Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Julai 2012

Aku dan Ramadhan Sale

Ini bukan kali pertama.
Ini juga bukan kali terakhir.
Sikap biadap mereka tak langsung tak berpenghujung.
Dasar kafir kapitalis.
Dalam kepala hanya fikir untung sahaja.
Bulan Ramadhan belum pun bermula.
Tapi masing2 dah mula fikir untung.
Promosi jualan murah.
Langsir, perabot, alat elektrik, kain baju.
Lagu2 raya pun dah mula kedengaran.
Tapi yang ini dah extreme.
Jual arak sempena Ramadhan?
memang nak kena bakar kedai ni...

The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan

Harakahdaily,05 Jul 2012
PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini. 
Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu. Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan DPPSA (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi  telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. 
Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham. Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini. 
Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu. The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.






3 ulasan:

  1. dah la buat awal2 puasa pun belum lepas tu benda yang haram bagi umat Islam pulak dia nak promote kan....memang mintak makian lah pihak cam ni...apa la tak tau sensitiviti betul..

    BalasPadam
  2. ingatkan kat Giant Kulaijaya tuuu.. uhhhuuu

    BalasPadam