Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Julai 2012

Aku dan Uncleseekers

Uncleseekers memang seorang yang berani mati.
Sanggup mati demi menegakkan kebenaran.
Dulu kecoh sekejap pasal skandal dengan mantan Permaisuri Agong.
Sekarang sibuk dengan Sultan Johor pulak.
Dia menulis berdasarkan bukti2 kukuh, katanya.
Macamana boleh sampai kepadanya,
itu yang aku nak tahu.
Tulisan dalam blognya memang provokatif.
Dia memang sengaja menjolok sarang tebuan.
Kali ini umpannya mengena.
Apa agendanya memburuk2kan orang?
Siapa yang mengupahnya?
Apa yang dia dapat?
Sebagai anak jati Johor,
aku mahukan kebenaran.
Kebenaran yang sangat sukar untuk diterima.
Tunggu cerita selanjutnya.
Pilihanraya pun dah dekat.
Pasti ada sambungannya.

Uncle Seekers ditahan polis di bawah Akta Rahsia Rasmi

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Pengamal aktiviti paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas telah ditahan pihak polis malam tadi atas penyiaran artikel yang didakwa mengandungi unsur hasutan, provokasi, dan mengaibkan kerabat Diraja Johor di dalam blognya. 
Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers telah ditahan kira-kira jam 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan dan telah pun di bawa ke Nusajaya, di Johor. Dipetik Sinar Harian, bapanya, Syed Hussein Al-Attas berkata, beliau hanya difahamkan oleh orang ramai anaknya itu telah ditahan polis, dan masih belum menerima sebarang pengesahan. 
“Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya,” kata Syed Hussein atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib. 
Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Mohd Akhir Ishak telah mengesahkan tangkapan itu. Turut ditahan bersama beliau adalah seorang perempuan yang dikenali Siti Nadhirah Mohd Zain berusia 26 tahun. 
“Polis menerima tujuh laporan polis ke atas pengendali laman blog itu sejak 13 Jun lalu. Susulan itu, dua pasukan polis telah melakukan tangkapan ke atas beliau malam tadi.
“Kedua-duanya ditangkap untuk siasatan lanjut bersangkut kes di bawah Seksyen 8(1) (d) Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya pada pemberita di Johor Bharu, tengah hari tadi.
Mohd Akhir berkata, jika disabit kesalahan mereka boleh dipenjara setahun dan tidak melebihi tujuh tahun. 
Sebelum ini, memetik laporan media, lebih 30 laporan polis telah dibuat terhadap Uncle Seekers kerana menyiarkan artikel di laman blog miliknya, uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan mengaibkan Sultan, dan kerabat Diraja Johor.

4 ulasan:

  1. gila babi berani dia ...
    kalau betul .. tak pe..

    BalasPadam
  2. Salam Yob Doc,
    banyak tangan-tangan...

    BalasPadam
  3. Tak sabar tunggu Uncle keluar lokap..nak tau apa kisah selanjutnya

    BalasPadam
  4. tak sabar tunggu Uncle habis reman nak tau apa kisah selanjutnya

    BalasPadam