Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Julai 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki lewat 50-an.
Seorang penghidap kencing manis tegar.
Beli ubat kencing manis kat Farmasi.
Tak pernah check paras gula lebih 2 tahun.

Dua minggu yang lalu.
Dimasukkan ke wad selama 4 hari.
Ada bengkak/benjolan di tapak kakinya.
Takda sakit.
Takda luka.
Takda 'mata'.
4 hari dalam wad.
Dilihat oleh 4 doktor yang berbeza.
Semuanya kata bukan nanah.
Semuanya tak nak buat apa2.
Disuruhnya inject insulin dan makan antibiotik.
Disuruhnya balik ke rumah begitu sahaja.


Dia memang takda rasa sakit.
Dia juga takda mengalami demam.
Bengkaknya masih berterusan.
Tetapi dia masih boleh bawa kereta.
Sebab itu dia tak kisah sangat.

Isterinya risau kerana paras gulanya naik turun.
Kadang2 sangat rendah,
kadang2 sangat tinggi.
Sebab itu dia hadir ke klinik.

Tengok sebelah mata pun aku dah tahu.
Kakinya penuh dengan nanah.
Sebab itu paras gulanya turun naik.
Dia penghidap kencing manis.
Sebab itu takda rasa sakit.
Sebab itu takda rasa demam.


Inilah sebahagian daripada hasilnya.
Nanah dan darah.
Dikumpul selama 2 minggu.
Kembang juga tekak aku.
Tapi inilah rutin kehidupan doktor.
Bermain dengan darah dan nanah.
Bukannya duduk bawah aircond 24 jam.
Bukannya pakai tie dan white coat 24 jam.


15 ulasan:

  1. Terharu dengan kerjaya sebagai doktor, kalau akk belum tentu nak buat camni. Teruskan niat yg ikhlas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Niat ikhlas.
      Tapi kembang juga tekak.
      Nasib baik puasa...

      Padam
  2. Salam doct,

    Saya salah seorang silent rider doct,kenapa setiap kali pergi hospital,
    Doct dekat hospital akan ckp mcmtu?da byk kali jugak kejadian mcmni berlaku.
    Adakah sebab mereka memang suka kita datang ke hospital banyak2 kali ataupun Ada sebab lain?mcm tidak pentingkan keselamatan para pesakit je....
    Maaf jika ada yg tersinggung..tiada niat apa2,just hanya ingin tahu kebenarannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doktor kerajaan mungkin kurang pengalaman.
      Malas nak kotorkan tangan pun mungkin jugak.
      Bantai beri antibiotik dulu.
      Harap2 susut sendiri.

      Setiap kali saya tengok pesakit camni,
      saya selalu ingatkan diri saya.
      Kalau pesakit ini saudara saya sendiri,
      inikah rawatan terbaik saya boleh beri?
      Takda istilah malas.
      Takda istilah nak suruh doktor lain buat.
      Yang penting,
      pesakit mendapat rawatan terbaik.

      Padam
  3. dia admitted kat mana? HSAJB? abscess formation pun takkan lah depa tak tau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan HSA.
      Hospital sebelah klinik.
      Doktor kata kalau bisul mesti ada 'mata'.
      Selagi takda mata,
      semua malas nak kotorkan tangan.

      Padam
  4. Balasan
    1. Boleh tahan.
      Nasib baik odourless.

      Padam
  5. Balasan
    1. Kisah benar.
      Pertama kali saya tengok kes camni.
      Student tahun dua di UM.
      Saya pengsan.

      Padam
  6. dr zoul,assalamualaikum.

    Di Malaysia ni macam mana caranya kita nak ambil Masters in General Practice?Kalau kat Malaysia x ada,ada x pembelajaran jarak jauh(universiti overseas) untuk buat Masters ni yang direcognize di Malaysia.?

    Harap dr sudi membantu.Terima Kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur Firdaus,

      Terima kasih kerana bertanya.
      Di Msia takda Masters in General Practice.
      Yang ada Masters in Family Medicine.

      Kebanyakan yg ambil Masters ini,
      kerja sampai pencen di Klinik Kesihatan Kerajaan.
      Gaji dan gred tanggagaji macam pakar.
      Tapi kerja office hour.
      Manage klinik kesihatan.
      Tak payah tengok pesakit selalu.

      Zaman saya kerja kerajaan dulu,
      ramai doktor wanita suka bidang ini.
      Yang lelaki ramai yang quit.
      Banyak sangat nak buat paper work.
      Kerja klinikal kurang.

      Padam
  7. tertarik dgn penyataan doktor yg mengatakan org diabetes tak rasa sakit & nk demam. adakah sebab saraf dia tlh rosak & dia pun dh tua.

    minta tolong doc bg penerangan lanjut. ada tk ubat selain insulin utk type 2 diabetes. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada je such as Metformin, Gliclizide, Acarbose

      Padam