Elizabeth.
Seorang pakar bedah yang tersohor dan terbilang merawatnya.
Namun pendapatnya sama denganku.
Gallstone tu Asymptomatic.
Dan OGDS itu wajib.
Pembedahan tidak perlu.
OGDS telah mengesahkan penyakit gastriknya.
Lepas seminggu makan Nexium dah sembuh sakitnya.
Tapi siapalah aku.
Doktor cabuk yang hanya lulus MBBS sahaja.
Yang hanya layak tulis surat rujukan sahaja.


1 ulasan:

  1. walaupun kita GP cabuk.. insyaAllah kita ikhlas .. insyaAllah berkat .. kan...

    BalasPadam