Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Julai 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

















Seorang pekerja kilang.
Mengadu ada sesuatu di dalam matanya.
Mungkin termasuk habuk besi semasa bekerja.
Beliau pergi ke Unit Kecemasan hospital kerajaan.
Matanya dicuci dan diberi ubat titis.

Beliau masih lagi merasa tak selesa.
Lalu pergi ke Klinik 1Malaysia pula.
Hanya diberi ubat titis.

Selepas beberapa hari masih terasa sakitnya.
Isterinya kata boleh nampak habuk besinya di dalam matanya.
Lalu pergi semula ke Unit Kecemasan hospital kerajaan.
Matanya dicuci sekali lagi.
Dan bila tidak berjaya,
beliau dirujuk ke klinik pakar mata hospital besar.
Temujanjinya 2 minggu lagi.

Beliau merasa semakin tak selesa.
Dah seminggu menahan sakit,
Nak kena tunggu lagi 2 minggu?
Lalu beliau redah sahaja klinik pakar mata tersebut.
Harap2 boleh dapat jumpa doktor atau setidak2nya dapat temujanji awal.
Tapi beliau hampa.
Staf di kaunter ikut protokol.
Kena ikut temujanji jugak.
Lalu rakannya menyarankan.
Pergi ke klinik panel.
Doktor cabuk kat situ pandai mengubatkan orang.

Selepas seminggu baru sampai di klinik aku.
Tapi takdalah susah sangat.
Bubuh aje Alcaine 0.5%.
Bila dah kebas, cungkil dengan putik kapas.
Kalau tak boleh, guna jarum.
Tak sampai 5 minit.
Selesai masalah.

Aku dah biasa buat.
Tapi agak berisiko.
Mata dan tangan kena steady.
Kalau tidak tercucuk biji mata orang.
Tapi kalau rasa kurang confident,
jangan buat.
Merbahaya.



5 ulasan:

  1. saya ada Alcaine
    saya tak berani tapi.
    tangan gigil

    BalasPadam
  2. cayalah doktor! tapi sangat scary ok..

    BalasPadam
  3. uuhhh..ngerinya nak cungkil mata orang dengan jarum..

    BalasPadam
  4. saya teringin nak buat( tang guna jarum), tapi tak berani ambik risiko..guna putik kapas tu biasa...

    betul, doktor cabuk juga yg mereka harapkan akhirnya kan...:)

    BalasPadam