Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Aku dan Wordless Wednesday

Lawak orang berilmu.
Boleh merawat hati yang duka lara.



Aku ke Legoland Nusajaya

Petang 8 Syawal.
Cuaca mendung dan redup.
Aku berjalan2 sampai ke Nusajaya.
Khabarnya Legoland dah dibuka.
Anak2 dah excited nak ke sana.


Legoland Malaysia di Nusajaya.
Akan dibuka secara rasminya 15 September ini.
Tapi dah ramai yang dah ke sana.
Penuh FB kawan anak2 dengan gambar2 di Legoland.
Maka aku pun ikut sama.
Kemaruk nak tengok apa ada di sana.


Legoland Nusajaya.
Jauhnya kira2 30 km daripada Kulaijaya.
Tak susah nak cari.
Signboardnya besar2.
Jalan menuju ke sana sesak.
Berderet2 kereta nak masuk ke sana.
Ramai juga yang parking di tepi2 jalan.


Daripada tempat parking,
kena jalan kaki lebih kurang 200 meter.
Ramai betul yang beratur.
Nak beli Annual Pass pada harga diskaun.
Walaupun ada 16 kaunter yang dibuka.
Tapi suasananya masih sesak.


Pintu masuknya cantik.
Landskapnya pun berwarna-warni.
Hanya ada sebuah kedai makan telah dibuka.
Juga sebuah kedai jual souvenir turut dibuka.
Yang lain2 belum beroperasi lagi.


Ramainya umat manusia petang ini.
Semuanya turut excited nak …

Aku dan Wordless Wednesday

Aku dan Istimewanya Raya Kali Ini

Istimewanya Raya kali ini.
Kali pertama beraya di rumah sendiri.
Walaupun rumah baru serba-serbi.
Perabot recycle tak ramai ketahui.

Istimewanya Raya kali ini.
Alhamdulilah emak abah masih sihat lagi.
Semua adik-beradik dapat cuti.
Dapatlah berkumpul di pagi Aidil Fitri.


Istimewanya Raya kali ini.
Penyakit2 kronik belum kena lagi.
Semua makanan boleh dijamahi.
Ketupat dan rendang itu yang mesti.

Istimewanya Raya kali ini.
Hampir semua rumah saudara aku kunjungi.
Nasib baik lebuhraya tak perlu kulalui.
Kalau tidak lenguh kaki dan sakit hati.


Istimewanya Raya kali ini.
Ramai asyik update status kat FB.
Tapi Celcom 3G ibarat biskut Merri.
Lemau dan lambat kalah siput babi.

Istimewanya Raya kali ini.
Anak2 jadi OKB.
Duit raya berwarna-warni.
Jika dikumpul boleh beli Blackberry.

Istimewanya Raya kali ini.
Jalan sesak tidak terperi.
Tauke2 minyak senyum sampai nampak gusi.
Berderet2 kereta minta diisi.

Istimewanya Raya kali ini.
Cuti 5 hari habis hari ini.
Kena kerja demi sesuap nasi.
Tahun…

Aku dan Memori Pagi Raya

Hari ini.
Anak2 dah mula bercuti.
Wife pun dah mula bercuti.
Tapi aku masih kena bekerja.
Namun mood dah mood raya.
Mood bermalas-malas.

Dulu-dulu.
Senang nak kumpul ahli keluarga di pagi raya.
Masing2 belum banyak komitmen.
Awal pagi dah boleh berkumpul kat rumah emak.
Tetapi bila anak2 dah meningkat dewasa.
Masing2 dah ada agenda sendiri pagi raya.
Jadi semakin susah nak kumpul depan kamera.

Setiap tahun.
Ahli keluarga semakin ramai.
Anak2 semakin membesar.
Diri semakin tua.
Peringatan kepada diri sendiri.
Masih adakah Syawal tahun depan?




















Aku dan Derma Tak Ikhlas

Bulan Ramadhan.
Pahala berbuat kebajikan digandakan.
Maka ramai berlumba2 mencari pahala.
Menderma adalah satu daripadanya.
Setakat seringgit dua masuk tabung tak rasa pun kehilangannya.
Tapi pernahkah kita terfikir,
kemanakah derma kita dibelanjakan?
Betulkah itu derma untuk anak yatim?
Betulkah itu derma untuk besarkan madrasah?
Betulkah itu derma untuk sekolah tahfiz?

Dahulu.
Memungut derma satu kerja amal.
Dibuat secara sambilan.
Kini.
Memungut derma satu pekerjaan.
Sepenuh masa.
Malah ada syarikat2 persendirian ditubuhkan.
Semata2 untuk memungut derma.

Bulan Ramadhan.
Pemungut derma ada dimerata2 tempat.
Bazaar Ramadhan lokasi paling strategik.
Tak perlu modal besar.
Pakai songkok atau kopiah.
Berdiri sambil buat muka sedih.
Pegang tabung besar.
Tertulis Derma Anak Yatim.
Derma Madrasah.
Derma Sekolah Tahfiz.
Pasti berebut2 orang menghulur sumbangan.
Tak perlu nak sewa tapak.
Tak perlu dapatkan lesen Majlis Perbandaran.
Tak perlu kebenaran Majlis Agama.
Lepas 3 jam boleh balik da…

Aku dan Hari Bersedih Sedunia

Tahun 2010 TV3 cuba lari daripada kelainan.
Buat iklan raya yang meriangkan.
Tapi lain pula jadinya.
Jadi macam iklan hari Krismas/Deepavali.
Ada Santa Claus pakai songkok.
Ada Santa Claus naik beca terbang.
Tak sampai sehari,
dah kena banned.
Jadi iklan hari raya balik kepada asal.
Mesti cerita sedih.
Mesti cerita tangkap sayu dan tangkap leleh.
Mesti cerita berpengajaran.
Mesti kisah anak lupakan ibu.
Mesti kisah anak lupakan ayah.
Mesti kisah anak muda lupakan asal usul.

Betul juga kata kawan saya.
Hari Raya patut disambut dengan gembira.
Hari Raya adalah hari kemenangan.
Patut disambut dengan  kegembiraan dan kesyukuran.

Tapi di Malaysia lain pula ceritanya.
Malam Raya mesti ada drama sedih Roysam Noor.
Lagu raya pun banyak yang sedih2.
Pagi raya pun minta maaf sedih2.
Takbir raya pun nada sedih.
Berita kat tv pun tunjuk gambar sedih2.
Kemalangan jalan raya,
tak dapat balik kampung,
kena kerja di pagi raya,
putus jari main mercun,
rumah terbakar,
dan sebagainya.
Jadi camna nak uba…

Aku dan Olympic London 2012 (siri 3)

Awal pagi tadi.
Meriah sekejap rumahku.
Menjerit2 memberi sokongan moral.
Juga berdoa di dalam hati.
Azizulhasni Awang melakukan sesuatu yang mustahil.
Mencari pingat kedua untuk negara.

Azizulhasni Awang.
Bersaing dengan gergasi2 dunia.
Yang otot pahanya sekali ganda besarnya.
Yang ketinggiannya juga sekaki dua lebihnya.
Basikal dan kelengkapan mereka jangan ceritalah.
Tapi semangat juangnya menakjubkan.

Azizulhasni Awang.
Susah nak cari manusia seberaninya.
Tiada istilah rendah diri.
Tiada istilah takut mati.
Great Britain, German, Australia, France, Belanda.
Semua dia tak gentar.
Aku kagum dengan semangatnya.
Aku juga nak menjadi seberaninya.
Menakluk dunia.



Mohd Azizulhasni Has To Be Satisfied With Sixth Spot In Men's Keirin From Zulhilmi Supaat LONDON, Aug 8 (Bernama) -- National track rider Mohd Azizulhasni Awang bettered his achievement at the 2008 Beijing Olympics when he claimed sixth spot in the Men's Individual Keirin final of the London Olympics.
In the event held…

Aku Sepasang Kerusi Rotan

Aku tak tahu berapa usiaku.
Aku tak tahu di daripada mana asalku.
Seingat aku,
aku telah pun berada di sebuah kedai barangan lusuh.
Itupun lebih 5 tahun yang lalu.
Aku akhirnya dibeli oleh tuan aku sekarang.
Diangkut ke rumahnya menggunakan kereta sahaja masa itu.
Tapi raya punya pasal.
Yang tak boleh jadi boleh.


Kehidupan awalku cukup gah.
Aku diletak di dalam rumah.
Dekat dengan pintu masuk.
Semua yang datang pasti menegurku.
Akulah tempat ahli keluarga tuan aku bersantai.
Tempat bergayut dengan telefon.
Tempat bergossip dan mengumpat segala.
Tetapi itu dulu.


Dua tahun yang lalu.
Tuan aku beli perabot lebih baru.
Lebih mahal dan lebih empuk tempat duduknya.
Lalu aku mula dipinggirkan.
Aku diletakkan di luar rumah akhirnya.
Kena hujan dan panas.
Kena habuk dan debu.
Tiada siapa yang mengendahkan.
Warna aku mula pudar.
Ikatan rotanku mula longgar.
Aku dah tak dihiraukan lagi.



Awal bulan lepas. Kehidupanku kembali berubah. Tuan aku memberi nafas baru kepadaku. Aku diwarnakan semula. Ik…

Aku dan Nasib Lee Chong Wei

Semalam kawan saya ada cerita. Ramai tak mahu kita dapat emas olimpik kali pertama. Ramai tak mahu LCW menang pingat emas itu. Ramai tak mahu LCW menang ganjaran berjuta-juta ringgit. Itulah mentaliti bangsa kita. Sukar melihat orang lain lebih berjaya.
Dan pagi ini ada seorang mangkuk hayun. Seorang ahli politik yang tak sayang mulut. Yang bercakap sesedap rasa. Yang rasa dirinya dah cukup bagus. Meluahkan perasaan bukan2 dalam Twitter dia. Sukan tak perlu dipolitikkan. Orang politik juga tak perlu sibuk bersukan.
Manoharan Malayalam. ADUN Kota Alam Shah. Mulut dia memang layak dicili padikan. Dulu kutuk bendera Jalur Gemilang. Kini dia kutuk LCW pulak. Patut kena check kad pengenalan dia ni. Warganegara Malaysia ke bukan. Tak guna suruh dia minta maaf. Kerana maaf hanya datang daripada bibir. Bukan datang daripada hati. Mana geng bekas askar yang buat tarian punggung dulu? Ada tugasan baru untuk anda...


Pakatan leaders disagree with Manoharan
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat leaders h…

Aku dan Olympic London 2012 (Siri 2)

Olimpik London 2012.
Tinggal 6 hari aje lagi.
Apa yang tinggal untuk kita?
Harapan untuk pingat emas pertama dah punah.
Memanah? Suku Akhir.
Terjun Kolam? Corot.
Lumba basikal? Suku Akhir.
Olahraga? Kumpul pengalaman.
Dah akhirnya badminton pun sama.
Kempunan lagilah nampaknya kita.
Kempunan nak makan nasi kandar percuma.
Kempunan nak makan ais krim percuma.

Tapi Lee Chong Wei memang terbaik.
Dia dan Lin Dan memang sama handal.
Permainan paling menarik pernah aku saksikan.
Debarannya menakutkan.
Terutama dalam set ketiga.
Walaupun bukan emas yang dia dapat,
padaku dia tak kalah.
Hanya 2 mata memisahkannya.
Hanya nasib kurang baik membezakannya.

Olimpik London 2012.
Ramai suka tengok Beach Volleyball.
Tapi aku tak suka.
Aku lebih suka tengok acara berbasikal Velodrom.
Macam tengok movie Tron.
Pakaian ketat berwarna terang.
Otot paha berketul-ketul.
Juga basikal dan topi yang aerodynamic.
Acara lumba basikal Velodrom memang pelik.
Bukan setakat guna kekuatan otot paha.
Kena juga ada tak…

Aku dan Malaysian Drivers

Satu pandangan.
Satu rumusan.
Satu tamparan.
Satu peringatan pada diri sendiri.
Artikel menarik dalam The Star hari ini.


Malaysian drivers can be likened to cavemen in cars Diplomatically Speaking
By DENNIS IGNATIUS There has been a lot of discussions in the press lately about the sorry lack of courtesy and manners in Malaysia. Allow me to jump in with my own pet peeve – the culture of indifference and disrespect for traffic laws. We seem to have this notion that traffic laws can be overlooked when it is inconvenient or ignored when there’s little chance of being caught. It’s breeding a sense of lawlessness on the streets and highways of our nation. Travel anywhere in the country at any time and you’ll find indiscriminate parking everywhere. Single or double lines, white or yellow lines, no parking signs or emergency exits, corners or fire hydrants, it makes no difference: there’s always someone who thinks he’s entitled to flaunt the rules and redefine what “Malaysia Boleh” means. In Ba…

Aku dan Halalkah Ubat Anda

Bacaan terbaik sempena bulan Ramadhan.
Banyak aku belajar daripada buku ini.
Selama ini aku pandang ringan bab halal haram.
Aku ingat semua ubat yang telah didaftar oleh KKM itu halal.
Jadi aku tak pernah baca label-labelnya.
Rupa-rupanya aku silap.
Baru aku tahu, suntikan vaksin Menomune itu haram.
Baru aku tahu, Kenalog in oralbase itu pun haram.
Baru aku tahu, kenapa babi sering digunakan dalam perubatan.


Baca selanjutnya di www.halalscience.com


Aku dan The Dark Knight Rises

The Dark Knight Rises.
Dah tengok cerita ini?
Aku tengok minggu lepas.
Panjang ceritanya.
Hampir 3 jam duduk dalam panggung.
Tapi jalan ceritanya tak membosankan.
Cuma sangat complicated. 
Dan ibarat main puzzle.
Kena sabar dan fokus.
Baru boleh faham.

The Dark Knight Rises.
Filem terbaik pilihanku tahun ini.
Lebih epic banding The Avengers.
Pelakonnya sangat menjiwai watak.
Jalan ceritanya lain daripada yang lain.
Jahat dan baik dah takda bezanya.
Diakhir cerita baru aku tahu.
Kenapa Bane tu jadi jahat sangat.
Kenapa Bane tu pakai topeng camtu.
Kenapa Bane boleh tahu tentang bom nuklear.
Rupa2nya semua kerana cinta terlarang.
Cintanya pada seorang wanita.
Tapi aku tak puashati.
Kena belasah sampai tercabut tulang belakang.
Kena hempas atas batu.
Kena tikam dengan pisau kat Right Hypochondrium .
Kena letup dengan bom nuklear.
Batman tak nak mati jugak.
Pun masih maintain macho lagi.

The Dark Knight Rises.
Aku berkenan sangat dengan alat permainannya.
Terutama motosikal tayar besar ge…

Aku dan Wordless Wednesday

Apa ceritanya?
Tunggu selanjutnya.